Subject: Berita yang mengejutkan!!

Tuesday, October 11, 2005
Selepas membaca berita ini, banyak-banyakkanlah mengucap Masyallah dan Subhanallah. Sesungguhnya yang baik dari Allah dan yang buruk itu dari kita sendiri...

Amin.


AMARAN DARI ALLAH

Berita yang baru dibawa oleh kawan kita yang baru balik dari kelantan.
Kejadian berlaku diHospital kubang Krian, dimana seorang bayi yang baru lahir yang tangannya tertutup rapat ....tak boleh dibuka sehingga dibuat solat hajat baru bole buka.... nak tahu apa yang tertulis dalam genggaman tersebut......tertulis kalimah Allah s.w.t ditangan kanan bayi tersebut dan tarikh 25.11.2005 disebelah gengaman kiri......RENONGKANLAH!!!!! dan malam tadi....siapa yang tengok Misteri Nusantara...kesah surah dalam Al-Quran ada yg hilang!!! tak kan Mak Chik yg dah khatam 40 X Quran yang sama .....boleh hilang surah tersebut oleh bahan kimia tak logik!!!!

Subject: AMARAN dari ALLAH ...DI DALAM MULUT BAYI.
Begini ceritanya.... Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut. Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut! Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang didalam kandungannye bertulis dalam tulisan China... Tertulis di dalam kertas tersebut dalam tulisan China sebaris ayat yang berbunyi - "Ingatlah wahai manusia , sesungguhnya Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"

Maka terperanjat lah doktor China tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat.. Sesungguhnya Allah Maha Bekuasa lagi Maha Penyayang kerana masih mahu umatnya bertaubat. Jadi sesungguhnya Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut...

Dalam keadaan ini , cuba kitarenungkan pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda- tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi.Contonhya lelaki kawin sama lelaki begitulah sebaliknye. Dan didalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda-tanda hari kiamat ialah apabila orang islam! sendiri yang membenci islam dan menentangnya. Ini telah terbukti pada kini di negara kita. Jadi secara amnya... sebenarnya hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi cuma kita tak tahu bila. Cuma Rasullullah SAW ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila waktunya...Tapi kita hairan kenapa akhbar Melayu tiada berita ini. Ini adalah disebabkan pemerintah tidak mahu kekecohan di negara ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnya berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia.....untuk menanti ketibaan hari kiamat.

Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempa bumi di tiga tempat ....timur tengah, barat dan timur. Mula-mula Turki dan Taiwan kemudian Mexico dilanda gempabumi yang dasyhat dalam masa yang begitu dekat. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki.

Sama-sama kita renungkan...buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari...
Wallahuallam

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." Surah Al-Ahzab:71)


daripada emel yg diterima oleh nlnm pada sabtu 14 mei 2005

0 comments: