
Rasanya zaman muda adalah zaman yang terindah buat seseorang remaja terutama lagi jika seseorang itu didampingi dengan AlQuranul-Karim.Masya Allah..nikmat yg Allah berikan kepada kita ini terlalu besar sekali.Jika kita betul2 gunakan masa remaja kita dengan giat beribadah kpdNya,kita akan dapatlah rasakan kemanisan zaman remaja tersebut,rasanya Allah saja sudah cukup buat kita.Ana teringat dgn ayat Quran yang bermaksud:"Bukankah Allah itu cukup buat hambanya"(surah Az-Zumar:).
Ana cuma nak kongsilah kata2 seorang ustaz ini,beliau kata:"Sebelum apa2 yang terjadi,cepat2 habiskan hafalan sblm menghadapi peperiksaan besar O-level,STE.Skrg ni selagi boleh menghafal banyak,hafal.Ada dua cara yg dilakukan para ulama dalam meghafal AlQuran.Yg pertama,Sambil menghafal yg baru,menekankan juga murajaah.dan ini mungkin mengambil jangka masa yg panjang.Yg kedua pula,hafal terus jer dgn syarat selepas habis ni,nak murajaah balik.Disini bukan bermaksud tinggalkan murajaah,murajaah tetap ade cuma commitmentnya itu kurang berbanding dgn commitmentnya menghafal,lebih beri tumpuan pada hafalan baru."
Bila balik kelas tu,terfikir ana.Boleh ke habiskan hafalan??sdgkan ana baru part-time jer.skrg ni sec 2.Terus,ana mula plan ke arah tersebut.kire punya kira page AlQuran itu.Lepas kira 2,ckp dgn diri sendiri:"Ok,satu hari aku kene hafal 2 page.kene make sure kalau sebulan tu dapat 2 juz,kalau bulan tu ade cuti panjang,mesti 3 juz".
Sebenarnya plan nak mengkhatamkan ini,ana simpan saja dalam diri ana.Dan akirnya,ana bilang plan tersebut ana kat ust.Dan ana dapat sokongan dari guru ana untuk datang sebanyak hari yg mungkin untuk tasmik.
Jadi kesimpulannya,Selagi kita mampu menghafal banyak,kita teruskan hingga ke akhirnya terutama tika sedang di alam persekolahan ni dan sebelum menghadapi peperiksaan besar2 ni.Sbb masa remaja lah zaman yg paling indah.Sbb semakin umur kita meningkat,commitment kita akan bertambah.time ginilah,commitment kita hanya tertumpu pada pelajaran dan AlQuran saja.
Dan jikalau kita ade plan nak mengkhatamkan hafalan kita,kita kene bilang guru kita hasrat kita ni.Jadi beliau faham dan akan memberi sokongan kpd kita bukan setakat dari kata2,tetapi dari sudut meluangkan masa untuk mendengarkan hafalan kita ni dan doanya untuk kita.Kalau hafal banyak2 pun,kalau guru tak dengarkan,tak menjadi jgk.(Nampaknya hafal syiok sendiri).Jadi,disitu perlunya kita beritahu guru kita.
Kemudian dlm process kita menghafal itu,kita kene sentiasa berdoa kepadaNya agar membantu kita untuk mengkhatamkan hafalan.jadikan ia sebagai doa wajib.Krn AlQuran ini milik Allah,dan kita tidak mampu melakukannya kecuali atas pertolonganNya.Tak dilupakan minta doa kedua orang tua kita krn doa mrk tiada hijab.
Disamping itu,kita perlu sentiasa memperbaharui niat kita bila hendak menghafal ALQuran.Kerana satu yg paling mencabar sekali,semakin banyak kita hafal,niat kita semakin kita ragui.Niatkan kita hafalkan Quran ni sbg wasilah utk bertaqarrub kpdNya.
Sebenarnya semakin banyak kita menghafal,semakin kuat ikatan kita dgn AlQuran.Sbb kita dah hafal banyak,dan tanggungjawab kita utk ingat semula.jadi kalau sehari tak baca,rasa
berdosa dalam hati ini.Perasaan itu yg membuatkan kita ni tidak boleh lepaskan AlQuran dalam kehidupan seharian kita.Semcm ada 'radar system' dalam hati.
Ana ingat lagi wasiat ustazah ana,sempena hari terakhirnya mengajar kami:"saya nak awak semua habiskan hafalan kat sini."Dalam hati ana kata:Mustahil lah zah...kitaorg ni partime jer(time tu baru hafal sikit)."Tetapi setelah melaluinya,rasanya ia bukan suatu yg mustahil kerana kita ada Allah bersama kita.Jadi,mintalah kepadaNYA!!Kerana bila kita meminta itu,sebenarnya Allah hendak memberi,sbb itu Dia gerakkan hati kita untuk berdoa.
Ya ALLAH,Engkaulah segalanya buat diriku...