KENDURI ARWAH, TAHLILAN & YASINAN MENURUT ULAMA SYAFIE

Tuesday, February 28, 2006

Mungkin ramai dari kalangan pengikut mazhab Syafie tidak menyedari bahawa bertahlil dengan cara berkumpul beramai-ramai, membaca al-Quran, berzikir, berdoa dan mengadakan hidangan makanan di rumah si Mati atau keluarga si Mati bukan sahaja Imam Syafie yang menghukum haram dan bid'ah, malah ramai para ulama mazhab Syafie turut berpendirian seperti Imam Syafie. Adapun antara meraka yang mengharamkan kenduri arwah, yasinan, tahlilan dan selamatan ialah Imam Nawawi, Ibn Hajar al-Asqalani, Imam Ibn Kathir, Imam ar-Ramli dan ramai lagi para ulama muktabar dari kalangan yang bermazhab Syafie, sebagaimana beberapa fatwa tentang pengharaman tersebut dari mereka dan Imam Syafie rahimahullah:

وَاَكْرَهُ الْمَاْتَمَ وَهِيَ الْجَمَاعَةُ وَاِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ بُكَاءٌ.

"Dan aku telah memakruhkan (mengharamkan) makan, iaitu berkumpul di rumah (si Mati) walaupun bukan untuk tangisan (ratapan)". [1]

Mengadakan majlis kenduri iaitu dengan berkumpul beramai-ramai terutamanya untuk berzikir, tahlilan, membaca surah Yasin atau kenduri arwah sebagaimana yang dilakukan oleh masyarakat Nusantara di rumah si Mati atau memperingati kematian, maka semuanya itu benar-benar dihukum bid'ah yang mungkar oleh Imam Syafie rahimahullah sebagaimana fatwa-fatwa beliau dan para ulama yang bermazhab Syafie yang selanjutnya:

وَاَمَّا اِصْلاَحُ اَهْلُ الْمَيِّتِ طَعَامًا وَجَمْعُ النَّاسَ عَلَيْهِ فَبِدْعَةٌ غَيْرُ مُسْتَحَبَّةٍ.

"Adapun menyediakan makanan oleh keluarga si Mati dan berkumpul beramai-ramai di rumah (si Mati) tersebut maka itu adalah bid'ah bukan sunnah". 2 [1]
Di dalam kitab (اعانة الطالبين) juz. 2 hlm. 146 ada disebut pengharaman kenduri arwah, iaitu:

وَمَا اعْتِيْدَ مِنْ جَعْلِ اَهْلَ الْمَيِّتِ طَعَامًا لِيَدْعُوْ النَّاسَ اِلَيْهِ بِدْعَةٌ مَكْرُوْهَةٌ كَاِجْتِمَاعِهِمْ لِذَلِكَ لِمَا صَحَّ عَنْ جَرِيْرِ قَالَ : عَنْ جَرِيْرِ بْنِ عَبْدِاللهِ قَالَ : كُنَّا نَعُدُّ اْلاِجْتِمَاعَ لاَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنْعُهُمْ الطَّعَامَ مِنَ النِّيَاحَةِ. (رواه الامام احمد وابن ماجه باسناد صحيح).

"Dan apa yang telah menjadi kebiasaan manusia tentang menjemput orang dan menyediakan hidangan makanan oleh keluarga si Mati adalah bid’ah yang dibenci, termasuklah dalam hal ini berkumpul beramai-ramai di rumah keluarga si Mati kerana terdapat hadis sahih dari Jarir bin Abdullah berkata: Kami menganggap berkumpul beramai-ramai (berkenduri arwah) di rumah si Mati dan menyiapkan makanan sebagai ratapan".3 [1]
(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibn majah dengan sanad yang sahih).

