
Salam..
MasyaAllah,mungkin ramai yang sudah tahu ataupun dengar2 yang ana telah menamtkan hafalan Alquran (bukan menamatkan zaman bujang!)...
Tepat,berita itu sangat tepat.Mungkin ianya bukan menjadi rahsia lagi buat teman2 yang kenal ana jadi dengan sebab itu ana tergerak untuk menulis sesuatu mengenai jurnal ana sepanjang hafalan Alquran.Tidak ada apa2 yang menarik,ana rasa semua yang pernah/sudah mengkhatamkan hafalan akan mempunyai pengalaman yang sama.
Cuma,pengalaman ini memang tidak dapat dibeli dengan wang tunai!yep..Boleh dikongsi sama dan menjadi pemangkin semangat bagi mereka yang ingin/berniat nak khatam juga=)
Tahun 2003 ana bermula masuk kelas tahfiz dia Masjid Omar kampong melaka.Disana, ana menghabiskan hafalan dari juz 1 hingga 10 bersama seorang Ustazah.Masa itu,ana betul2 tak terfikir nak khatam dan memang rasa mustahil.yelah,kat Singapore?? jadi ana tak expect apa2 masa tu..cuma sekadar minat.Dan pernah juga terdetik dalam hati yang nak hafal sampai juz 15..Qaddarallah!!
Seterusnya,bila hafalan ana dah sampai ke juz 9,semangat berkobar-kobar pulak. Jadi setiap kali ana datang ke tahfiz(seminggu sekali) ana tasmi' 10 mukasurat.Payah???
hmm bagi ana,kalau kita tgh semangat dan kita rasa mampu..insyaAllah Allah bantu kita permudahkan urusan tersebut.."Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla"Seperti biasa,sebelum mula hafalan kita harus tetapkan niat kita,banyak berdoa dan juga tak lupa juga selawat kpd Rasullulah..ingat tak ayat pada surah Al-Hujarat "Wa'lamuu anna feekum Rasulllalah..."=)
Ok kemudian waktu ana pra-u 1,ana dirisik oleh sohibah ana untuk transfer ke Masjid Kampong siglap..kenapa?ana pernah beritahu sebabnya di post2 yang lalu..(:
Disana,peluang ana semakin cerah.Ana diberi peluang untuk mula hafalan dari juz 10,segulung pernghargaan kepada Ustaz Azmi kerana kepercayaan beliau terhadap hafalan ana.
Dan disitulah,harapan ana semakin cerah.Tambahan lagi,di MKS ni ramai sekali pelajar banat yang seumur dengan ana.MasyaAllah terasa manis perjuangan bila disamping teman2 yang sama cita2..Walaupun waktu itu kelas diadakan di waktu malam iaitu selepas maghrib..tapi entahlah ye.Ana pun tak tahu macam mana ana hadapi pulang malam2(Marine parade-Woodlands),kadang2 naik bus dan adakalanya pula ayah ana yang ambil..Thank you Ayah ku..Hehe.
Bila ditanya,macam mana boleh bahagikan masa antara studi dengan hafalan.Ana pu macam terkial-kial nak jawab.Yang penting nawaitu!Kita buatlah jadual untuk rutin harian kita..dan tak dinafikan juga,pernah beberapa tika,rasa macam nak give-up. Bila dah sibuk sangat dengan kerja sekolah,tapi MasyaAllah kalau Allah dah tetapkan sesuatu untuk hambanya,akan dibantu..
Kawan2 di sekolah pun tak kurang semangat menyokong ana,hmmm selalu aje tanya ana dah sampai juz berapa..memang stress jugak,tapi alhamdulilah stress tu kadang2 perlu supaya kita usaha lebih gigih.Mak ana pernah cakap waktu tu bila dah tgk ana ni macam orang tak bermaya asyik pulang lewat dengan uniform"Dah lah,berhenti tahfiz..balik malam2 gini..nanti pelajaran terganggu sebab penat sangat"
Malam tu ana nangis bagai nak banjir spore..hehe.Mintak Allah berikan petunjuk dan memudahkan segala urusan yang ana nak lakukan..dan akhirnya.Diberi olehNya.
Dan ketika hafalan sudah sampai kepada penghujungnya,ana pun diberi peluang mengenali ustazah Nurrul huda yang juga banyak memberikan perangsang."Nuraini boleh khatamkan..insyaAllah" Alhamdulilah,doa orang hafiz dan hafizoh ni mustajab.berkat doa2 orang2 seperti mereka sangat ana perlukan!
Dan tahun 2006 mencatat sejarah untuk diri ana.betul2 tak sangka.Allah mengizinkan hambanya yang serba kekurangan ini untuk khtam.Betapa semangatnya ana serta Ustaz ana waktu tu pilih2 hari untuk khatam..dan macam tak percaya pula bila ana dah tasmi' dengan ustaz sampai surah An-nas.."Mabruk eh aini"
wahh..ana punye excited,tapi tiba2 ustaz kata.."Ok baca awal surah Al-Baqaroh"
Tersedak ana,Ya Allah!mintak2 hambamu ni masyi..5 ayat pertama ana baca dengan penuh berhati2..takut jugak lupa..
Dan ucapan terima kasih kepada Akhawat yang sudi datang melihat ana khatam secara live,Liyana,Mardhiyah,Hida,atiqah dan adik hida yang tak pasti pulak namanya.
hehe terharu ana!InsyaAllah segala doa2 yang dipanjatkan waktu itu termakbul.ameen.
Khas buat liyana,
Liyana!kakak enjoy kawan dengan anti tau!Hehe..U're such a great friend and sister !Perjuangan ini bertambah manis dengan kehadiran anti dan kawan2 yang lain di PTS..
Dan begitulah kisahnya..A hafizah in training.Itulah ana.Belum masyi sangat.....tapi cuba sedaya upaya untuk memegang Amanah ini.kerana khatam hafalan Adalah satu AMANAH.
iLAL LIqO'!!!
0 comments:
Post a Comment