Awal Muharram's SPECIAL

Monday, December 29, 2008


~Tadabbur Ayat (3)~



لَوْأَنزَلْنَا هَـٰذَا ٱلْقُرْآنَ عَلَىٰ جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعاً مُّتَصَدِّعاً مِّنْ خَشْيَةِ ٱللَّهِ


Maksud Firman Allah:

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah).... (59:21)



Bila AlQuran diturunkan keatas gunung,maka ia terpecah belah kerana beratnya wahyu tersebut...


TAPI....


Apabila Allah menurunkan AlQuran itu kepada KekasihNYA....
Rasulullah(Sollahu 'alaihi wa sallam)



فَإِنَّمَا يَسَّرْنَاهُ بِلِسَانِكَ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ

Maksud Firman Allah:

Maka sesungguhnya tujuan Kami memudahkan Al-Quran dengan bahasamu (wahai Muhammad), ialah supaya mereka (yang memahaminya) beringat dan insaf (untuk beriman dan mematuhinya). (44:58)



DIA memudahkan AlQuran tesebut melalui lisannya,Rasulullah,untuk menyampaikan pada kita....

Sollahu 'alahi wasallam...

Ya Habibana Ya Saiyidana Ya Qurrata 'Ayunina Ya Rasulallah....


Syukurilah Kalian Nikmat Agung dari TuhanMU...
Kalau tidak melalui Rasulullah,
Mampu kalian Menghafaz KalamNYA???
Wednesday, December 10, 2008

Assalamu'alaikum kawan2!

ni info bagi sesiapa yang tak tahu.. or terlupa.. that:

sabtu ni 13/12/08 ade Usrah ahlulquranpts (Yessa!)
10.30pagi hingga 12.30ptg
classroom 11 di bangunan DQ@MKS.

it's gonna be the last usrah for 2008. so, jom, kita ramai2 gi! all the seniors (yang dah lamerrrr tak nampak) dan juniors (yang ana takkkk begitu kenal.. heheh).. jom! eh, kawan2 yang belajar kat malaysia, klw antunna ade kat singapore, datang usrah eh~

oh, tajuknyer: membentuk rumahtangga muslim yang bahagia
ehem~ ni kak mariam yang set eh, bukan ana

klw ade ape2.. sila msg kak mariam k.

orite! i'll see you all this saturday, inshaAllah..

buat kakak-kakak dan kawan2 di mesir dan syria... ana pon rindu kat korang! hope you all are doing well.. klw tgh sakit2 (batuk2 ke, fever ke..), rajin2 makan ubat k. heeee..~

ma'assalaamah!


*Updated by Liyana

Hari Arafah's Special

Sunday, December 7, 2008
ّ


Allah Berfirman dalam Surah Toha :41

Dia berkata kepada Sayidina Musa{ وَٱصْطَنَعْتُكَ لِنَفْسِي }

Yang bermaksud:

Aku pilih kamu (wahai Musa) UNTUK KU (iaitu menyampaikan risalah)

Apa Kaitannya dengan KITA???

Apabila kita membaca Ayat ini,Ada rase keterikatan tidak dengan diri kita sebagai orang yg menghafaz kalamNYa???

Segala pujian hanya layak buatNYA,Sesungguhnya tiada daya dan upaya kita untuk menghafaz KalamNYa kecuali dengan pertolonganNya.

Cube Fikir...

DIA pilih KITA untuk menghafaz KalamNYa...

Yang Pasti...

PilihanNya itu bukan hanya sekadar untuk Menghafaz Ayat2 SuciNYa...

Tapi....

Kita dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan Risalah Allah...


Dia Pilih KITA....UNTUK NYA!!!

Dia Pilih KITA....UNTUK NYA!!!

Dia Pilih KITA....UNTUK NYA!!!

Dia Pilih KITA....UNTUK NYA!!!

Dia Pilih KITA....UNTUK NYA!!!

Tapi...

Mengapa KITA selalu Pilih Selain NYa???

Mengapa KITA selalu Mencari Selain NYA???

Mengapa KITA selalu Mencari CINTA Selain NYA??

Mengapa Tujuan KITA selalu Selain NYA???

Sedang DIA pilih KITA untuk NYA....



Oleh itu,Marilah kita sama2 memperbaiki diri kita masing2...

Kita ada pikul amanah berat.Dalam diri KITA ada AlQuran.Berusahalah,Sedaya upaya kita untuk berakhlak dengan Akhlak AlQuran iaitu Akhlak Rasulullah s.a.w.Hidupkan diri Kita dengan Sunnah2 Rasulullah s.a.w.Untuk mengubah masyarakat adalah dengan kita mengubah diri kita terdahulu.Kerana,Aib yang ada pada orang lain itu berkemungkinan Aib yg ada pada diri kita yang Sengaja Allah ingin tunjukkan pada kita melalui orang lain kerana kita tidak tahu aib kita sendiri...



Allahumma Hawwilna ila ahsanil Hal

Mudzakarah Ilmu, Iman & Amal

Friday, November 21, 2008
Assalamu'alaikum, teman-teman sekalian ^_^

Sempena cuti sekolah November-Disember ni, Usrah akan diadakan pada setiap hari Selasa dan Khamis. Jam 2 petang hingga 4 petang, inshaAllah.

Berikut ialah tarikh-tarikhnya:

November - 18, 20, 25 dan 27.
Disember - 9, 11, 16 dan 18.

Tempatnya tak lain dan tak bukan.. di bangunan Darul Quran, tingkat 3, bilik nombor 11.

Semua pelajar-pelajar banat dijemput! tidak kira jika antunna pelajar MKS ke, belia-belia masjid ke, pelajar universiti ke, pelajar madrasah mingguan ke, pelajar polytechnic/ITE ke.. klw bukan pelajar pon boleh >.^


JoM kiTa MeRiahKan maJliS iLmU!!

Tadabbur Ayat (2)

Thursday, October 2, 2008


Firman Allah S.W.T:
{ قُل لَّن يُصِيبَنَآ إِلاَّ مَا كَتَبَ ٱللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلاَنَا وَعَلَى ٱللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ ٱلْمُؤْمِنُونَ }

Say, to them: ‘Nothing shall afflict us but that which God has decreed for us, that we be afflicted thereby; He is our Protector, our Helper and the One in charge of our affairs; in God let the believers put their trust’.
[9:51]


Maksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.

Ikut kaedah bahasa arab jika ia menggunakan huruf (lam) iaitu maksudnya (untuk) adalah sesuatu kebaikan dan jika ia digunakan huruf ('ala) iaitu maksudnya (keatas ) adalah sesuatu yang tidak baik.

Rahsia ayat tersebut:

Oleh kerana itu,
Allah menyebutkan perkataan ( لَنَا ) bukan (علينا).Ia menunjukkan bahawa Segala musibah yg ditimpakan kepada orang mukmin itu adalah baik buat dirinya.Tiada yang sebaliknya.Ini bertepatan dengan kalam Rasulullah s.a.w:

وعن أبي يحيى صهيب بن سنان رضي الله عنه قال‏:‏ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
‏"‏عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله له خير، وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن ‏:‏ إن أصابته سراء شكر فكان خيراً له، وإن أصابته ضراء صبر فكان خيراً له‏"
‏ ‏
(‏‏(‏رواه مسلم‏)‏‏)‏‏.

Maksud:

Pelik dengan urusan orang mukmin.Sesungguhnya segala urusannya adalah baik.Dan tiada pada itu kecuali pada orang mukmin.Jika ditimpa padanya kesenangan,ia bersyukur dan itu adalah baik buatnya dan jika ditimpa padanya kesusahan,ia bersabar dan itu adalah baik buatnya.(Riwayat Muslim)



*Diambil mutiara ini dari pengajian Rowhah Habib Umar @ Dowrah Soifiyyah '08'

Tadabbur Ayat

Thursday, September 18, 2008


Firman Allah Dalam Surah AlBaqarah 144:
قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي ٱلسَّمَآءِ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ

Maksud:

Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke KIBLAT YANG KAMU SUKAI. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidilharam
.


Tafsir Jalalain:

We have indeed (qad, ‘indeed’, is for affirmation) seen you turning your face about in the, direction of the, heaven, looking around for the Revelation and longing for the command to face the Ka‘ba: he [the Prophet]wished for this......(1)


Renungan......

Memalingkan ke kiblat yang Rasulullah sukai????
Apakah kedudukannya disisiNYA???
Sehingga Dia menukar kiblat yang Rasulullah suka???
Kiblat pilihan Rasulullah???
Begitulah Keistimewaan Nabimu.....


Sollu 'alaihi!!!
Allahumma solli 'ala sayyidina wa habibina wa qurrati 'Ayunina Muhammad sollahu 'alahi wasallam...

Ya Rasulallah,Sungguh kami merinduimu...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(1)Tafsir al-Jalalayn, trans. By Doctor. Feras Hamza
© 2008 Royal Aal al-Bayt Institute for Islamic Thought, Amman, Jordan (http://www.aalalbayt.org) ® All Rights Reserved

ReUnion AhlulQuranPTS '08'

