
report: usrah ahlulquranpts 4/6/06
yg hader: ustazah sakinah-mariam-salimah-lina-husna- cik Noraya- Halimah- Aishah- Mardhiyah-Adilah- Suhailah- kak Khadijah(maahad Mlaka)-kak Mardhiyah Taha (maahad Johor) (13 org)
majlis bermule sejurus selepas solat asar berjemaah
mulekan dengan murajaah juz 3, maqra 3-4 (2 round)
sesi taruf
5.00 bermule tazkirah oleh yang berbahagia ustazah Sakinah Saptu,
bekas pelajar madrasah alsagoff alarabiah 90-99
ma'had melaka 00-03
dan sedang mangambil jurusan Quran sunnah, takhassus fi ssunnah di UKM. bakal menamatkan pengajian pada 2008 insyaallah
berpengalaman mengajar di PTS : 03-05 ( 2 tahun) sebelum melanjutkan pelajaran ke ukm
Mule manghafal quran pd tahun 2000 di maahad melaka.
tahun khatam quran: july 2002
tips murajaah utk adek2: maghrib& subuh ( sehri semaqra' je) mudah..amalkan ye..
harapan utk banat ahlulquran: Jd muslimah mukminah,bertaqwa dan hafizah yg sebenar.
pesanan: apa2 perkara kembali kpd al-quran dan sunnah.. tegakkan Sunnah!! ( penulis: hihi, promotion, takhassus sunnah ni) sape2 nak ikut jejak ustazah??..lepas quran -sunnah pulak.. lan tadhillu abadan//
tajuk yang dibawakan oleh yg berbahagia ialah:
Dugaan dan ujianReport yg disertakan ini, adalah nota dr beliau sendiri..
semoga Allah membalas sumbangan masa, tenaga dan ilmu yg diberikannya dengan mendapat ganjaran keredhaan drNye- seterusnya syurga Nye yg diidamkan sume org beriman.
dalam kehidupan setiap jiwa takkan terlepas dr ujian..
Firman Allah :maksudnye: Tiap-tiap yg berjiwa akan merasakan mati. Kami akan mengujimu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. (yg sebenar2nya) dan hanya kepada kami kamu kembali"1 al-Anbiya’:25
Menurut Ibn Abbas tentang ayat ini:
“Kami akan menguji kalian dengan kesulitan dan kesenangan, kesihatan dan penyakit, kekayaaan dan kefakiran, halal dan haram, ketaatan dan kemaksiatan, petunjuk dan kesesatan”
Yang tersirat disebalik yang tersurat….
Ibn Qayyim rahimahullah berkata:
Andai kata kita mampu menggali hikmah Allah yang terkandung didalam ciptaan dan urusan-Nya, maka tidak kurang dari ribuan hikmah. Namun akal kita sangat terbatas, pengetahuan kita terlalu sedikit dan ilmu makhluk adalah sia-sia jika hendak dibandingkan dengan ilmu Allah, sebagaimana sinar lampu yang sia-sia dibawah sinar matahari. Dan ini pun hanya kira-kira, yang sebenarnya tentu lebih dari sekadar gambaran ini.
HAKIKAT UJIAN:
1- Sabar sebagai konsekuensi menghadapi kesusahan dan kesulitan
Rasulullah s.a.w bersabda:
عجبا لأمر المؤمن, ان أمره كله خير, وليس ذاك لأحد الا للمؤمن. ان أصابته سراء شكر فكان
خيرا له. وان أصابته ضراء صبر, فكان خيرا له.
Maksudnya: “Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin, sesungguhnya semua urusannya adalah kebaikan, dan hal ini tidak terjadi melainkan bagi orang mukmin. Jika dia mendapat kegembiraan, maka dia bersyukur dan itu merupakan kebaikan bagi dirinya, dan jika mendapat kesusahan, maka dia bersabar dan ini merupakan kebaikan bagi dirinya.”2H.R Muslim no 2999. Dari Shuhaib R.A
2- Menghapuskan dosa dan kesalahan
Rasulullah s.a.w bersabda:
ما من مسلم يصيبه أذى من مرض فما سواه, الا حط الله به سيئاته كما تحط الشجرة ورقها.
Maksudnya: “Tidaklah seorang muslim tertimpa satu penyakit dan yang seumpamanya, melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.”3H.R al-Bukhari no 5660 dan Muslim no 2571. Lafaz ini
adalah lafaz Muslim.
3- Jalan menuju syurga
حفت الجنة بالمكاره, وحفت النار بالشهوات
Maksudnya: “ Syurga itu dikelilingi dengan hal-hal yang tidak disukai, dan neraka itu dikelilingi dengan berbagai macam syahwat”4H.R al-Bukhari no 6487 dan Muslim no 2822, 2823 dan
lafaz ini adalah lafaz Muslim, dari Abu Hurairah R.A.
4- Mengembalikan hamba kepada Rabbnya dan
mengingatkan kelalaiannya
5- Mengingat nikmat Allah yang lalu dan yang ada
6- Mengingat keadaan saudara-saudaramu yang sedang
sakit
7- Mensucikan hati dari pelbagai macam penyakit
Akhir Bicara dr beliau:
muslimah mukminah bertaqwa..
Quran-sunnah-akhlak..
Pandangan penulis mengenai beliau: seorang yang ramah, mudah mesra, sentiasa memberikan kata-kata dorongan dan semangat.. Mempunyai prinsip dan pegangan agama yg jelas dan tegas.. Cemerlang dalam academic dan mudah2an cemerlang dalam kehidupan dunia umumnya dan akhirat khasnye.
harapan penulis: beliau berjaya dalam pengajiannya.
dan tabah menghadapi ujian kehidupan yg semaken mendewasakan dan seterusnya mematangkan diri..
sebelum menutup majlis, kami berkongsi pengalaman paling manis dan pahit menurut pengalaman masing2. alhamdulillah banyak input yg kami perolehi dr akhawat kami.
7 pm : bersurai''
salaam minni;
haamilatul_quran
next usrah 18/06/06
2 petang.. sejurus selepas zohor.
sebar2kan..