Salam perpisahan

Wednesday, August 24, 2005


Ustaz..Baru sahaja ustazah Sakinah meninggalkan kami..
20/08/05
Ustaz pula menyusul..
Semoga ustaz berjaya dunia dan akhirat..
Terima kasih kerana mendidik kami!
Doakan kejayaan kami..
kami ingin mencontohi Ustaz dalam menghafal dan beramal dengan kalamNya.


minna:

Ahlul_quranpts

Beriman pada Kitab...??





Adik2 beriman pada kitab?
cukup pada kate2 je?
atau percaya je? percaya ape? percaya pada wujudnya kitab..
percaya yang kitab ini turun daripada Allah..2 je?

cuba rasa dalam hati adek2...
al-quran daripada Tuhan!!!
Diturunkan pada manusia agung!!
Bimbingan untuk kita manusia..
untuk selamat diDunia dan Akhirat...
Baiknya Tuhan..
Tapi kenapa ia dipinggirkan..
kenapa manusia sombong..
al-quran untuk kita manusia...
Kembalilah!
Bezanya kata-kata Allah ini dengan buku-buku lain..
seperti bezanya Allah dengan makhlukNya..
Jauh bezanya adik2...
Selain dapat ketenangan ..
Insya Allah .. Allah memudahkan adik2 dalam kefahaman ilmu..
Pelajaran adik2 insya Allah lagi bertambah baik..seterusnya keputusan peperiksaan akan meningkat..
Cuba dulu..rajin2 datang kelas..dapat kan ketenangan..
ilmu milik Allah..kepandaian dan kelebihan yang kita ada pun miliknya..
selain usaha..
minta pertolongan daripadanya..
Tiada alasan untuk membuat kebaikan...
jangan ponteng kelas al-Quran!!
Sayang antunna..

Jalan kesyurga itu susah...

Ukhtukunna fil Islam
haamilatul_quran

Perumpamaan orang yang membaca Quran..

Tuesday, August 23, 2005


Hadis daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a: Bahawa Rasulullah saw bersabda:
Yang bermaksud: " Bandingan mukmin yang membaca Quran seperti utrujah ( Sejenis buah limau), baunnya harum dan rasanya sedap,

bandingan mukmin yang tidak membaca Quran seperti sebiji tamar tidak mempunyai bau dan rasanya elok lagi manis.

Bandingan munafik yang membaca Quran seperti raihanah (Kemangi) Baunya harum dan rasanya pahit.

Dan bandingan munafik yang tidak membaca al-Quran seperti hanzalah (timun pahit), Tidak mempunyai bau dan rasanya pahit"

Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

TIPS MENGHAFAL AL-QURAN


1.Ikhlaskan niat menghafal untuk mendapat keredhaan Allah.

2. Bersabar menghadapi kemungkinan kesusahan yang ditempuhi.

3. Mulakan bacaan dengan Bismillah.

4. Banyak berdoa kepada Allah swt supaya Allah mudahkan perjalanan menghafal kalamNya ini.

5. Suci daripada hadas kecil dan besar.(Penghormatan untuk Quran)

6. Sebaiknya menghadap kiblat.(Penghormatan untuk Quran)

7.Memakai pakain putih yang bersih yang menutup aurat.

8.Jangan banyak berbual-bual dan ketawa ketika menghafal al-Quran.

9. Memberikan sepenuh tumpuan, kosongkan fikiran selain daripada Allah.

10.Jangan membaca ketika mengantuk dan manguap.

11. Berhenti membaca ketika ingin membuang angin.

12. Menghormati al-Quran; Sebagai contoh, meletakkannya ditempat yang tinggi lebih daripada paras pinggang..

13. Menghormati guru-guru..untuk keberkatan ilmu..

14.Solat 2 rakaat sebelum memulakan hafalan.

الإعجاب : ماهية وحكمه

Sunday, August 21, 2005

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أما بعد:

فالإعجاب قريب من الكبر، إلا أن الإعجاب يكون في العمل، والكبر يكون في النفس، والإعجاب هو أن يرى الإنسان عمله فيعجب به ويستعظمه ويستكثره.

والكبر فسره النبي صلى الله عليه وسلم كما في صحيح مسلم: "بأنه: بطر الحق وغمط الناس"، فهو رد الحق وعدم قبوله، واحتقار الناس والترفع عليهم، واعتقاد الإنسان نفسه أنه كبير، وأنه فوق الناس وله الفضل عليهم، وكلاهما ـ أي الإعجاب والكبر ـ خلق مذموم ومحرم شرعاً.

ففي الصحيحين أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: "بينما رجل يمشي في حلة تعجبه نفسه مرجل رأسه يختال في مشيته، إذ خسف الله به فهو يتجلجل في الأرض إلى يوم القيامة". والأحاديث الواردة في ذم الإعجاب والكبر كثيرة جداً.

والله أعلم.

المفتـــي: مركز الفتوى بإشراف د.عبدالله الفقيه

مصدر:شبكة اسلامية

Subhanallah....banyaknye...

