Yok pegi Malaysia,yok.......=>

Saturday, June 30, 2007

Aku baru sahaja pulang dari Malasyia selepas 4 hari 3 malam merantau di sana.

Pengalaman yang amat manis sekali. Dan ia

meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam diri ini.

Dapat merasakan bahawa diri ini tidak keseorangan dalam berjuang.

Masih ramai kawan-kawan yang bersama-sama dalam menghafal kalam mu,ya rahman. Satukan lah kami semua di akhirat nanti sebagai ahli jannah ya rabb!

Setiap ma'had yang telah dilawati memberikan aku manfaat dan kesedaran.

Bahawa diri aku ini tidak bersungguh-sungguh dan komitmen dalam meng-hifz kalammu.

Lihat sahaja kawan-kawanku yang berada di rantaun.

Bagaimana mereka mengasingkan diri mereka dalam kehidupan yang sederhana.

Tidak dimewahkan dengan harta benda.

Bagaimana Al-Quran menjadi teman sejati mereka setiap saat.

Penglihatan mereka dijaga dari perkara-perkara yang maksiat hatta melihat seorang perempuan (sbgaimana yang diberitahu oleh seorang Ustaz di Kubang Bujuk) ,

pendengaran mereka hanya didendangkan dengan bacaan Al-Quran dan

kalam-kalam yang bermanfaat.

Mulut mereka hanya memakan makanan yang benar-benar halal

dan jauh dari was-was.

Oleh itu,tidak hairan lah jikalau mereka semua ini menjadi seorang huffaz yang

bukan sahaja menghafal Al-Quran tetapi juga cuba menghiasi diri mereka

dengan ciri-ciri Al-Quran sebaik mana yang mereka mampu.

Allah yarhamukum! Mampukah aku menjadi seperti kawan-kawan aku itu?

Ya Allah,hanya kepadamu aku mengharap redha mu


Alangkah beruntungnya mereka disana!

Mampukah aku kalau aku ditakdirkan untuk menetap di sana?

Hanya Allah yang Maha Mengetahuai.
Firman Allah yang berbunyi ," Dan sungguh,telah kami mudahkan Al-Quran untuk peringatan,maka adakah orang yang mahu mengambil pengajran,"

banyak kali diucapkan disana.

Sebgaimana salah seorang ustaz di Ma'had Tahfiz Quran wal Qiraat,

di Kelantan telah berkata, "Al-Quran itu bukan lah mudah untuk dihafal tetapi

ia juga tidak payah untuk dihafal. Ia bergantung kepada kehendak individu itu sendiri,".

Kata-kata nya itu sering terngiang-ngiang di fikiran aku.

Ya,memang tuhan memudahkan Al-Quran itu supaya ia sesuai

untuk difahami oleh semua orang.

Bila ditujukan kepada SEMUA orang,ia juga termasuk

orang-orang yang buta huruf,yang kurang memahami agama

dan bukan hanya untuk orang-orang yang intelek sahaja.

Oleh itu, janganlah kami semua sering mencari alasan untuk

tidak mendampingi Al-Quran.

Pernahkan aku terfikir sebelum ini

mengapa ayat-ayat Al-Quran mudah sahaja terlupa dari ingatan aku?

Mengapa Al-Quran ada ayat-ayat mutashabihat yang

seringkali sahaja membuatkan aku hampir sahaja

putus asa untuk terus menghafal?

Mengapa?

Mengapa mudah bagi aku untuk menghafal 1 muka surat baru

dalam Al-Quran tetapi payah untuk mengulangkaji

ayat-ayat yang pernah dihafal sebelum ini?

Mengapa Al-Quran tidak boleh melekat terus dalam fikiran aku ini?

Seorang ustaz di Kubang Bujuk telah mengatakan

ayat-ayat Al-Quran memang mudah terlupa.

Memang Allah menjadikannya sedemikian rupa.

Ini adalah supaya manusia akan senantiasa membaca Al-Quran

untuk mengelakkan diri nya dari terlupa.

Bayangkan sahaja jika hafalan Al-Quran itu

mudah untuk melekat dalam fikiran manusia,tentu sahaja

kami semua berhari-hari tidak akan membaca Quran.

Sebabnya,ayat-ayat Quran itu sudah kuat terpahat dalam memori kita semua.