Wednesday, September 10, 2008



~~~Jemputan iftar:~~~


Bila dan mana?

19sept@mks.5.30pm

Siapa??

Asatizah PTS/
x-pelajar2 PTS&pelajar2 PTS/
x-pelajar2 ma'had&pelajar2 ma'had/
&ahlulQuran seluruhnya.


Program??

tadarrus
muhasabah ramadhan
tazkirah ramadhan
tarruf
iftar
solat maghrib
berjalan disekitar bangunan DQ
solat isyak
terawih
bersurai


sila jejak kawan2 antunna yg sedang bercuti!!!
semoga pertemuan ini memberi seribu satu makna kepada kite sume..
Any updates atau perubahan akan diberitahu di blog n emel.OK!syukran....

Laporan oleh Ustazah Mariam Hashim.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

p/s:Harap semua try untuk datang eh...nak jumpa antunna sangat!!!tak tahu bile boleh jumpa lagi selepas pertemuan ini.~Halimah

Marhaban Ya Ramadhan!!!





Sempena bulan yang penuh barakah ini...

Marilah sama-sama kita memperbaiki hubungan kita dengan AlQuran.Setinggi mana pencapaian kita,tapi jika hubungan kita dengannya semakin jauh...tiada erti sebenarnya.Rugilah bagi mereka yang tiada bahagian bersama AlQuran pada bulan ini krn Bulan ini adalah bulan AlQuran.Bulan yang Allah hadiahkan kepada kita AlQuran melalui kekasihNYA Rasulullah s.a.w.

Ya Allah,perbaiki hubungan kami dengannya dan pembawa AlQuran iaitu Rasulullah s.a.w

Pengajian LIVE FROM CAIRO,MESIR!!!

Thursday, August 21, 2008
Dowrah Sheikh Nuruddin kembali di Mesir!



Pengajian LIVE FROM CAIRO,MESIR!!!

~Maklumat Dowrah~

Bila?

Mulai dari 22 Ogos

Waktu?

-8.30 P.M (Mesir),2.30 P.M (S'pore)


-5.00 P.M (Mesir),11.00 P.M (S'pore)

-9.30 P.M(Mesir),3.30 A.M (S'pore)

Ikuti secara Online...


http://www.mymkkk.tv/live.php


Kitab yang Digunakan:

Maklumat boleh didapati di lelaman berikut:

http://www.mymkkk.org/v2/

***************************************************************************

Kata Habib Umar Ibn Hafidz:


'Siapa yg banyak bahagiannya ke majlis2 Rasulullah iaitu majlis ilmu dan majlis zikir dan sangat bersungguh-sungguh utk menhadirinya di dunia,maka di syurga kelak,beliau akan dapati banyak bahagiannya bersama Rasulullah s.a.w.'Sollu 'alahi!

***************************************************************************
Biografi Sheikh Nuruddin:





Al-Fadhil Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib حفظه الله berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan Indonesia. Beliau dilahirkan di sebuah desa bernama Harus, Amuntai pada tanggal 1 September 1960M. Beliau anak yang ketiga dari tujuh bersaudara, dari sebuah keluarga yang taat beragama. Bonda beliau bernama Hajjah Rahmah binti Haji Muhammad Sobri adalah puteri dari seorang tokoh ulama besar di Kalimantan Selatan.

Berhijrah ke Tanah Suci Makkah

Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di kampung Harus. Kemudian pada tahun 1974 beliau belajar di pondok pesantren Normal Islam. Belum pun sempat menamatkan pengajiannya di pondok tersebut seluruh keluarga beliau telah berhijrah ke tanah suci Makkah. Pada tahun itu juga (1974) beliau meneruskan pengajiannya di madrasah Shaulathiah [sejarah penubuhan madrasah ini boleh didapati disini] sehingga tahun 1982. Selain itu beliau juga mengikuti pengajian yang diadakan umum di Masjidiharam dan juga dirumah para masyaikh.

Pada tahun 1982 beliau telah menamatkan pengajiannya dengan kepujian mumtaz (cemerlang) di madrasah Shaulathiah. Di samping itu juga beliau turut mencurahkan ilmunya kepada para pelajar dari Indonesia. Beliau telah mengajarkan kitab Qatrunnada, Fathul Mu'in, 'Umdatussalik, Bidayatul Hidayah dan lain-lain sebelum naik ke kelas 'Aliyah.

Beliau merupakan murid kesayangan gurunya asy-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani رحمه الله . Dan guru inilah yang banyak mewarnai dalam kehidupan beliau. Tuan guru beliau ini banyak meluangkan waktunya yang berharga untuk beliau dan sering mengajaknya untuk menemani Tuanguru beliau ke Madinah menghadiri program agama dan juga menziarahi maqam baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

[Ketika aku di Bogor untuk menghadiri pengajian bersama Shaikh Nuruddin, beliau kelihatan agak sebak bila menceritakan guru kesayangannya ini. Matanya merah berair …. ya… mengingati guru kesayangannya ini. Beliau juga menunjuk gambar gurunya yang mulia ini kepada aku …..]

Beliau mencurahkan segala usaha dan tenaganya serta dirinya mendekati para masyaikh untuk berkhidmat dan juga membekali diri dengan ilmu daripada guru-gurunya. Beliau amat gigih dalam belajar, maka tidak hairanlah kalau beliau mendapat tempat di hati para gurunya. Sebut sahaja ulama' yang ada di Mekah khususnya pasti beliau pernah berguru dengan mereka. Siapa yang tidak mengenali tokoh ulama' yang harum nama mereka disebut orang semisal Syaikh al-Allamah Hasan al-Masyath yang digelar Syaikh-ul-Ulama', Syaikh al-Allamah Muhammad Yasin al-Fadani, yang mendapat julukan Syaikhul Hadits wa Musnidud-dunya, Syaikh Ismail Usman Zin al-Yamani yang digelar al-Faqih ad-Darrakah (guru beliau ini menghafal kitab Minhajut Tholibin), Syaikh Abdul Karim Banjar, Syaikh Suhaili al-Anfenani, as-Sayyid Muhammad bin Alwi al-Maliki, Syaikh Said al-Bakistani dan masih banyak lagi. Kata pepatah arab “cakap sahaja tanpa perlu khuatir”. Kitab-kitab yang dipelajari beliau bersambung sanad hingga kepada pengarang, masyaAllah betapa hebat dan beruntungnya umur beliau dan segala-galanya yang diberikan oleh Allah, tidak salah kalau dikatakan ilmu beliau lebih tua dari umurnya.

Pada tahun 1983 beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar asy-Syarif dalam bidang syariah hingga mendapat gelar sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajiannya di Ma'had 'Ali Liddirasat al Islamiah di Zamalik sehingga memperolehi diploma am “Dirasat 'Ulya” pada tahun 1990

Antara guru-gurunya ketika belajar di Mekah dan Mesir adalah adalah:-

* asy-Syaikh al-‘Allamah Hasan al-Masyath رحمه الله
* asy-Syaikh al-‘Allamah Muhammad Yasin al-Fadani رحمه الله,
* asy-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani al-Makki رحمه الله,
* asy-Syaikh ‘Abdullah Said al-Lahji رحمه الله,
* asy-Syaikh al 'Alaamah al-Jalil as-Sayyid 'Amos رحمه الله
* asy-Syaikh al-‘Allamah Muhammad ‘Iwadh al-Yamani رحمه الله
* asy-Syaikh Zakaria Bila al-Indonesia رحمه الله
* asy-Syaikh Muhammad Syibli al-Banjari رحمه الله
* asy-Syaikh Karim al-Banjari رحمه الله
* asy-Syaikh ‘Abdul Karim al-Bukhari رحمه الله
* asy-‘Adnan al-Afnani رحمه الله
* asy-Syaikh Saifurrahman رحمه الله
* asy-Syaikh Sahili al-Anfanani رحمه الله
* asy-Syaikh Said al-Bakistani رحمه الله
* asy-Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddits al-Kabir Muhammad Zakaria al-Kandahlawi رحمه الله
* asy-Syaikh al-Jalil al-Habib ‘Abdul Qadir as-Saggaf حفظه الله
* asy-Syaikh Muhammad Muntashir al-Katani al-Maghribi رحمه الله
* asy-Syaikh al-‘Allamah al-Muhaddits al-Habib as-Sayyid Muhammad ‘Alawi al-Maliki رحمه الله
* asy-Syaikh al-‘allamah Muhammad Makki al-Hind رحمه الله
* asy-Syaikh Muhammad Makhluf رحمه الله
* asy-Syaikh al-‘allamah ‘Abdullah bin Hamid رحمه الله
* asy-Syaikh al-‘Allamah al-Kabir Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi رحمه الله
* asy-Syaikh al-Imam al-Akbar ‘ali Jadul Haq رحمه الله
* asy-Syaikh Muhammad Zaki Ibrahim رحمه الله
* al-Ustaz ad-Doktor asy-Syaikh Muhammad Tayyib an-Najjar رحمه الله
* asy-Syaikh al-Jalil ar-Rabbani Muhammad ‘Abdul Wahid رحمه الله
* asy-Syaikh al-‘allamah al-Kabir Abul Hasan ‘Ali an-Nadwi رحمه الله
* asy-Syaikh al-‘Allamah al-Faqih ‘atiyyah Saqr رحمه الله
* asy-Syaikh al-‘Allamah Hussin رحمه الله
* asy-Syaikh ‘Abdul Hafidz al-Hind رحمه الله
* al-Ustadz ad-Doktor Ahmad umar Hasyim حفظه الله,
* al-Ustadz ad-Doktor ‘Abdusshobur Syahin
* al-Ustadz ad-Doktor ‘Abdul Fattah asy-Syaikh,
* al-Ustadz ad-Doktor Nashr Farid,
* asy-Syaikh al-‘Arifbillah Yusuf Mahyuddin al-Hasani asy-Syadhuli ad-Darqawi حفظه الله dan ramai lagi.

*DiPetik dari web Maahad Az-Zein


Ya Allah,bantu kami utk beramal dgn apa yg telah kami pelajari...


~Dipetik dari blog Almaarif87

Laporan usrah July- TUDUNG‏

Saturday, August 16, 2008

salam...
semoga antunna dalam keadaan yg baik..sihat iman n amal
pengisian usrah yg lepas(July) tentang isu pemakaian tudung.
sedikit sebanyak memberi gambaran yg jelas tentang proses kehidupan kita.

Secara ringkas...ana laporkan melalui bentuk soalan.


Persoalan-:

Boleh tak ana sekejap nak pakai tudung 3 segi..kadang2 tudung labuh?kadang2 seluar.. ikut suasana dan kawan2 yg ana sertai.adakah ana hipokrit??

Jawapan:


Tidak menjadi masaalah selagi nti tidak melanggar batas pemakaian muslimah yg telah ditetapkan syariat iaitu..pakaian nti mestilah longgar(tidak ketat), labuh (menutupi dada/punggung), tidak berhias2berlebihan (nampak terlalu menarik pandangan umum), menutup keseluruhan anggota kecuali muka dan tangan!


Isu bertukar2 cara pemakain tudung: memandangkan antunna masih dalam proses mentarbiyah diri, aktif dengan aktiviti2 luar, bercampur dengan pelbagai peringkat kenalan di sekolah..anda berhak menentukan apa yg selesa utk antunna selagi tak melanggar batasan syariat yg ditetapkan.

jika antunna ikhlas mengenekan tudung kerana semata2 utk mendapatkan keredhaan Allah..akan sampai satu peringkat dalam kehidupan antunna yg mana antunna tidak menghiraukan persekitan dan suasana utk membantu antunna dalam cara berpakaian. antunna akan seboleh2nya menutup aurat semampu antunna, menjauhkan diri antunna dr penglihatan lelaki ajnabi. (berurusan dgn mereka hanya bila perlu dan dalam hal terdesak) oleh itu, digalakkan antunna senantiasa banyakkan berdoa, minta Allah berikan ketetapan dan kekuatan dalam beramal dan mengabdikan diri kepadaNya.

Keadaan persekitaran sekolah ana tak memberikan kekuatan untuk ana berpakaian tudung labuh dan jubah. ana risau kawan2 tak selesa dgn ana. dan anggap ana alim.ana juga taknak ana paling ganjil dalam kelompok tersebut.

nti berhak utk menentukan keselesaan nti.tp berhati2 lah dlm menentukan niat..jgn kerana pakaian yg nti pakai ni utk org. tidak! sekali sekali tidak, nti pakai pakain tersebut kerana ingin memnutup aurat dan inilah perintah Allah. sepanjang hidup kita, andai pun manusia sekeliling tidak suka tetapi ini lah hukum Tuhan..mudah2 kita dapat pertahankan perintah Tuhan, keredhaan serta kasih sayangNya drpd keredhaan manusia. biar hilang kawan drpd hilang perhatian Tuhan.


Adakah betul pakaian tidak melambangkan apa2..kerana sebaik pakaian adalah taqwa?

ya..pakaian terbaik adalah taqwa. jd adakah kita akan keluar dengan pakain ketat dan menjolok mata.kerana kita bertaqwa? fikir2 kan lah..apakah lambang ketaqwaan? iaitu apabila kita dapat mengamalkan perintah Allah dan Pesuruhnya. juga menjauhi larangan mereka.

Ya Allah berilah kami kekuatan dalam menempuh hidup diakhir zaman ini.


Penutup kata:


Ana sebagai penganjur menggalakkan antunna menghadiri usrah, ana sendiri merasai kelebihan tersebut. usrah ini dihadiri oleh mereka yg berpengalaman dalam medan dakwah.seolah2 Allah memberikan jawapan melalui lidah mereka kepada soalan2 yg terbuku dihati...subhanallah!juga dr mereka yg berkelayakan..kita dapat meraih pengalaman bermakna mereka,juga pengalaman n ilmu dr antunna!


Laporan disiapkan oleh Ustazah Mariam Hashim.

- Atas Nama Perjuangan -

Wednesday, July 16, 2008
Bismillahil ghafuurur rahiim
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Wa habibina Muhammad S.A.W


' awak , kalau quran kita dah habis hafal , kita dah lega dah . Maddah lain tak perlu nak risau ' . Ana hanya mampu tersenyum mendengarkan luahan hati seorang teman . Di sini , Maddah Al-Quran rata - rata menjadi satu maddah 'killer' bagi pelajar Azhar . Kenapa ye ? Kata orang , hafal Al-Quran ni susah . Mafhumnya adalah , murajaah hafalan tu susah . Sebabnya , nak menghafal tu mudah tapi cabarannya hadir waktu murajaah . Firman Allah S.W.T :

و لقد يسرنا القرآن للذكر فهل من مدكر

Masih segar lagi dalam ingatan pesanan dari seorang ustaz di ma'ahad tahfiz kelantan . Katanya , Allah dah janji , al-quran tu mudah nak di ingat tapi yang susah tu murajaah :) . Secara peribadi , ana rasa al-Quran ni tak patut jadi maddah killer . Ianya satu - satunya maddah , semakin banyak kita hafal , semakin terasa kurang hafalan tu . Semakin kuat kita cuba untuk ingat , semakin terasa keberkatannya . Usaha dan penat lelah kita menghafal terasa tidak sia - sia . Kalau di dunia Al-Quran jadi maddah asasi di mana2 pusat pengajian islam , di hari penetapan nanti .. dia lah yang akan memberi pertolongan pada kita . Dia lah yang akan memberi syafaat pada kita. Bukan fiqh muqaran , bukan mantiq dan bukan nahu . Jadinya , menghafal Al-Quran dan segala usaha yang diperah untuknya , akan menjadi sebab untuk kita berjaya di dunia dan juga akhirat kelak .

Post ni hanya bertujuan nak berkongsi cetusan rasa . Waktu exam al-quran , ana ingat lagi , kawan - kawan semuanya tengah stress. Sebulan sebelum exam, semua dah mula rasa tertekan . Hafal yang depan , yang belakang lupa . Hafal yang belakang yang depan lupa. Lumrah menghafal , macam tu lah kan . Ana pula , mula murajaah lambat . Ana mula seminggu sebelum imtihan . Setiap kali ana lupa , ana akan rasa stress sangat - sangat . Sebabnya ? Ana dah berkali2 hafal juzu' 1 dan 2 , bila ana terlupa walaupun satu kalimah , ana akan rasa seolah - olah ana dah gagal nak menghafal . Semakin banyak kita murajaah , ada saja yang kita rasa tak kena . Tak tepat dan tak memuaskan . Murajaah waktu itu bukan lagi kerana takut tak terjawab bila ditanya dukturah , tapi takut kalau ditanya Allah nanti , ana akan terdiam kaku .

' Bila kita dah pilih untuk hafal kalamNYA , kita sebenarnya menempuh hidup yang susah , susah di dunia senang di akhirat ' ' Hafal Al-Quran tu sunnah dik , tapi bila dah hafal , murajaah tu jadi wajib ' . 4 tahun dahulu , inilah kata- kata yang diberikan oleh seorang ukhti kepada ana . Dan hari ini , itu lah yang cuba ana pegang . Satu kewajiban menjaga kalam Allah ..

Hari ini juga , ana berada di mesir , menyelam mawad kuliah lughah semata- semata kerana cinta ana untuk Al Furqaan . Sekarang ini , ana diuji dengan satu kegagalan . Atas nama perjuangan , Al-Quran akan ana semadikan dalam hati .. moga perjuangan demi mempertahankan dan menjaga Al-Quran ini diredhaiNYA .

Madaad ya Rasulallah

Fadhilat berpuasa pada bulan Rejab

Sunday, July 13, 2008
Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam.
Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab,
bulan ketujuh di dalam kalendar Islam.
Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya.
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa.

Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
EPuasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Jadi apa lagi. Rebutlah peluang ini kumpul pahala. Semoga dapat memberi kebaikan pada kita dunia dan akhirat

Wallau A'alam

Charity, the Biggest Protection :)

Monday, June 30, 2008
Nothing protects more than charity, even if you give five cents everyday, it can save you from ending up with a bad accident. Oh believers! Give charity daily! It will remove accidents from you. Keep a box near your door and when you leave put as much as possible inside. Charity uplifts the Kingdom of Allah and put down the kingdom of Satan. Every believer must give charity everyday.

- Adapted from Shaykh Nazim al-Haqqani’s Princess Diana’s Death

Just off hand, the list of benefits charity brings:

- reward, material and spiritual, from God Himself ( it really works, just have ikhlas and don’t even bother about this reward, ironic isn’t it? Then why am I telling you?)
- Protection from bad mishaps
- Eases the burden of the community ( in our Singapore context, I guess it is much better to donate to organizations such as mosques than to stranger passers-by, because many people have cheated money by abusing people’s sympathy)
- Helps the community
- Lightens your mood, makes you feel good, not proud nor arrogant, and at ease, tranquility
- Instills in you the sense of wanting to help others in need
- Instills in you the sense of money management, savings etc ( it has been proven, in fact encouraged, to have little toddlers practise putting coins in piggy banks, that way they are more likely to be people with better sense of money management)
- Slowly washes away miserliness
- Barakah spills over to your close family and friends
- Your prayers get answered better and faster insyaAllah
- Sins are forgiven because of charity
- God is pleased with you
- AND MANY MANY MORE!

As to how much, it really doesn’t matter, what counts is the sincerity. Do with what is in your comfort. If you are a student surviving on allowance, then do away with a few cents! Nothing difficult at all!

Of course do not take advantage of this and donate only a few cents even when you are earning thousands! You yourself will know whether or not you are trying to manipulate things for your own personal gain.

Don’t trust what Satan says about being poor when you donate! Satan is our enemy and he lies through his forked tongue!

One thing about cheats who constantly take the easy way to just beg and not work even if they very well can afford to work and earn a living, Shaykh Abdul Qadir Jailani gave a stupefying reply;
“Do you not feel ashamed of your hypocritical self? Do you not feel ashamed to beg from other than Allah when you are in the Presence of Allah AR-RAZZAQ!?”
In other words, beg only from God because He is the One Who Provides and if He tells you that your rezeki is already prepared and all you need to do is go get it, then jolly well go get it and work! Do not beg if you can work!

Yet another blow to the misconception that Sufis shun this world and survive in it solely by begging – from Sultanul Awliya, Shaykh Abdul Qadir Jailani himself.

Even the Prophet pbuh careered as a merchant and trader…

kehadiran Usrah Ahlul_quran June '08

Saturday, June 28, 2008



1/Mariam Mohd Hashim(UIA)
2/U.Sakinah Saptu(UKM)
