- Atas Nama Perjuangan -

Wednesday, July 16, 2008
Bismillahil ghafuurur rahiim
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Wa habibina Muhammad S.A.W


' awak , kalau quran kita dah habis hafal , kita dah lega dah . Maddah lain tak perlu nak risau ' . Ana hanya mampu tersenyum mendengarkan luahan hati seorang teman . Di sini , Maddah Al-Quran rata - rata menjadi satu maddah 'killer' bagi pelajar Azhar . Kenapa ye ? Kata orang , hafal Al-Quran ni susah . Mafhumnya adalah , murajaah hafalan tu susah . Sebabnya , nak menghafal tu mudah tapi cabarannya hadir waktu murajaah . Firman Allah S.W.T :

و لقد يسرنا القرآن للذكر فهل من مدكر

Masih segar lagi dalam ingatan pesanan dari seorang ustaz di ma'ahad tahfiz kelantan . Katanya , Allah dah janji , al-quran tu mudah nak di ingat tapi yang susah tu murajaah :) . Secara peribadi , ana rasa al-Quran ni tak patut jadi maddah killer . Ianya satu - satunya maddah , semakin banyak kita hafal , semakin terasa kurang hafalan tu . Semakin kuat kita cuba untuk ingat , semakin terasa keberkatannya . Usaha dan penat lelah kita menghafal terasa tidak sia - sia . Kalau di dunia Al-Quran jadi maddah asasi di mana2 pusat pengajian islam , di hari penetapan nanti .. dia lah yang akan memberi pertolongan pada kita . Dia lah yang akan memberi syafaat pada kita. Bukan fiqh muqaran , bukan mantiq dan bukan nahu . Jadinya , menghafal Al-Quran dan segala usaha yang diperah untuknya , akan menjadi sebab untuk kita berjaya di dunia dan juga akhirat kelak .

Post ni hanya bertujuan nak berkongsi cetusan rasa . Waktu exam al-quran , ana ingat lagi , kawan - kawan semuanya tengah stress. Sebulan sebelum exam, semua dah mula rasa tertekan . Hafal yang depan , yang belakang lupa . Hafal yang belakang yang depan lupa. Lumrah menghafal , macam tu lah kan . Ana pula , mula murajaah lambat . Ana mula seminggu sebelum imtihan . Setiap kali ana lupa , ana akan rasa stress sangat - sangat . Sebabnya ? Ana dah berkali2 hafal juzu' 1 dan 2 , bila ana terlupa walaupun satu kalimah , ana akan rasa seolah - olah ana dah gagal nak menghafal . Semakin banyak kita murajaah , ada saja yang kita rasa tak kena . Tak tepat dan tak memuaskan . Murajaah waktu itu bukan lagi kerana takut tak terjawab bila ditanya dukturah , tapi takut kalau ditanya Allah nanti , ana akan terdiam kaku .

' Bila kita dah pilih untuk hafal kalamNYA , kita sebenarnya menempuh hidup yang susah , susah di dunia senang di akhirat ' ' Hafal Al-Quran tu sunnah dik , tapi bila dah hafal , murajaah tu jadi wajib ' . 4 tahun dahulu , inilah kata- kata yang diberikan oleh seorang ukhti kepada ana . Dan hari ini , itu lah yang cuba ana pegang . Satu kewajiban menjaga kalam Allah ..

Hari ini juga , ana berada di mesir , menyelam mawad kuliah lughah semata- semata kerana cinta ana untuk Al Furqaan . Sekarang ini , ana diuji dengan satu kegagalan . Atas nama perjuangan , Al-Quran akan ana semadikan dalam hati .. moga perjuangan demi mempertahankan dan menjaga Al-Quran ini diredhaiNYA .

Madaad ya Rasulallah

Fadhilat berpuasa pada bulan Rejab

Sunday, July 13, 2008
Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam.
Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab,
bulan ketujuh di dalam kalendar Islam.
Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya.
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa.

Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.
Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
EPuasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Jadi apa lagi. Rebutlah peluang ini kumpul pahala. Semoga dapat memberi kebaikan pada kita dunia dan akhirat

Wallau A'alam