Fatwa Imam Syafie dan para ulama muktabar yang bermazhab Syafie telah mengharamkan berkumpul beramai-ramai dan menyediakan hidangan makanan di rumah si Mati untuk tujuan kenduri arwah, tahlilan, yasinan dan menghadiahkan (mengirim) pahala bacaan al-Quran kepada arwah si Mati Mereka berdalilkan al-Quran, hadis dan athar-athar para sahabat yang sahih sebagaimana yang dikemukakan oleh mereka melalui tulisan-tulisan di kitab-kitab mereka. Mereka tidak mungkin mengharamkan atau menghalalkan sesuatu mengikut akal fikiran, pendapat atau hawa nafsu mereka semata, pastinya cara mereka mengharamkan semua itu dengan berdalilkan kepada al-Quran, as-Sunnah dan athar dari para ulama yang bermanhaj Salaf as-Soleh.

[1]. Lihat: Al-Umm. Juz 1. Hlm. 248.
[2]. Lihat: مغنى المحتاج. Juz 1. Hlm. 268.
Semoga bermanfaat.



"Apabila kita menjadi Ahlulquran..jadikan diri kita Ahlulquran
yang benar-benar menegakkan sunnah dan menjauhi bid'ah "
- Ustzh Sakinah.

14 february: the day i wont forget! *wink*

Thursday, February 23, 2006
Assalamu 'alaikum semua!

ehem..ehem! the day i wont forget.. hmm.. bukanlah ada org masuk meminang ana *senyum tersipu2...haha!*..tetapi, sedang ramai couple di luar sana happy2 pada hari tu, ana pula dlm langkah2 yg terakhir untuk menamatkan sesuatu yang ana telah mulakan sejak lebih kurang lima tahun yang lalu..

apa ya?

hmmmm..ana tk lancar bila ana mula2 tasmi' dgn ustaz azmi hari tu..ironic! yelah.. kan juz terakhir, juz 30..sepatutnya dah masyi..tp ana hafal asyik terhenti2.. sebenarnya, ana baru start hafal (or is it murajaah?) pada pagi/tengahari hari tu..kononnya ana boleh habiskan hafalan 1 juz dlm masa 2 jam (ana masuk kelas pukul 2 ptg)...tapi bila sampai mks (dlm pukul 1.50 ptg), rupa2nye ana masih belum lancar lagi! asyik lupa selepas tu ayat apa, selepas ni ayat apa...haa! apa lagi, ana pun naik panic lah.. dah lah nervous masa tu.. hehe~ hairan kan? tiba2 rasa macam nk ambil exam tahfiz plak!

ana masuk kelas lambat: pukul 2.30 ptg.. *haiz~rasanya tk nk masuk pun! =P* tapi klw postpone lagi, bila nk game? i just wanted to get it over with! -_-'

ok..so, bila tasmi' tu, tk lancar mcm air..ustaz pun dah "mMmmmMMMmm".. ana rasa ustaz expect ana dah betul2 ready nak tasmi'..lagipon juz yang 'easy n familiar'.. then, ustaz suruh stop, selepas tu tasmi' sekali lagi... in between, i started to get frustrated. bila tasmi' kali kedua, ana cuba concentrate on the verses..tried to get them right.. tapi at some points ana stuck lagi!..ok, so..my spirit was shrivelling. those who were there, could you hear my voice kind of quiver? could you sense the 'discouragement'?? ustaz pon dah frust! n again, ustaz suruh stop.

*bit my lips*

let me be honest: i felt like crying at that moment. in my mind: "maybe today's not the day. maybe ALLAH doesnt want you to finish it today. it's ok..it's ok..it's ok.."
pada zahirnya, ana buat muka selamba je. ana duduk balik kt tempat ana n hafal.. but did anyone there notice that my voice was hard but at the same time, it was kind of brittle. fragile... as if i was trying not to break down? ana tahu bila ustaz suruh ana stop tu, ustazah sakinah n adilah looked at each other. i could guess what they were thinking. bila adilah tanya..*apa yg hiya tanya eh??*..i think it was something like, "anti ok tk?" or "nk ana tasmi'kan tk?" n i answered something lik, "oh ana ok, no problem! *smiling that happy smile*"

ustaz suruh dtg tasmi' lagi pada pukul 5 ptg. ana pulak fikir, "khamis je lah..khamis je lah.. insha Allah by then, hafalan dah lancar..bukan macam hari ni!"
so ana tanyalah..n ustaz kata ok..fuyo! dalam hati tu, ada jugak relief..yelah, so i could hafal calmly, not while my heart n mind were in an 'emotional imbalance'.. *ish! macam betul je! =p*

oh! did i mention that i felt like giving up too? well, yeah..