Oleh itu,janganlah merungut kalau diri ini seringkali sahaja

terlupa ayat-ayat Quran.

Aku harus pertingkatkan usaha aku supaya aku dapat masyi

dalam hafalan Al-Quran.Amin ya rab

Lawatan ke Msia ini juga telah merapatkan silaturrahmi aku

dengan kawan-kawan aku yang lain.

Aku dapat berkenalan dengan kawan-kawan yang baru.

Diantara mereka, Shufeenoor, Nisa(hehe), dan beberapa

kwan-kwan yang ku tk pasti namanya.

Tidak lupa juga,kwan-kawan di ma'had itu.

Dapat dirasakan manisnya Ukhwah itu kalau ia terjalin lillah.

Oh ya! Tidak lupa juga,kami sempat singgah di perkampungan Ust Amirullah.

Wah! Seronok betul ketika itu.

Pemandangan yang hijau amat menenangkan.

Lembu-lembu yang telah disalah-erti kan oleh kawan-kawanku sbgai kuda

juga amat menyejukkan pandangan mata aku.

Jakun lah sekejap bila nampak binatang-binatang ternakan

yang dapat dilihat merata-rata di Msia tetapi

tidak kelihatan di Spore.

Teringat kawan aku mengatakan(tdak disebut nama

tapi siapa yang tahu tahulah die..*big big grin*),

" baru nampak ust amirullah mcm orang betul..ade mak..".

Maksudnya,ade keluarga lah.Ada mak,ada ayah.

Aikk! abeh sblm nie ust amirullah tk nmpk mcm orang betul ke?

Hehe..Maksud kawan ku seorang nie,kalau di Spore,kita

semua tidak berkesempatan dapat melihat keluarga Ust

sebab die berasal dari Kelantan,

tetapi bila dapat berjumpa dengan keluarganya,

baru sedar yang Ustaz nie sbnarnya sama seperti kita semua,

punya tanggungjwab sbgai anak walaupun keluarganya jauh di rantauan sana.

Terima kasih ustaz ,kerana sudi mengajak kami semua

melawat perkampungan rumah ustaz.

Dapat juga melihat catfish(kalau nk lihat catfish ini di permukaan air kene tepuk tangan dulu. Sungguh! Pengalaman yang tk dapat dilupakan!) dan pokok buah duku.

Orang-orang kampung nie walaupon tk mewah,

mereka amat amat melayan tetamu dengan baik.

Mereka amat menghargai kedatangan pengunjung.

Kami diundang untuk melawat perkampungan di sana lagi.

Pkck ustz sempat mengatakan, " bulan 8 datang lah sini lagik..dapat

makan buah-buah sbb bulan 8 nanti musim buah". Boleh ustaz? hehe...

Memang rasul kita menyeru umatnya supaya tetamu itu dilayan dengan

sebaik mungkin. Semoga Allah merahmati mereka semua.

Amin ya rab!

Akhir kalam,aku rindu nk pergi lagi ke sana,melihat ma'had-ma'had

yang telah menjadi "eye-opener" bagi aku untuk terus berjuang dengan hifz Al-Quran.


Assalamualaikum
AHMARUL FAATIH


* penulis baru pulang dari wisata ke ma'had2 Tahfiz Pahang,Kelantan,Terengganu &

Madrasatul Quran Kubang Bujok,yg dianjurkan Darul Quran S'pore pada 12 hingga 15 Jun 2007.

How the Qur'an Differs From the Bible(part 2)

Sunday, June 24, 2007
Unlettered Prophet

Second, it would be ironic if the unlettered Prophet Muhammad could have studied and assimilated all the sources—Christian, Jewish, Zoroastrian, Hanif, and ancient Arab beliefs—before he compiled the Qur'an. Indeed his illiteracy was acknowledged even by the enemies of Islam 1,400 years ago. And there is no record of the pagan Arabs in Makkah accusing Muhammad of pretending to be illiterate while actually being literate.

Allah the Almighty also answered this in the Qur'an:

[And thou wast not [able] to recite a Book before this [Book came] nor art thou [able] to transcribe it with thy right hand: in that case indeed would the talkers of vanities have doubted. Nay here are signs self-evident in the hearts of those endowed with knowledge: and none but the unjust reject Our signs.] (Al-`Ankabut 29:48–49).


To be continued...