3/U.Faizah Murad-Masrasah MKS
4/U.Hadijah Abu BAkar-Madrasah MKS
5/U.Halimah Abdul Karim-Madrasah MKS
6/U.Siti Suaibah Mansor-Madrasah MKS
7/U.Rusydah Eusope-Madrasah al-arabiah
8/Syarifah Nurjannah Mohd Ismail-Madrasah al-Arabiah
9/Ruqayyah-Poly
10/Nabilah Syed Sultan-NTU-Diploma Perdaus
11/Tahirah Syed Sultan-Madradah al-Maarif
12/Siti Raudhah Jamil-kerja- Diploma Andalus
13/Siti Aisyah Jamil-poly-Diploma Andalus
14/Habibah Aziz-Poly
15/Syahirah Aiman Abbas-Madrasah Wak Tanjong
16/Nur Adilah Watib-Mesir
17/Anisah Mohd Noordeen-Madrasah Al-sagoff
18/Sakinah Mohd Noordeen-Masrasah al-sagoff
19/afiqah Wafiah Abdul Wahid-Madrasah al-Irsyad
20/Amirah Wasilah Abdul Wahid-Madrasah al-Maarif
21/Muhsinah Mohd Sah-Madrasah WakTanjong

majlis berjalan lancar//
perbincangan aqidah para salafussoleh. .tentang beriman kepada Allah..dikaitkan dgn isu semasa dan hukum!
perbincangan tentang aurat wanita ditunda kepada sesi usrah hadapan! July!


*Update kehadiran Usrah by Ustazah Mariam

Bagi mereka yang namanya tak tersenarai...jom ah join!

Usrah beraksi Kembali buat ke 6!!!

Saturday, June 21, 2008


salam ya ahlal_Quran..
smg antunna dalam keadaan iman yg sehat dan stable..
tak kering lidah dr berzikir dgn kalam Tuhan yg Agung.

jemputan usrah ahlul_quran kali ke-6 2008..
ahad 2-4 ptg
@cntainer5,mks.

[Update:usrah ke5,mendapat sambutan tanpa diduga]
pihak penganjur sedaya upaya mengemaskini pengisian dan memastikan keselesaan ahli.


Tajuk: Persoalan aqidah & aurat wanita sebenar

menawarkan package yg hebat!!
sgt dialu2kan..
*perkongsian bahan rujukan soheh..
*utarakan pandangan2..
*utarakan pertanyaan yg terbuku dalam hati...utk dibincangkan

++Jdkan pertemuan ini utk berkenalan n mengeratkan silaturrahmi sesama ahli
juga bermanfaat utk meraih ilmu
spy menjadi amalan soleh n soheh kite disisi Allah..
berpesan2 kearah kebaikan+
meningkatkan keimanan n ketakwaan kpd Nya


sesi perbincangan ini akan dibimbing oleh asatizah dan da'iyyah ilallah insyaallah

Pertanyaan:

bley sms ana,
Hamalatul_Quran
Mariam Mohd Hashim

Youth Quranic Science Roadshow

Sunday, June 1, 2008


*Double Click to view it!

Sunnah Penghias Diri (1)

Thursday, May 22, 2008


Hadis Rasulullah s.a.w yg Bermaksud:

'Lakukanlah (solat)witir wahai Ahli Quran,Sesungguhnya Allah itu witir dan suka pada yg witir(ganjil)'

~Diriwayatkan oleh Abu Dawud,An Nasai dan At-Tirmizi.


Moga2 kita yg sedang menghafaz AlQuran ini termasuk dalam golongan Ahli Quran.Tidak terpanggilkah kita dengan hadis ini???

Mula dari sekarang...

Kita perlu hidupkan semula sunnah2 Rasulullah.Apalah erti kita menghafaz AlQuran...tetapi kita gagal menyatukan antara AlQuran itu dengan Pembawa AlQuran iaitu Rasulullah.

kalau tidak pernah melakukan solat witir...maka mula dari bilangan yg kecil iaitu 1 rakaat.Apabila sudah beristiqamah dgn 1 rakaat...maka tingkatlah kepada 3 rakaat paling kurang.Jika tidak mampu untuk bangun malam,lakukannya sebelum tidur atau selepas Solat isyak.

Buatlah...sbb Rasulullah tidak pernah meninggalkan solat witir.Kita pencinta Rasulullah s.a.w bukan?

Ilmu itu kan buahnya hidayah?Bila ada hidayah,adanya penambahan ketaatan kepada Rabbnya.

Knowledge; increases when shared

Friday, May 9, 2008
There's one feature about knowledge itself that makes it such a beautiful thing. Unlike money, knowledge does not diminish when you share it, rather it spreads and increases.

When is knowledge attained? it is attained when there is understanding. and so we come to speak about the process of understanding. what exactly makes us understand, or rather allows us to understand? is it our own effort? the amount of time we spend mugging? well, to a certain extent perhaps it is true, God rewards those who have put in effort, ikhtiar. Even so, understanding itself comes as a Divine Grace. some people take a lot more time to understand, others much shorter. How to explain this? some people are just born smarter? if so, is there any part of it that we can take credit for? of course not. for verily understanding comes from Him. The One who taught Man what he knew not

would you agree that there is nothing to be proud of in using a key to open a lock for an unlimited number of times? because the key is expected to be able to open the lock. so opening the lock 1000 times does not make it a more impressive act than to just open it, say, a few times.

The same can be said about knowledge. Once it is attained, it is more or less going to be with you for a long time, unless you do forget it. as such, you are now able to use that knowledge again and again and again, with relative ease-almost effortless on your part. so then why do people arrogate themselves with knowledge, when they know that each time they apply that knowledge, it is easy or even effortless for them? On the contrary, one should say something like " O Allah, YOU have GIVEN me this understanding, after which things become easy for me, Glory be to You, i have not put in any effort, i deserve no credit"

One can perhaps commend a locksmith for creating a key that can open the lock, but one would not praise the locksmith for being able to use the key to open the lock many many times, that is expected and effortless.

as with issues of the heart, saying is always much easier than real action,
May Allah forgive us all and guide us.

quoted on 090508

Amazing Race!!!

Wednesday, May 7, 2008

*Double click to view it!


p/s:
Assalamualaikum semua...
Semua sibuk ye sampai terabai blog tahfiz ni...
Selamat maju jaya dengan apa yg dilakukan...
Doakan ana yg dalam fatrah imtihan!

Salam rindu buat Akhwat PTS,
Halimah Cairo

AlQuran Inspirasi Kami...

Friday, April 11, 2008



Muhasabah...

Kita tanya pada diri kita,

'Sejauh mana kita menjadikan KalamNYA itu sumber inspirasi kita?'

Jikalau belum lagi...

Perbaiki semula hubungan kita dgn AlQuran.Cari mana silapnya.samada belum amalkan?atau tinggalkannya tidak kirelah secara tilawah atau hifz?atau....

Tepuk dada tanya iman...
Mana kita letakkan AlQuran itu di hati kita????


Ya Allah,berikan kami kekuatan utk terus beristiqamah dgnnya...

Peninggalan Rasulullah S,A.W

Saturday, March 29, 2008
*Double Click to view clearly!




Ya Allah...
Kurniakan kami taufiqMu untuk merebuti segala peninggalan Rasulullah s.a.w...

Istimewanya kita kerana nya..Rasulullah

Wednesday, March 26, 2008

*Post sempena Zikra Maulidir Rasulullah s.a.w

Ketika Nabi Ibrahim 'alahissalam memohon kepada Allah:


{ وَلاَ تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ }
Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula - As-Syura :87

Tapi...

Allah berkata kepada Penyejuk hati kita,Rasulullah s.a.w:

يَوْمَ لاَ يُخْزِى ٱللَّهُ ٱلنَّبِيَّ وَٱلَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ


Pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya....


Kami merinduimu Ya Rasulullah...

MUSLIMAH IDENTITY

Tuesday, March 18, 2008



WHO ARE WE REALLY?

siapa??????siapa??siapaaa??

Ingin dapat feel ala2 Forum perdana ehwal Islam?

Nak tahu siapa diri kita sebagai muslimah dalam konteks sekarang?

Tak tahu apa yang selama ini kita buat betul atau tidak?

Luangkan masa awak, hanya 2 jam untuk bersama-sama dengan rakan2 tersyg awk di perkarangan masjid kampung siglap Ahad, 16 march 2008 ini 2-4ptg.

Banyak benda yang nak dikongsi disamping mempelajari sesuatu yang menakjubkan

Kalau nak tahu ape jd, jomlah datanggg

kehadiran awak saya nanti nantikann

ada org, bila dgr perkataan 'mjd' je mereka takut nak dtg. ape mjd ni tmpt menakutkan ke? taaaakkk mjd ni best sgt.

datang dengan identiti awak yg tersendiri..

Ma'assalamah!

Ceramah Keindahan AlQuran

Thursday, February 28, 2008
*Double click to view clearly!

Hubungi Masjid Kampung Siglap
6243 7060

Muhasabah kembali

Tuesday, February 26, 2008

Firman Allah bermaksud:

لا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَفْرَحُونَ بِمَا أَتَوْا وَيُحِبُّونَ أَنْ يُحْمَدُوا بِمَا لَمْ يَفْعَلُوا فَلا تَحْسَبَنَّهُمْ بِمَفَازَةٍ مِنَ الْعَذَابِ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ:188


Terjemahan ayat:188,Al'Imran.

Jangan sekali-kali engkau(Rasulullah) menyangka bahawa orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan, jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya
.


Muhasabah diri....

Tidak perlulah kita bergembira dengan kemampuan kita dapat menghafaz atau mengkhatamkan AlQuran.Hakikatnya,kita tidak melakukan perkara tersebut.Apalah yg hendak digembirakan jika kita masih lagi cuai terhadap AlQuran itu sendiri.Cuai terhadap pengamalannya,Cuai terhadap haq2nya,cuai terhadap pembawa AlQuran iaitu Rasulullah s.a.w.

Hati2lah dengan segala lintasan hati kita yg kita tidak menyangka yang sebenarnya kita bergembira dgn apa yg kita tidak lakukan.Jika terjadi lintasan2 yg tak sepatutnya berada dalam hati kita,Cepat2lah kembalikan diri kita yg sebenarnya,banyakkanlah selawat ke atas Rasulullah s.a.w dan istighfar kepada Nya.Jadilah seperti Rasulullah yang walaupun beliau itu sayyidil Khalq,tapi beliau jugalah sayyidil mutawaadhi'in.Sollu 'laihi wa sallimu tasmlima!