i had mixed feelings, of course, whether i should khatam that day or thursday.. coz, klw boleh cepatkan lah kan? tapi, klw nk khatam cepat, tapi tk lancar, what's the worth??! adilah n ustazah sakinah advised khatam that day. "anti boleh buat!..anti nervous je..".."ana teringat pasal satu pelajar kt dq..gurunya suruh khatam hari jumaat...sayangnye, dia meninggal sebelum dia dpt khatam...so gurunya menyesal..."...

oh well~~~

i'd made up my mind..

khatam hafalan pada pukul 5..hari tu jugak.. *yey!*

masa first n second 'trial' tu, kelas diadakan di sebuah bilik darjah kindergarten. tp the third one kt pusat tahfiz..jadi yg ada bersama n dapat dgr ana khatam cuma adilah.. *tk usah sedih ye, ustazah..at least, you knew that your student was (or is it 'is'?) going to khatam..*

selepas solat asar, ana tasmi' dgn adilah. yep. ana dah bersedia. my spirit was renewed. ana kata dgn diri ana, "hari ni, aku AKAN khatam!"

alhamdulillah...dari surah al-fajr sampai an-nas, tk byk 'hiccups'..it was much better.. (fyi, masa first tasmi', stop kt takwir. second tasmi', ulang takwir n hafal smpi ghasyiah; fajr setengah jalan je). then baca fatihah, 5 ayat pertama surah baqarah n baca doa khatam quran...

dah tu, ustaz pon berikan..ehem, ehem..sort of a speech..hehe~ yg paling ana 'terkesan' ialah part 'menghormati guru'...fuyo~ mcm terkena kt batang hidung ana gitu!! hehehehehe...!

so, apa perasaan ana?

well...hamdan lillah! akhirnya ana dapat mengkhatamkan hafalan.. bila ana selesai baca doa khatam tu, ana tk rasa terharu, sedih etc etc..tp at one point masa ustaz tgh cakap2 tu, ada jugak rasa sedih dan terharu. actually, mata ana dah agak berair (ke 'air mata sudah mula bergenang'??) at that point. tapi ana rasa ustaz tk perasan... *grin*

hmmm...i might've look relaxed, not-to-be-bothered, relieved..etc etc.. but the fact is..ana rasa sungguh terharu sbb Allah berikan ana peluang untuk hafal Quran, lagi2 untuk khatam hafalan..tetapi pada masa yg sama, ana seolah2 risau dan gelisah..takut.. memikirkan ttg tanggungjawab ana sebagai hamlatul quran. dan ana tk nk org lain fikir yg ana ni bagus sangat dlm menghafal quran..yelah, kan ana dah khatam, nanti org expect ana ni sentiasa masyi, ingat ayat itu, ayat ini kt mana dlm quran.. sedangkan kelemahan ana..masya Allah! hanya Allah yg tahu... what i can say is that i felt - n feel - insecure, inferior, afraid..but at the same time, im grateful to the ALMIGHTY..

*Ya Allah..berikanlah aku kekuatan dan ketabahan agar aku beristiqamah dlm menjaga kalamMu..agar aku tidak lalai hingga melupakan alquran..agar aku tidak malas hingga alquran meninggalkanku......*

it's easier said than done.

ermmm..sebelum ana lupa..minta maaf eh ustaz klw ketidaklancaran ana hari tu buat - atau hampir2 buat - ustaz frustrated, fed up..dan terima kasih kepada adilah dan ustazah sakinah kerana ada bersama ana ketika itu...

dan..

ana minta maaf kepada pelajar2 banat yg lain sekiranya antunna terkilan sbb tk dapat tgk ana khatam..lebih2 lagi kepada kak halimah...yelah, hiya semangat betul nak ana adakan majlis khatam dan ajak kawan2 tahfiz ramai2 dgr/tgk ana khatam.. afwan ye.. hmmm.. actually, alright jugak antunna tk dtg sbb, yelah, ana tk lancar..so nk kata, ana tk 'paisey' ah...klw antunna ada n ana tk buat yg terbaik..haiz~ kan malu..hehe~ pokok pangkalnye, antunna dah tahu yg ana dah khatam. cuma ana minta: dont put (or is it 'have'??) expectations too high, ok? im just another forgetful (n sinful!) human being who makes mistakes everyday. :'(

ok. ana rasa cukuplah cerita ana setakat ini.. insha Allah, lain kali ana akan ceritakan pula ttg perjalanan ana sebagai seorang pelajar tahfiz sejak tahun 2000 hinggalah sekarang..

wassalam.

Calling ALL 14-16-year-olds!!

Tuesday, February 21, 2006
kepada pelajar2 tahfiz, jom kita pergi workshop ni!! the more the merrier! =D
tk lupa juga kepada remaja2 lain di luar sana..mari luangkan masa antum untuk menyertai workshop ni, manalah tau apa yg dipelajari nanti akan membantu antum mencari identiti antum sendiri.. =)


Jom sertai kursus2 baru ini! =)

Nasyid Islami Dalam Timbangan Syariat



A'kum banat yang dikasihi,

Untuk maklumat lanjut tentang nasyid ustzh cadangkan antunna baca buku ini. Buku yang mempunyai pengisian yang begitu menarik dan membuka minda kita tentang realiti nasyid itu sebenarnya. Nak tahu lebih lanjut, cari buku ni dan baca.

Wallahu A'lam

Ustzh Sakinah


Sinopsis:

Pada masa ini, mungkin tiada seorang muslim pun yang tidak mengenali terhadap apa yang dinamakan “Nasyid Islami” (Qasidah Diniyah). Akan tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa “Nasyid Islami” ini sama sekali bukan syariat Islam. Berdasarkan penelitian Ilmiyah ulama ternyata ianya berasal daripada ajaran para penyembah berhala di zaman Yunani Kuno, kemudian dari mereka diambil oleh penganut agama Nasrani dan seterusnya ditiru pula oleh orang-orang Jindiq Sufiyah yang akhirnya menjadikan ianya salah satu bentuk peribadatan ahli bid’ah. Maka dalam buku ini, siding pembaca akan menemukan perbahasan para pembesar ulama ahlus-sunnah yang menunjukkan bahawa Nasyid Islami bukanlah ajaran Islam.

KALAU KITA KEHILANGAN TUHAN BAGAIMANA?

Sunday, February 19, 2006
Bismillahirrahmanirrahim..
Sajak Ilmu
05/01/2006

Kalau kita tidak ada ibu bapa sahaja pun, kita terasa kehilangan yang amat banyak
Kehilangan kasih sayang, kehilangan tempat bermanja, kehilangan tempat berlindung, kehilangan tempat mengadu
Kita tidak punyai ibu bapa, terlalu banyak kekurangan yang kita rasa
Kehilangan ibu bapa, terasa perit hidup ini, kerana kehidupan kita urus sendiri
Itu baru kehilangan ibu bapa
Kita rasa dagang dan asing hidup ini

Kalau kehilangan Tuhan bagaimana?!
Tentulah kita kehilangan segala-galanya sama ada kita sedar mahupun tidak
Kehilangan Tuhan, kita kehilangan seluruh aspek kehidupan kita
Mungkin kita tidak terasa secara mengejut atau secara mendadak
Tapi kita akan terasa sedikit demi sedikit, kita akan terasa perlahan-lahan bahananya
Bahkan kalau kita panjang umur apa yang ada pada kita, macam tidak ada erti apa-apa jika kehilangan Tuhan

Kerana itulah kita jangan sombong, kita perlukan Tuhan
Kalau kita dapatkan Tuhan miskin pun masih rasa bahagia,
di dalam kesusahan pun masih ada ketenangan
Betapalah di waktu kita di dalam kesenangan dan kemewahan
Tuhan sebenarnya adalah segala-galanya
Dapat Tuhan dapat segala-galanya
Tidak dapat Tuhan, walaupun segala-galanya dapat,
kita rasa macam tidak dapat apa-apa

Hujah kita, kerana di dalam hidup ini, ada orang sudah dapat segala-galanya tapi bunuh diri
Ertinya segala-gala yang diperolehinya itu sudah tidak ada erti apa-apa
Ada orang tidak dapat segala-galanya, kerana dapat Tuhan dia tenang,
masih bahagia seolah-olah dapat segala-galanya

Maha Besar Tuhan, dapat Tuhan itu rahmat, dapat Tuhan berkat,
dapat Tuhan tenang dan bahagia..

ukhwah itu macam air syrup..manis..

Saturday, February 11, 2006
usrah 05/02

akhawat yg hader- mariam- mardhiyah-liyana-'afeyah-lina-husna-adilah-suhaila-nadiah-juwai-ummu-cik noraya-hani-izzah-hida-raudhah-'adek raudhah- jumlah 17 yg hader

alhamdulillah. usrah berjalan lancar>> bermule pukol 3, dengan mengulang ayat2 suci alquran juzu' 2 maqra 5..>>beserta dgn terjemahannya.>>pabila angin sepoi2 bertiup kearah kami..seolah2 mereka turut menyertai kami>> cehwah! lebeh kurang .. ..smg pengorbanan masa dan tenaga antunna diberi ganjaran bukan sahaja faedah ilmu dan maklumat yg diperolehi dr majlis tersebut utk kebaikan dunia antunna tp harapan setinggi gunung bahawa setiap langkah yg diatur utk kemasjd ini dpt ganjaran kasih sayang dan keredhaan drNye. Ameen/

ayat2 mutashabihat/ mutaqaribat/ mutamasilat dibentang oleh kak maryam ..>> berkongsi tentang perbezaan 3 bahagian tersebut. dan mengeluarkan beberapa cntoh dr surah baqarah.

tazkirah kali ni, dibentang oleh ukhti mardhiyah dan ukhti hida.humaa membentangkan isu tentang cartoon Nabi Muhammad. secara kesimpulan, boleh dikongsi.. kita tanya apakah peranan kita? dan test tahap sensiviti kita.

sebagai penutup/// sebelum solat asar... kak maryam mengingtkan diri nya dan sume yg ada >> dgn menjelaskan matlamat hidup kita? apakah kerja kita didunia. >>kupas pengertian dunia. iaitu dr perkataan 'dunuwwun' dekat. dan 'danaatun' hina+++....>>>sebagai org islam jgn berhenti dr mencari ilmu dan menjejaki kebenaran!! takbir

lepas 2 >> kita ada physical actvt: aerobic and games.>> pastu 6.30 bersurai..

keluargaku...keluarga mu jua!

Friday, February 10, 2006

usrah 22/01

akhawat yg hader: mariam- juwai- ummu- rasyidah-rafidah-mardhiyah-afiyah-raudhah-huda-nadiah-lina-hani-raihana-khairun jumlah14

pukol 3.30 berkumpul kat bishan>>> pstu berjalan diatas kaki masing2 ke masjid an-nahdhah>> masjid terbaru!>> sume naek lift sampai tengkat 3.. tengok2 ckit2 pastu teros start halaqah..ikutkan budak2 ni nak berjalan2 je..hehe>> kita start dgn taarruf memandangkan ade kawan huda dan raudah dr masjid an-nur..>>tadarrus..tak sampai sejuzu’ kita stop jap..pasal da masok waktu>>