Warkah Kasih Untuk Adik

Sunday, February 24, 2008
Salam kasih,
salam penuh kemesraan dan salam penuh mahabbah Islamiah,
ku hadiahkan buat adik-adik yang kukasihi

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

Semoga kita semua berada di dalam rahmah dan Inayah Allah s.w.t menjadi hamba-Nya yang merasai kemanisan beribadah di setiap ketika dan waktu, menjadi hamba-Nya yang bertaqwa dimana sahaja dan dalam apa jua keadaan.Allahumma Amin.

Adik, pertama sekali ku ucapkan alfu syukran diatas kesudianmu menatap warkah ini begitu juga diatas kesudianmu meluangkan masa yang ku kira amat berharga untuk dihabiskan semata-mata ingin membaca bait kata yang kusuratkan sekaligus memahami apa yang cuba kusiratkan.

Adik, pernahkah kau menerima kata-kata ini dari ku?

Di dalam hati ini ada selautan kasih untuk mu
Dari kasih ini kubentuk sebuah harapan
Ku hiasi ia dengan persahabatan
Untuk melihatmu sebagai pejuang Islam

Jika inilah pertama kali, anggaplah ini sebagai hadiah istimewa dariku. Andai ini sudah banyak kali kau terima, anggaplah ia sebagai hadiah tanda ingatanku dan kasih yang tiada taranya. Kasih atas nama ISLAM.

Ketahuilah adikku yang kukasihi, dirimu mendapat tempat yang istimewa di dalam hati ini. Oleh kerana keistimewaan itulah, aku seringkali berasa bertanggungjawab untuk mendidikmu menjadi muslimah solehah penuh mujahadah. Namun aku mengaku, diri ini sendiri masih lagi bertatih untuk menjadi seorang muslimah mujahidah, diri ini masih lagi mentarbiah diri sendiri untuk menjadi hamba Tuhan penuh redha dan taqwa. Sungguhpun begitu, kerana kasih ku yang selautan dalamnya, aku tidak mahu bersendirian mencapai rahmat Allah, aku tidak mahu tamak dan meninggalkanmu sendirian dalam mengenali hakikat dirimu sebagai seorang muslimah. Lalu aku biarkan kehadiranku dalam hidupmu dan menjadikan diri ini sebagai seorang insan yang kau tidak akan lupakan hingga ke hujung usiamu dan tidak pula kau lupakan bila kita berada diakhirat sana. Bukankah itu yang dinamakan ukhwah fillah? Ikatan ukhwah kerana Allah ..bertemu berpisah kerana agamaNya

Adikku, dalam hati katanya ada cinta. Aku mengerti malah memahami dirimu ingin dikasihi, dirimu jua ingin mengasihi. Itulah lumrah yang Allah s.w.t ciptakan untuk diri kita yang bernama wanita. Terasa dilindungi bila ada lelaki, terasa dihargai dan berharga bila diri dimiliki. Yang pahit menjadi manis, yang hempedu menjadi madu.Aku tidak pernah menafikan kenyataan itu, adikku.

Namun, kau perlu ketahui, kasih kita ada caranya. Jangan menghalalkan yang haram. Ingatlah pesanan selalu kuucapkan padamu bahawa cinta yang halal adalah cinta selepas perkahwinan. Cinta sebelum perkahwinan banyak dihiasi dengan tipuan syaitan malah banyak di baluti dengan pujuk dan rayuan yang dihasilkan dari bisikan syaitan. Jangan jadi mangsa syaitan, adikku. Ingatkan dirimu bahawa di dalam al-Quran syaitan pernah berjanji kepada Allah dengan katanya :

"Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus,
kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)” (Al-Quran, al-A’raf: 16-17)

Peliharalah dirimu. Sejarah telah membuktikan bahawa syaitan tidak pernah memungkiri janjinya malah terus berusaha hingga ke hari kiamat untuk menyesatkan dan menghumbankan anak-anak Adam agar bersama-sama dengannya di dalam neraka. Maka Ittaqillah! Ittaqillah! Ittaqillah! (Takutlah kepada Allah) Sedarilah, diri kita yang Allah jadikan dengan penuh keindahan dan kemuliaan mampu menjadi fitnah. Jangan sekali kau jadikan dirimu sebagai pelemah iman lelaki. Jangan sekali mencampakkan dirimu dalam cinta dengan lelaki ajnabi. Usah biarkan zina hati itu meraja dijiwa mu. Kelak dirimu akan sakit. Sakit ditimpa penyakit cinta yang tidak diredhai Allah. Maka jadikanlah dirimu mawar berduri yang hanya mampu dilihat tetapi tidak mampu dipegang dan dihidu bau harumnya. Duri itu umpama batasan syariat yang kau pegang utuh sebagai panduan hidup, manakala keharumanmu adalah tanda bahawa dirimu wanita solehah mujahidah yang berjuang menegakkan agama Allah.

Berjuanglah dalam mengejar ilmu dan menyebarkan agama Islam dan berjuanglah jua dalam menegakkan hukum tuhan. Usah bermatian dalam memperjuangkan dan mempertahankan cinta. Usah pula kau renangi lautan api kerana cinta. Aku tidak mahu melihatmu kecewa dengan cinta yang tidak pasti. Katakan dengan tegas pada dirimu: “Cintaku hanya kuberikan pada lelaki yang bernama suami dalam hidupku. Dia adalah lelaki yang takutkan Allah, yang tidak mahu mencampakkan dirinya ke lurah fitnah apatahlagi melibatkan pada dirinya dalam kemaksiatan walau sekecil zarah! Lelaki itulah bakal menjadi suamiku dan menjadi bapa kepada zuriatku yang akan mendidik mereka dan diriku menjadi hamba Allah yang takut pada-Nya!”

Tetapi apabila aku amati dan menoleh di kiri dan kananku, aku sedih sekali adikku. Fenomena disekelilingku dan sekeliling kita ini sudah tidak mempedulikan cinta halal. Fenomena disekeliling kita hanya mementingkan keterbukaan akal dan fikiran tanpa sedikitpun menimbangkan dengan iman dan syariat tuhan. Sedangkan ramai diantara mereka itu adalah akhawat seIslamku. Jiwa ini lebih sakit malah jiwa ini lebih pedih apabila kita anak-anak berpendidikan madrasah dan berpengajian Islam sendiri masih memperlekehkan semua ini. Di manakah kita sebenarnya adik-adikku? Apakah ilmu yang kita pelajari selama ini seperti buih dilautan? Adakah kalam Allah dan sabda Rasul yang sering kita hafal dan lafazkan itu hanya sekadar hiasan dalam diri kita?Atau semua itu hanya sekadar untuk menguatkan hujjah kita ketika berdebat atau hanya sebagai menyokong penulisan kita ketika mengeluarkan pendapat? mmm… Tepuk-tepuklah dada kita, tanya-tanyalah iman kita.

Adikku, sahabat akhawat fillah ku, Allah berfirman “Wa Zakkir innaz Zikraa Tanfaul Mu’minin” (al-Quran, al-Zariyat: 55) Dengan penuh rasa rendah dirinya aku ingin mengingatkan mu dan tidak terkecuali juga diri ini, bahawa jangan lupa yang diri kita adalah muslimah-muslimah yang mengetahui hukum Allah. Dirimu mengetahui batassan lelaki dan wanita, dirimu mengetahui bagaimana sebenarnya Islam menetapkan mu'amalah diantara lelaki dan wanita, malah dirimu juga mengetahui cinta yang bagaimana dibolehkan dalam Islam.

Sedarlah bahawa dirimu adalah generasi harapan ummah. Dirimu diharapkan untuk mendidik anak-anak Islam kita agar menjadi anak-anak Islam yang bukan sahaja mengaku diri mereka sebagai muslim dan mempraktikkan ibadah tetapi tugas yang paling besar adalah untuk mendidik mereka agar menjadi anak-anak Islam yang berusaha menyemai taqwa dalam diri. Namun, jika diri kita sendiri yang bakal mendidik anak-anak Islam kita tidak dapat membezakan yang mana halal dan mana haram dalam mengemudi naluri dan perasaan, bagaimakah kita boleh menjadi contoh kepada anak didik kita? Bimbang-bimbang kita menjadi insan yang mendidik dengan niat mengisi duit di saku kita dan bimbang-bimbang juga kita menjadi da'ie yang cakap tidak serupa bikin. Jangan lupa firman Allah yang bermaksud: “Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan” (al-Quran, al-Shaffat:3) Adakah kita rela menjadi hamba Allah yang dibenci oleh Nya? Adakah kita rela menjadi muslimah yang memperlekehkan hukum Tuhan?Na'uzubillah!

Adikku, ku akhiri warkah kasihku ini dengan jutaan maaf, andai kata-kataku menyinggung perasaanmu. Sungguh, itu bukan niatku. Kita sama-sama insan bergelar muslimah yang tidak sempurna. Ada kelebihan dan ada kekurangan. Segalanya adalah atas dasar kasihku yang selautan dalamnya padamu dan juga atas dasar kasihku kepada adik-adik muslimahku yang tiada taranya, lalu aku berpegang dengan kalam Allah s.w.t yang indah:

"وتواصوا بالحق وتواصوا بالصبر"


Maksudnya: “nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran” (al-Quran,al-Asr:3)
Itulah orang-orang yang tidak rugi. Semoga kita sama-sama sentiasa berpesan-pesan diantara satu sama lain dalam usaha untuk mendidik diri menjadi muslimah solehah mujahidah di jalan Allah s.w.t. Sekian.

Bicara kasih dari kakakmu:
Umairah-Sh
Kolej Ungku Omar, 8U 202.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
1 Januari 2008

Bengkel !

Thursday, February 14, 2008

*Sila double click to view it!

HUBUNGI USTAZAH ZALEHA DI TALIAN
6243 7060

Sampai bila lagi?!

Wednesday, February 13, 2008
Bismillah
Allhumma Solli 'ala sayidina Muhammad wa 'ala alihi



~Kata seorang sahabat Rasulullah s.a.w:
'Nanti datang pada suatu zaman apabila Alquran itu mudah dihafaz tapi susah untuk diamalkan'.


Kalau kita lihat Pada zaman Rasulullah,hanya segelintir mereka yg menghafaz AlQuran.Bukan krn mereka susah nak menghafaz.Hati mereka itu jauh lebih bersih dari hati2 kita.Tapi kenapa mereka tidak menghafaz?

Ini adalah kerana mereka tidak menghafaz kecuali apabila sudah mengamalkan ayat yg dihafaznya.Seperti cerita sayyidina Umar R.A,beliau menghafaz surah AlBaqarah dalam jangka masa 10 thn.

kita berapa lama?sebulan untuk surah AlBaqarah?termasuk dgn amal?Allah...Jauh sekali kita dengan mereka.




Muhasabah kembali...



Cuba kita lihatlah diri kita sbg Penghafaz AlQuran...tak perlu tengok orang lain,Kita semakin banyak menghafaz KalamNYA,semakin bercanggahkan kita dengan syariat Allah?!?!semakin jauh diri kita dengan Pembawa AlQuran itu sendiri iaitu Rasulullah s.a.w...

Jadi,
Tanya semula diri kita ini....KENAPA KITA HAFAZ ALQURAN???


Ya Allah,
Luruskan semula niat2 kami dalam menghafaz KalamMU....

Kitab Tafsir Mimpi Ibn Sirin

Tuesday, February 5, 2008
Salam ukhwah fillah untuk akhawat yang ustazah kasihi. Alhamdulillah di kesempatan ini ana berpeluang untuk berkongsi sesuatu yang ana rasa amat baik untuk dijadikan sebagai salah satu artikel ilmiah blog AhlulquranPTS. Sebelum itu, ana ingin bertanya kepada akhawat, adakah akhawat pernah mendengar nama sebuah buku yang bertajuk ‘Tafsir Mimpi Ibn Sirin?’ Ustazah yakin kebanyakan daripada kita mengetahui tentang buku tersebut. Kalau kita tidak pernah membuka dan membacanya pun, sekurang-kurangnya kita pernah ternampak buku ini di kedai buku atau pun kita cuma pernah dengar nama bukunya sahaja. Kalau yang memang tidak tahu langsung mengenainya tidak mengapa. Ini kerana pada artikel ini, ustazah akan memperkenalkan kepada akhawat mengenai buku tafsir Mimpi Ibn Sirin ini yang sememangnya amat popular di kalangan masyarakat Islam di merata tempat lantaran ia dikenali sebagai sebuah kitab tafsir mimpi yang bersandarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Atas sebab itu tidak hairanlah mengapa kitab ini yang asalnya adalah di dalam bahasa Arab telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa, antaranya bahasa Inggeris, bahasa Melayu dan bahasa Indonesia.

**************************

KITAB MUNTAKHAB AL-KALAM FI TAFSIR AL-AHLAM
Oleh Sakinah Saptu

PENGENALAN

Kitab Muntakhab al-Kalam Fi Tafsir al-Ahlam yang dinisbahkan kepada Abu Bakar Muhammad Ibn Sirin mengandungi 59 bab yang membincangkan mengenai ta’bir mimpi sama ada mimpi itu adalah mimpi yang buruk ataupun mimpi yang baik. Ia disusun bab demi bab dimulai dengan bab seorang hamba melihat dirinya di tangan Allah s.w.t di dalam tidurnya dan di akhiri dengan bab menyebut kisah-kisah mimpi sebahagian orang-orang saleh r.a.

Kitab ini dimulai dengan mukaddimah kitab kemudian diikuti dengan khutbah kitab. Perkara-perkara yang dibahaskan di dalam mukaddimah kitab ialah:

1- Ta’bir mimpi yang pelbagai
2- Kaedah umum dalam menta’bir mimpi
2.1 Adab ta’bir mimpi
2.2 Waktu dalam menta’bir mimpi
2.3 Mimpi yang boleh dipercayai
2.4 Beberapa prinsip penta’bir dalam menta’bir mimpi
2.5 Mentafsir mimpi berdasarkan watak, waktu dan kebiasaan
3- Kedudukan roh dan jiwa dalam mimpi
4- Mentafsir mimpi dengan Nama, makna dan peribahasa yang sering dipakai
5- Mimpi yang paling benar
6- Perkara yang perlu dilakukan ketika bermimpi sesuatu yang tidak disukai (mimpi buruk)

Manakala di dalam khutbah kitab pula ia membincangkan mengenai perkara-perkara berikut:
1- Hakikat mimpi dalam ilmu syariat
2- Hal-hal yang diperlukan oleh orang yang bermimpi untuk membuktikan kebenaran mimpinya
3- Dua jenis mimpi yang hak dan yang batil
4- Adab penta’bir mimpi

Abd al-Rahman al-Juzu menyatakan di dalam kitab tahqiqnya bahawa manuskrip kitab ini terdapat di Dar-al-Kutub, Mesir dan Iskandariah. Kitab ini juga telah di cetak di Bulaq pada tahun 1284H dan pada tahun yang sama juga ia telah dijadikan sebagai هامش (catatan ditepi kitab) untuk kitab Ta’thir al-Anam oleh al-Nablusi yang mana telah diulang cetak beberapa kali di Lucknow pada tahun 1874M dan di Bombay pada tahun 1296H. Kitab ini juga telah diulang cetak dengan versi yang baru (disusun semula untuk memudahkan pembacaan) dan diterbitkan oleh beberapa penerbit di Beirut, Damsyik dan Kahirah(1). Malah kitab ini juga telah ditahqiq dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Melayu, Inggeris, Indonesia dan kemungkinan juga di dalam bahasa-bahasa yang lain.

MENGAPA IA DIKATAKAN KITAB YANG DINISBAHKAN KEPADA IBN SIRIN

Perlu diketahui bahawa Kitab Muntakhab al-Kalam Fi Tafsir al-Ahlam yang dinisbahkan kepada Ibn Sirin adalah nisbah yang salah, malah dengan mengatakan ia sebagai kitab karangan Ibn Sirin juga merupakan satu kenyataan yang silap. Ia sebenarnya adalah karangan Abu Sa’ad (Sa’id) Abd al-Malik al-Wa’iz al-Kharkusyi. Nama kitabnya pula ialah al-Basyarah Wa al-Nadharah. Kesalahan menisbahkan kitab ini kepada Ibn Sirin ataupun mengakui ia adalah hasil karya Ibn Sirin telah diikuti dari zaman ke zaman hinggalah pada hari ini.

Abd Al-Rahman al-Juzu telah menyenaraikan dengan jelas bukti yang menunjukkan bahawa ia bukanlah kitab karangan Ibn Sirin dan ia hanya sebuah kitab yang dinisbahkan kepada beliau itupun dengan nisbah yang salah. Menurut Abd al-Rahman dengan meneliti kitab itu sendiri dapat dilihat tanda-tanda yang jelas bahawa sebahagian atau beberapa bahagian daripada kitab tersebut bukanlah daripada Ibn Sirin. Ini kerana di dalam kitab itu menyebut nama-nama mereka yang lahir, hidup dan juga meninggal dunia selepas Ibn Sirin meninggal dunia dengan jarak masa yang begitu jauh, ataupun di dalam kitab tersebut ada menyatakan kisah-kisah yang berlaku pada zaman selepas Ibn Sirin(2). Di antara contohnya ialah:

1- Di dalam khutbah kitab tersebut sering menyebut nama Abu Sa’id al-Wa’iz, contoh:

قال الأستاذ أبو سعيد الواعظ رضى الله عنه) أما بعد فإنه لما كانت الرؤيا الصحيحة في الأصل المنبئة عن حقائق الأعمال منبهة على عواقب الأمور

Kata-kata ini yang sering disebut di awal kebanyakan perenggan menunjukkan dengan jelas bahawa kitab ini adalah dari hasil himpunan atau penulisan Abu Sa’id al-Wa’iz.

2- Terdapat di dalam khutbah kitab nama-nama berikut:

الأصمعي عن ابن المقدام
اسحاق بن ابراهيم الموصلي
جعفر بن جعفر بن محمد الفريابي


Al-Asma’iy lahir pada tahun 122H, Ishaq al-Musli lahir pada tahun 155H, Ja’far bin Muhammad al-Faryabi pada tahun 257H sedangkan Ibn Sirin meninggal dunia pada tahun 110H. Bagaimana pula Ibn Sirin boleh meletakkan nama mereka di dalam penulisannya sedangkan ketiga orang tersebut belum lagi lahir sewaktu Ibn Sirin masih hidup?

3- Kitab ini meriwayatkan daripada al-Kirmani, al-Salimi dan al-Qairawani. Mereka adalah ulama’ selepas Ibn Sirin. Ishaq al-Kirmani contohnya merupakan ulama’ pada kurun ke empat hijrah manakala al-Salimi adalah di kalangan ulama’ kurun ke lapan hijrah.

4- Di dalam kitab ini juga memuatkan mimpi yang dilihat oleh mereka yang hidup selepas Ibn Sirin, antaranya:

1- Di dalam bab 2:

Daripada Abu al-Wafa’ al-Farisi al-Harawi telah berkata: “Aku telah melihat al-Mustafa s.a.w di dalam tidur di Farghanah pada tahun 360H”.

Teks ini menyatakan bahawa Abu al-Wafa’ telah bermimpi melihat Rasulullah s.a.w di dalam tidurnya pada tahun 360H, sedangkan pada tahun tersebut Ibn Sirin sudah meninggal dunia. Dengan itu, bagaimana kitab ta’bir ini boleh dikatakan salah satu daripada karya Ibn Sirin?.

2- Di dalam bab 23:

“Dan amir al-Mukminin Harun al-Rasyid telah bermimpi…”
Di dalam kitab ini juga menyebut nama Harun al-Rasyid yang lahir pada tahun 149H sedangkan Ibn Sirin meninggal dunia pada tahun 110H.

3- Dalam bab 31:

“Dan diceritakan bahawa Al-Syafi’i r.a bermimpi di dalam penjara seolah-olah dia di salib…”

Di kitab ini juga menyebut nama Imam al-Syafi’i sedangkan beliau lahir pada tahun 150H.

4- Di dalam bab 43:

Abu Ubaidah telah berkata: “Aku bermimpi pelita masjid terpadam, maka Mus’ir bin Kidam telah meninggal dunia…”

Di dalam kitab ini juga menyebut nama Abu Ubaidah yang lahir pada tahun 110H sedangkan pada tahun yang sama Ibn Sirin meninggal dunia dan ia juga menyebut nama Mus’ir bin Kidam yang meninggal dunia pada tahun 152H.

Daripada kenyataan dan contoh-contoh yang dikemukakan oleh Abd al-Rahman al-Juzu, dapat diakui bahawa penisbahan kitab ini kepada Ibn Sirin adalah satu nisbah yang salah kerana kebanyakan daripada isi kandungannya bukanlah daripada Ibn Sirin, apatahlagi setelah dikaji semula kita dapati kitab ini dihasilkan pada jarak masa yang jauh selepas Ibn Sirin, iaitu ia dihasilkan atau dikumpulkan oleh Abu Sa’id al-Wa’iz yang meninggal dunia pada tahun 407H.

Mengenali Pengarang Sebenar Kitab Tafsir Mimpi Ibn Sirin

Beliau ialah Abu Sa’ad (Sa’id) Abd al-Malik bin Abu Uthman Muhammad bin Ibrahim, al-Naisaburiyy al-Wa’iz. Beliau merupakan seorang zuhud yang lebih dikenali dengan nama al-Kharkushi(3).Di dalam kitab Siyar A’lam al-Nubala’ menyatakan beliau sebagai al-Imam Qudwah dan Syaikh al-Islam.

Al-Kharkushi telah mengarang kitab (دلائل النبوة), kitab (التفسير), kitab (الزهد) dan lain-lain(4). Al-Hakim berkata:


“Sesungguhnya aku tidak melihat (selain al-Kharkushi) yang mengumpul padanya ilmu, zuhud, tawadhu’, menunjuk ke jalan Allah dan kepada kezuhudan di dunia, Allah menambah padanya taufik, dan menggembirakan kami dengan hari-harinya. Sesungguhnya hasil karyanya telah tersebar di kalangan muslimin”(5)

Al-Khatib pula berkata: “Al-Kharkushi adalah seorang yang thiqah, wara’ dan saleh”(6).

Dinyatakan bahawa orang-orang fakir di dalam majlisnya dilayan seperti para pemimpin. Beliau juga membuat kopiah dan menjualnya. Selain daripada itu, beliau juga membina madrasah dan rumah untuk orang sakit lalu mewakafkan keduanya dan mewakafkan sebuah peti besi yang besar berisi buku-buku.

Muhammad bin Ubaidullah al-Sarim berkata: Aku melihat al-Ustaz Abu Sa’ad al-Zahid di Musalla ketika mengimamkan solat Istisqa’, aku mendengarnya berdoa’(7):

إليك جئنا و أنت جئت بنا وليس رب سواك يغنينا
بابك رحب فناؤه كرم تؤوي إلى بابك المساكينا


Ibn ‘Asakir berkata beliau adalah seorang Asy’ari. Beliau meninggal dunia pada bulan Jamadil awal pada tahun 407H.

METODOLOGI PENULISAN

Setiap penulisan buku mempunyai metodologinya yang tersendiri. Metodologi penulisan sebuah buku itu mampu memperlihatkan keistimewaan dan kelemahan yang terdapat pada hasil karya seorang penulis. Untuk metodologi penulisan kitab Muntakhab al-Kalam Fi Tafsir al-Ahlam, pengkaji memberikan perhatian dari sudut gaya bahasanya, keistimewaan dan kelemahannya.

(1)Gaya Bahasa

Kitab ini menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami. Ia tidak menggunakan bahasa sastera yang tinggi. Jika ada pun, ia hanya menggunakan perkataan-perkataan yang agak sukar untuk difahami. Keadaan ini dapat dilihat apabila banyak pentahqiq kitab ini seperti Abd al-Rahman al-Juzu, Yusuf al-Shaikh Muhammad, Saleh Uthman Abd al-Hamid, Samar Muhammad Dahir, dan Zuhair Syafiq al-Kabby tidak mengabaikan dalam memberikan makna atau menjelaskan maksud beberapa perkataan-perkataan yang terdapat di dalam kitab ini, malah ada juga di antara mereka yang hanya menumpukan kepada aspek ini sahaja untuk kitab tahqiq mereka.

Di samping itu pengkaji melihat ia lebih menggunakan teknik straight to the point kepada mimpi-mimpi yang dita’birkan. Tidak ada penerangan yang lebih terperinci diberikan kepada setiap mimpi yang dita’bir. Ia hanya mengemukakan objek ataupun perkara yang dimimpikan lalu memberikan makna mimpi tersebut. Sebagai contoh, di dalam bab 1 menyatakan:

قال الأستاذ أبو سعيد رضي الله عنه : من رأى في منامه كأنه قائم بين يدى الله تعالى و الله تعالى ينظر إليه فإن كان الرائى من الصالحين فرؤياه رؤيا رحمة

Di dalam kenyataan di atas, Abu Sa’id mengatakan sesiapa yang bermimpi di dalam tidurnya seoalah-olah ia berada di hadapan tangan Allah s.w.t dan Allah s.w.t melihatnya dan jika sekiranya yang bermimpi itu adalah di kalangan orang yang saleh maka mimpinya adalah mimpi rahmat. Banyak lagi contoh-contoh lain yang boleh didapati di dalam kitab Muntakhab tentang teknik straight to the point ini.

(2) Keistimewaan

Kitab Muntakhab al-Kalam Fi Tafsir al-Ahlam mempunyai banyak keistimewaannya. Ia bukan sekadar sebuah kitab yang memainkan peranannya untuk menta’birkan mimpi, tetapi ia juga banyak membahaskan mengenai ilmu menta’bir mimpi dari sudut syariat. Perbahasan ini seperti mana yang telah disebut oleh pengkaji di dalam pengenalan bab ini boleh didapati di dalam mukaddimah kitab dan khutbah kitabnya(8).

Manakala jika hendak dibandingkan kitab ini dengan Kitab Ta’thir al-Anam Fi Ta’bir al-Manam oleh al-Nablusi dan Kitab al-Isyarat Fi Ilmi al-‘Ibarat oleh Ibn Syahin, kitab Muntakhab lebih mempunyai keistimewaannya. Ini kerana ia sering diutarakan atau dikemukakan sebagai kitab ta’bir mimpi yang berpandukan kepada al-Quran dan al-Sunnah lantaran terdapat ta’biran mimpinya yang disertai bersama ayat al-Quran atau al-hadith(9). Malah bukan itu sahaja, bahkan ianya juga sering memuatkan pendapat-pendapat yang bersanad yang menceritakan mimpi mereka serta maksud daripada mimpi tersebut.

(3) Kelemahan

Abd Rahman al-Juzu menyatakan bahawa walaupun kitab ini dikatakan berpandukan kepada al-Quran dan al-Sunnah, kebanyakan daripadanya tidak mempunyai kaitan langsung dengan apa yang dita’birkan oleh penulis kitab(10). Bahkan melalui pemerhatian pengkaji pula tidak semua ta’bir mimpi disertakan dengan dalil-dalil daripada al-Quran dan al-Sunnah, ada juga ta’bir mimpi yang kebanyakannya hanya berdasarkan daripada kata-kata penulis sahaja yang dimulakan dengan ayat ini:

(قال الأستاذ أبو سعيد الواعظ رضى الله عنه)

Perkara ini boleh dikira sebagai perkara yang melemahkan penulisan kitab ini. Tambahan pula, kitab ini juga memuatkan hadith-hadith yang tidak dinyatakan hukum hadithnya.

Kitab ini juga sering membahaskan mengenai perkara yang sama secara berulang-ulang di dalam bab yang berbeza. Ia juga tidak mempunyai penditilan untuk setiap bab yang dikemukakan. Manakala tajuk babnya diletakkan dengan tajuk yang panjang agar setiap inci perkara yang dibahaskan dimuatkan di dalam tajuk-tajuknya.

Dari segi susun aturnya pula, sepertimana kitab-kitab lama yang lain, ia tidak mempunyai perenggan, tanda koma dan noktah.

KESIMPULAN

Melalui perbahasan tadi, dapat dikenalpasti bahawa kitab ini bukanlah hasil karya Ibn Sirin. Hakikatnya ia merupakan sebuah penulisan atau himpunan yang diusahakan oleh al-Kharkushi. Pengkaji berpendapat bahawa perkara ini perlu diambil perhatian oleh setiap penterjemah, pentahqiq dan penyusun kitab muntakhab agar kesilapan ini dapat dijelaskan di dalam hasil kerja mereka sebagai maklumat kepada pembaca kitab ta’bir mimpi yang popular ini.

Keistimewaan kitab ini dilihat dari sudut isinya yang dikatakan berpandukan kepada al-Quran dan al-Hadith. Kitab ini juga dianggap istimewa kerana ia bukanlah kitab ta’bir mimpi semata tetapi ia turut memuatkan perbahasan yang amat menarik berkenaan ilmu ta’bir mimpi dari sudut syariat. Namun begitu, ia juga tidak lari dari kelemahan-kelemahan (sepertimana yang telah dinyatakan pada perbahasan di atas) sebagai sebuah kitab tua yang dihasilkan beribu tahun dahulu.
______________________

(1) Al-Juzu, Abd Al-Rahman, Muntakhab al-Kalam Fi Tafsir al-Ahlam, Dar Maktabah al-Hayah, Beirut, 1995, hlm 20-21.
(2) Ibid, hlm 22.
(3) Kharkushi merupakan sebuah nama jalan yang terdapat di bandar Naisabur.
(4) Al-Dhahabi, Syams al-Din Muhammad bin Ahmad, Siyar A'lam al-Nubala’, Muassasah al-Risalah, Beirut, 1990, Juz 17, hlm 162.
(5) Ibid.
(6) Ibid.
(7) Ibid.
(8) Rujuk pada bahagian Pengenalan.
(9) Ayat-ayat al-Quran lebih banyak dimuatkan jika dibandingkan dengan al-Hadith.
(10) Al-Juzu, hlm 21.


Nota:
Artikel ini merupakan salah satu bab yang terkandung di dalam Latihan Ilmiah (tesis) penulis bertajuk 'Kajian Hadith Kitab Muntakhab al-Kalam Fi Tafsir al-Ahlam Yang Dinisbahkan Kepada Muhammad Ibn Sirin’. Latihan Ilmiah ini masih dalam proses untuk diselesaikan dan artikel ini telah diadaptasi daripada salah satu bab yang telah disemak oleh Dr Azwira Abd Aziz, pensyarah kanan Jabatan al-Quran dan al-Sunnah yang bertindak selaku penyelia penulis dalam menghasilkan kajian ini. Latihan ini perlu diselesaikan sebagai salah satu syarat untuk memiliki Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Semoga maklumat yang terdapat di dalam artikel ini, sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada semua. Sekian Wallahua’lam.

Mutiara2 Sufyan Bin 'Uyainah

Wednesday, January 30, 2008

Beliau berkata:

"Apabila aku dapat menghimpun dua perkara ini akan sempurna diriku: 1. aku bersabar terhadap kesusahan dan bala. 2. Reda dgn ketentuan."

Aku telah mendengar kate2 saidina Umar r.a:"aku tidak kisah dgn ape sakalipun keadaan aku pd waktu pagi; samada perkara yg aku sukai atau perkara yg aku benci. Ini disebabkan aku tidak mengetahui kebaikan pd perkara yg aku sukai atau perkara yg aku benci."


"Kalaulah hati2 kita bersih nescaya hati2 kita tidak puas utk menikmati bacaan al-Quran."

"Zuhud di dunia adalah bersabar dan menanti saat kematian."

"Bukanlah dinamakan cinta dunia jika mencari dunia sekadar keperluan utk hidup."

"Mengumpat lebih dahsyat daripada hutang. Hutang boleh dibayar dan mengumpat tak boleh dibayar."

"Ketika disebut nama org2 soleh maka akan turunlah rahmat Allah."

"sesungguhnya kebaikan yg paling besar ialah menyembunyikan musibah yg menimpa."

"Janganlah menjadi hamba yg jahat. Tak datang ke rumah tuhannya melainkan setelah dipanggil(azan). Datanglah utk solat sebelum azan."



Rujukan: Majmak al-Ahbab jilid 3 oleh al-Wasiti.

Taman syurga LIVE online From Mesir!!!!

Monday, January 28, 2008



Untuk sama2 menghadiri taman syurga ini,Sila Click disini


Time: 6.45 pagi (Mesir),12.45 Tghari(S'pore)

Bahasa yang digunakan: Bahasa Malaysia

Guru: AlFadhil AlUstaz Aidil Azwan
Lulusan B.A University AlAzhar,M.A University Zamalek.Seorang pakar dalam bidang Syariah.

Kitab yang digunakan:


-Minhaj At-Tolibin oleh Imam Nawawi (Feqh Syafie)

-Riyadus Solihin oleh Imam Nawawi (Hadis)

-Haza halal wa Haza haram oleh Sheikh Nuruddin AlBanjari

-Ad-Durar AlBahiyah oleh Sheikh Nuruddin AlBanjari


Ya Allah,kurniakan kami ilmu yang bermanfaat...


*Diambil dari Blog almaarif87

pentingnyerrr usrah..!

Friday, January 25, 2008