al-kesah masa baru je abes solat>> fire alarm bebunyi>>mak aaii>> nak pecak ear drum..>>ape lagi budak2 ni amek kesempatan>> yelaa nak murajaah pon tak denga suara sendiri..>> kitaorang pon jalan2..>> pegi kat roof top amek2 gamba..> tengok kolam ikan>>> nasib baik hujan..kalo tak ingat nak buat games kat c2>> toilet dia mmg cantek dan selesa! Ade locker..Siap amek gamba plak tuu…>> ish..ish…pastu oleh krn alarm tu tak berenti-berenti lagi..kite gi mesyuarat kat bilik mesyuarat…(Huda!! Gamba jgn lupa tau…)ktorg update actvt terkini…nite cycling&++

alhamdulillah beberapa minit lepas tu..da ok..>>jadi kita sambong murajaah pulak>>pastu kak maryam bawak kuar dan kupas beberapa ayat2 penting yg dibaca masa tadarus antara nya laaa*pasal banyk jugak.. “ wa iza saalaka ‘ibadii ‘anni fainni Qarib….”

tazkirah oleh yang berbahagia cik Huda Sulaiman mengenai faedah surah al-kauthar.

Perbincangan..

6.30 bersurai// naek bas & mrt!

Cinta Anta dan Anti

Tuesday, February 7, 2006
oleh Maszlee Malik
(Diperolehi daripada Majalah i edisi Bulan Februari)



"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara" (Surah al-Hujuraat:ayat 10)
"Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan juga ia menerangkan tentang tanggungjawab seorang Muslim kepada saudaranya yang lain. Selain daripada kedua-dua ayat dah hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seseorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan "ukhuwah" yang bermakna "persaudaraan" seriang dijadikan tema untuk persaudaraan ikhlas yang bertunjangkan iman dan takwa ini.

Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing menjadikan contoh teladan kepada generasi Muslim zaman moden. Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiah dan dakwah semenjak kebangkitan Islam di tahun 70'an lagi.
Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam. Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya usaha sama ada secara langsung atau tidak langsung, pendukung-pendukung gerakan Islam semenjak tiga dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran barat sekular, liberalisasi dan juga budaya hendonisme pesat menular dan bersaing. Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya yang baru di dalam fenomena kebangkitan Islam di Malaysia.

Jika di awal kebangkitan Islam dahulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini di waktu itu hanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam ataupun Jahiliah. Di alaf ini, dunia tidak lagi hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliah versus Islam. Penjalinan di antara apa yang ada di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai kesan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Antara yang terkesan dengan fenomena yang baru ini ialah persoalan "ukhuwwah".

Cinta Remaja Dakwah.

Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "Cinta Ukhuwwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana – anta dan ana – anti".

Sms,Yahoo Messenger, email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak Islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.

Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai…kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastik berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti" ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. wal'iyadhubillah…

Salah Faham Ukhuwwah fillah

Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "Ukhuwwah fillah kekal abadi..".sekali lagi makna ukhuwwah disalah gunakan.

Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu "jemaah" dengan mereka.Aduh..lagi hebat daripada filem "Love Story" yang pernah popular di tahun-tahun 70'an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema "ukhuwwah fillah" menjadi "camouflagde" ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.

Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.Sekali lagi slogan "ukhuwwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan denga mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan golongan anta-anti ini.

Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka…ini yang paling menarik.Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70'an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain.

Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah".

Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naif terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh Islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau tidak sihatnya budaya ini. Semoaga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.

ALLAH a'lam bissawab..





********************

ana dapati artikel nie mempunyai mesej yang amat baik. tambahan pula, ia disampaikan secara 'straight to the point'....haaa..akhawat sekalian..antunna ada mengalami 'cinta anta dan anti' tk?? hehe... klw ya, antunna kenalah reflect balik diri dan hubungan antunna tu... semoga Allah membimbing antunna...

kepada rijal2 di luar sana... hmmm... ada juga pengajaran untuk antum kt artikel nie.. jgn setakat baca je tapi rupa2nya pengajaran tk melekat kt hati...

be wise ya? jgnlah menipu diri sendiri dgn mengatakan bahawa "oh! hubungan kami ini 'ukhwah fillah'..kerana Allah..etc etc.."...ingat! Allah lebih mengetahui apa yang ada jauh di dalam lubuk hati..

jaga mata, jaga hati, jaga diri, jaga iman!

=)


p/s: ana tergelak juga bila membayangkan gelagat siswa2 yg diceritakan..lagi2 yang bercelak tu! =p

Ya Allah berikan hambaMu kekuatan dalam menempuhi jalan mujahadah ini….

Friday, February 3, 2006
Aku tak pernah menyangka bahawa mengaji itu boleh buat orang tersinggung. Jauh disudut hatiku aku sering mengharapkan agar bacaan-bacaanku mampu menyedarkan orang lain. Tapi…rupa-rupanya..semua itu adalah sebaliknya.

Kerana hal ini..aku dirundung sedih yang berpanjangan. Alhamdulillah, semangatku pulih setelah aku byk meneliti dan mengamati dunia sekeklilingku.

Benarlah kata pepatah, yang baik itu selalunya sukar dan tidak disukai..dan yang tak baik itu senang dan dan selalu disukai ramai…kata-kata itu dah lama bersemadi sejak aku sekolah di madrasah lagi.Dah lali aku ulang-ulang ungkapan itu dalam diri. kata-kata itu tak pernah berubah..dari dulu, kini dan mungkin untuk selama-lamanya.

Mengapakah anak Islam kita hari ini, benar-benar terasa disindir bila orang membaca al-Quran, walhal si pembaca tidak ada niat pun utk menyindir? akhirnya aku mendapat jawapan, kerana diri mereka rasa mereka tidak menegakkan kalmullah dan bila sekali-sekala diperdengarkan mereka rasa terhina sendiri, mereka rasa mual dan tak enak untuk didengar. Tapi, mereka lebih senang jika muzik syaitan itu dilagu2kan ditelinga mereka, dan mereka lebih bangga utk memperdengarkan suara merdu mereka mengalunkan lagu-lagu merosak jiwa dan akal. Sayang sekali,mereka MALU utk mengeluarkan kalam ALLAH dari anak tekak mereka.Bila mereka membaca al-Quran antara dengar dengan tidak, malah kadang2 tak kedengaran langsung. Apa ertinya semua ini?Inilah keadaan yang sungguh menghayat hati, lebih sedih dari cerita2 filem romantis didalam panggung wayang!!!.

Aku menangis semahunya bila diluahkan padaku hal tersebut, dan aku berkata padanya “Demi Allah, aku tidak berniat utk menyindir sesiapa. Aku beribadah dan membaca al-Quran bukan utk menunjuk-nunjuk..semuanya ikhlas krn Allah s.w.t.”

Setelah dialog itu, aku renung al-Quran ku lama-lama..aku peluk ia dan menangis semahunya. Pilunya hatiku bila apa yang kusayang tidak digemari oleh orang, aku bertambah-tamabh pilu apabila KALAMULLAH itu seolah-olah dipandang enteng oleh orang lain, dan aku bertambah hiba, apabila yang tidak gemar itu adalah anak Islam kita sendiri.

Mmg payah utk menegakkan dakwah, aku terkenang dakwah Rasulullah dan para anbiya’, cabaran yang mereka hadapi lebih hebat dari yang aku hadapi. Akhirnya aku bangkit,dari sebuah kesedihan, aku cskalkan hati utk terus bersama al-Quran ku, walau apapun yang terjadi. Aku pasti membaca nya setiap hari dan sebanyak mungkin, kerana aku tahu aku tidak melakukan apa2 kesilapan, malah aku melakukan sesuatu yang hak!. Aku tidak seharusnya berasa bersalah..dan seharusnya anak Islam itulah yang perlu rasa malu dan menginsafi dirinya sendiri.

Aku berdoa,moga satu hari nanti anak Islam itu akan faham, dan dia akan sujud penuh keinsafan dan menjadi dikalangan mereka-mereka yang berjuang demi kalamullah. Allahumma Amin.