Assalamu 'alaikum, kawan2 semua~

k, kali ni, ana nak share tentang usrah.. bukanlah ana nak cakap pasal pengisian usrah ke, syarat-syarat usrah ke (ade eh?), ana cuma nak cerita pasal pengalaman je =D

hmm.. ana mula join usrah back in 2004, klw tak silap. masih lagi kat alsagoff. time tu, usrah dgn kawan2 tahfiz.. hari ahad. meriah! selain dapat eratkan lagi persahabatan, dapat jugak timba ilmu dan dengar pendapat orang.

masa tu, tak rasa sgt betapa ruginya klw tak gi usrah..

tapi sekarang ni.. selepas dua tahun dah dalam 'alam' lain, diri ni semakin naakkk sgt gi usrah, samada yang diadakan oleh ahlulquranpts atau kawan2 ana kat sekolah (Nur Ikhwan).

nak kata, masa ana kat first year pon, ana belum terasa lagi 'rindu' untuk isi kepala, hati, jiwa dgn ilmu ukhrawi. bila dah masuk 2nd year, ditambah juga dgn beberapa insiden yang buat ana lebih sedar ttg ketandusan ilmu ana ni.. bukan sahaja ilmu, tetapi juga makanan rohani serta reminders ttg 'dunia sana' dan identiti ana sebagai seorang muslimah hafizOh~, ana mula rasekan kekurangan dalam kehidupan ana sehari2an.

tapikan, alhamdulillah, di sekolah ana, ada teman2 yang berpendidikan madrasah, serta akhawat yang ana kenal dari Nur Ikhwan.. so dgn merekalah ana berkongsi cerita tentang agama or other issues.. bukan ape ah, dgn mereka ana lebih rasa selesa.

ok, back to usrah:

bagi ana, usrah ni essential, lagi-lagi untuk mereka yang sibuk berurusan dgn dunia. ana ingat lagi, masa sec 3 atau sec 4, ana ada pergi satu talk anjuran NTUMS. dapat tahu daripada ust sakinah. sepatutnya ade teman pergi sama2, tapi at last, pergi sorang.

kat situ, ana berpeluang berkenalan dgn beberape kakak. segan jugak ah, sebab ade brothers yang tua-tua *ehem, maksudnya ana, dewaSA..* topic talk tu.. oh! ana dah lupa =p afwan.. yang ana nak share kat sini is bila time balik, salah seorang dari kakak-kakak NTU, namanye Ira (hmmm... ape khabar kakak ni eh..), duduk sebelah ana. i remember her telling me something like, they (muslim students) need occasional doses of reminders/goodness/spirituality.. coz klw dgn sekolah, sibuk dgn perkara dunia.. so, dgn cara ni (islamic/motivational talks/eh), NTUMS dapat bantu/offer them a way to get close to Allah, and be constantly reminded (okay, ni ana rase ana tambah2 sendiri! hehe)

masa tu, ana masih kat alsagoff kan.. masih kat 'comfort zone', so ana tak begitu menghayati dan mendalami kata2nya. ana faham, tapi tak benar2 merasakan..

bila dah dlm situasi yang sama, sekarang ni (although ana bukanlah kat universiti, yet!), i understand fully what she meant.

to sum up my story, ana mengalu2kan kawan2 pergi usrah. baik yang dianjurkan ahlulquranpts atau kawan2 antunna yang lain. segan? ler... tak usah lah.. kan kawan sendiri. klw tak beberapa kenal pon, takkan nak stay gitu je kot? as they say, make the first move *chey, chey, macam betOl je ana ni..;p*

selain dari usrah, jom kita cari peluang menimba ilmu! tak kisahlah dari seminar ke.. kem2 untuk belia Islam ke.. dars ke.. online ke.. bagi kawan2 yang masih di madrasah, hayati dgn baik ilmu yang antunna belajar, research dalam2, bukan setakat tahu 'on the surface' je. know how to apply. remember what you learn. jadi bila dah graduate kelak, insha Allah tak rasa kehilangan.

ok.. sampai di sini je, ilalliqa'!!

Apa nak update??Pening kepala dibuatnya....

Wednesday, January 23, 2008

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allhummasolli 'ala sayyidina Muhammad wa 'alalihi

Assalamualaikum akhawati fillah...

Marilah kita sama2 kongsi ilmu,pengalaman,nasihat dan sbgnya di blog ini.Tak semestinya ia suatu yang panjang lebar,yang penting 'ma qalla wa dalla'(sedikit tapi berisi).kalau nak share kekata yang boleh membakar semangat menghafaz AlQuran,ahlan!ialah kita kan sedia maklum...semangat ini pun ada pasang surutnya.

Jangan sampai kita tak tulis sbb kita tak pandai menyusun kata.Tak perlu nak menghiasi sgt bahasa.Yang penting,ia datang dari hati yg tulus.Kalam yang datang dari hati akan jatuh ke hati...
Yang Terpenting....HATI....HATI....HATI.

Ada yang kata pula 'kita tak da ilmu nak share..'

Allah...Siapalah kita untuk mengatakan diri kita berilmu.Ilmu itu semakin dipelajari semakin merasa diri kita semakin jahil.Walau kita tiada ilmu,tapi di setiap diri kita,lagi2 mereka yg bibirnya sentiasa dibasahi dgn KalamNYA,Dikurniakan Hikmah2 yg mencurah-curah.Mungkin bagi kita,kata2 itu adalah kalam biasa...tapi bagi yang membaca dan mendengar..ia adalah mutiara hikmah.Kita tidak akan tahu hikmah2 tersebut kecuali setelah kita menyampaikannya dari hati.Percayalah...setiap diri kita mempunyai hikmah2 yg tersembunyi di lubuk hati kerana Allah menyimpan rahsianya pada makhluknya.

Ada sebuah kisah seorang alim ini(tak ingat nama imam tersebut),beliau perolehi hikmah dari seorang penyamun.Pada suatu hari itu,kapal yg dilayarinya diserang penyamun.Dan Imam tersebut bersama-samanya kitab2.Kemudian apabila si penyamun datang menyerang imam itu,Imam itu pun berkata:'ambillah apa saja yang kamu mahu kecuali kitab2ku'.Si Penyamun ini pun ketawa sambil berkata:Kalau aku ambil kitab2 ini,maknanya tiada bersamamu ilmu2 tersebut.Dari sejak peristiwa itu,Tidak beliau menulis suatu ilmu itu kecuali telah menghafaznya.Lihat bagaimana hikmah itu Allah berikan pada penyamun tersebut???subhanallah...

Kalau tiada idea,ini diantaranya yang sama2 boleh dikongsi bersama:

-Setiap orang boleh keluarkan 1 adab(paling kurang),kemudian elaboratekan dgn pendapat peribadi.Mungkin Ramai yg boleh menghafaz tapi amat sedikit yang dapat menjaga adabnya dgn AlQuran dan Ahli Quran.

-Ayat2 kegemaran...yang menjadi semangat atau pegangan hidup.berikan sebab kenapa kita suka ayat tersebut.Ana yakinlah setiap kita ini mempunyai ayat2 favourite masing2 dan mempunyai kefahaman yg tersendiri.

-Pengalaman...susah senang bersama AlQuran pada setiap lapisan peringkat.Peringkat mulanya,peringkat process menghafaz,dan peringkat setelah khataman.Setiap peringkat itu pasti berbeza pengalamannya,ujiannya,usahanya dan sewaktu dengannya.Dan kita perlu berkongsi ini,agar sama2 saling melengkapi dan mempersiapkan diri utk melalui setiap peringkat ini.

-Nasihat atau tazkirah2.Boleh dikongsi bersama nasihat2 yg diberikan oleh para asatizah semasa kelas tasmi' atau diluarnya.

-Tadabbur Ayat AlQuran bersama.Mungkin boleh keluarkan satu ayat beserta tafsirannya bagi setiap minggu(ini peringkat bila dah 'no idea to share').Idea dah kering pun maseh boleh beri sumbangan.Allah...berapa banyak pahala kita dapat kalau mereka2 yg baca pun turut tadabbur bersama.

-Update kegiatan usrah di blog.Setiap bulan,apa yg telah dilakukan oleh group AhlulQuranPTS.Sebab...ahli2 di perantauan ini nak tahu jgk!!bukan kepo,tapi ihtimam!(hehe).Dan juga pengisian2 yg didapati dalam usrah....kongsi perbincangan yg diadakan.

-Buka Forum pendapat.Mungkin moderator boleh beri topik,kemudian pembaca terutama ahlulQuranPTS beri pendapat di tempat 'COMMENT'.

Marilah kita sama2 bayar zakat ilmu yg kita perolehi agar hidup diberkati,ilmu ditambahi...Bayarlah zakat!Sucikan ilmu anda!!!

Wassolatu wassalamu 'ala Rasulillah sollahu 'alaihi wa sallam...

Sekian,
Salam rindu dari mesir,
wassalam...


Sokongan dan sumbangan antunna amat2 dihargai...Demi kemaslahatan Ummah!!Dakwah tanggungjawab bersama....

Nikmat Terbesar

Tuesday, January 22, 2008



Kata Murabbina : 'Sesiapa yang merasa nikmat yg diberikan kpd orang lain lebih besar dari nikmat Hafaz Quran yang telah diberikan kepadanya,maka ia telah mengkufuri nikmat kerana nikmat hafaz AlQuran adalah nikmat yg terbesar.'

Maksudnya disini,Kita membesarkan nikmat tersebut kerana mengagungkan AlQuran bkn mengagungkan diri.

Kekata ini bukan bermakna kita,orang yang menghafal AlQuran,patut merasa diri kita hebat.Malah sepatutnya kita menjadi hamba Allah yg paling bersyukur.Hamba yang paling rendah hatinya.Seperti Rasulullah s.a.w(sollu 'alaihi!),apabila beliau ditanya oleh sayidatina Aisyah mengapa beliau solat hingga bengkak kakinya sedangkan Rasulullah telah dijamin masuk Syurga?Rasulullah s.a.w dengan rendah hati menjawab:'Salahkah aku untuk menjadi hamba yang bersyukur?!' Allah...


Bagaimana untuk membezakan antara perasaan mahmudah iaitu mengagungkan nikmat AlQuran,dan mazmumah iaitu membesarkan diri,dalam maksud ayat diatas itu??


Kalau bangga,kita merasa diri kita hebat dgn nikmat hafaz Quran yg diberikan iaitu kita melihat nikmat itu sebab dari diri kita sendiri(iaitu misalannya kerana kita baik,banyak ketaatan,jaga pergaulan dan sbgnya).Tapi sebenarnya,yg dituntut adalah kita melihat nikmat itu dari Tuan bagi nikmat tersebut iaitu Allah s.w.t.Kalau kita melihat nikmat itu dariNya...akan tiada dalam hati kita perasaan bangga walau sezarrah kerana kita tahu siapa diri kita sebenarnya,malah menjadi hamba semakin khudu' dan syukur pd Rabbnya.

Ya Allah,Jadikan kami diantara hamba2Mu yg bersyukur dengan nikmatMu yang terbesar ini..