Saturday, August 20, 2005
"من قرأ حرفا من كتاب الله تعالى فله حسنة و الحسنة بعشر أمثالها ,
لا أقول الم حرف و لكن الف حرف, ولام حرف و ميم حرف"

Dari Abdullah Ibnu Mas'ud katanya: Rasulullah s.a.w: bersabda:"Barangsiapa membaca satu huruf daripada kitab Allah maka baginta satu kebaikan. Dan satu kebaikan dengan sepuluh seumpanya. Aku tidak katakan Alif, lam, Mim, itu satu huruf
tetapi 'alif' satu huruf, 'lam' satu huruf, dan 'mim' satu huruf"

Diriwayat oleh Abu Isa Muhammad bin Isa al-Tarmizi dan katanya, 'Hadith Hasan sahih

Amalkanlah...it's simple yet rewarding!

Friday, August 19, 2005
Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ...bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya : Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah
yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut.
Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al -Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.
(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.
Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk khatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.

Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu ufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota: Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain.
Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:

1) Sedekah/amal jariahnya;
2) Doa anak-anaknya yang soleh dan
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


**************************

info yg ana dapat nie drpd satu email.
mungkin akhawat di luar sane dah pernah dgr ttg perkare nie..tp, ana sengaje post kt sini.."saling ingat-mengingati" :)
sebaiknye kite cube untuk amalkan ok? jgn setakat bace je..
ok, tu je, assalamu alaikum!

man ana? - nlnm

Yakinlah pada janji Allah!!

Thursday, August 18, 2005
Ahlul Quran!

Firman Allah s.w.t:

إن الذين يتلون كتب الله واقاموا الصلوة وأنفقوا مما رزقنهم سرا و علانية يرجون تجارة لن تبور (29
ليوفيهم أجورهم و يزيدهم من فضله إنه غفور شكور
(30)

Kalam Allah ini bermaksud: " Sesungguhnya orang-orang yang membaca kitab Allah, dan mendirikan sembahyang, serta membelanjakan daripada apa yang kami kurniakan kepada mereka secara rahsia dan secara terang: mereka itu (yang melakukan demikian) mengharapkan perniagaan yang tidak akan rugi.
Agar tuhan menyempurnakan kepada mereka ganjaran-ganjaran dan menambah lagi kepada mereka dari kelebihannnya. Sesungguhnya dia maha pengampun lagi maha mensyukuri"


Surah Faatir: Ayat 29&30

Ahlul-Quran...
Pengorbanan mu tidak sia2!!
seolah-olah kite sedang berniaga...keuntungan yang tidak akan binasa!

pernah dgr kisah nie?? ajaib~ajaib~

Wednesday, August 17, 2005
biler ana bace artikel kt bawah nie..semakin nak pulak ana jd seorang saintis satu hari nanti..al-quran dan sains..pasti byk keajaiban yg akan ditemui.. :) btw, artikel nie sbnrnye email drpd kawan ana..sebelum tu pon ana pernah dgr kisah nie.. akhawat sekalian, bace tau! tmbh2kan ilmu! :)


man ana? - nlnm

**************************

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam
dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak masuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.

Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

KESIMPULANNYA

Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal.

Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal. Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini.

Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara berdikit-dikit.

Dipetik daripada Arab News, 7 Januari (atau Februari) 1987.

Generasi baru..pelapis perjuangan sahabat...






Kami generasi al-Quran!!

DQ





Tahu tak apa itu DQ?

DQ ialah singkatan bagi frasa Darul Quran. Boleh di terjemahkan sebagai “ Rumah Quran”. Ianya melambangkan suatu tempat atau institusi yang di sediakan khusus untuk pembelajaran ilmu-ilmu Al-Quran.

Visi -Mewujudkan program pembangunan dan peningkatan yang berkaitan dengan Al-Quran untuk membentuk kesahihan fikrah Islamiyah dan membangun kemurnian akhlak
yang akan membawa kepada penghayatan Islam yang syumul


UNTUK APA DQ

DQ bertujuan untuk membekalkan dan mempertingkatkan para pelajarnya dalam bidang / ilmu Al-Quran seperti:
· Bacaan
· Tarannum
· Terjemahan
· Tafsir
· Penghayatan
· Penulisan (Dhabtul Quran)
· Ulumul Quran

Sasaran pelajar;

· Semua peringkat umur untuk pembacaan Al-Quran
· Guru-guru Al-Quran di madrasah, masjid dan rumah-rumah
· Pelajar-pelajar madrasah

MENGAPA PERLU DQ

Darul Quran amat diperlukan oleh umat Islam di Singapura kerana belum terdapat sebuah institusi yang mengkhususukan pembelajaran Al-Quran.
· Mutu bacaan kalau ujian tilawatil Quran diambil sebagai kayu ukur masih jauh ketinggalan dibelakang negara saperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei dan Kemboja.
· Mutu bacaan di kalangan kanak-kanak dan remaja masih jauh dari memuaskan
· Kefahaman masyarakat dari intisari Al-Quran masih cetek
· Masih wujud golongan yang belum celek Al-Quran
· Untuk mengelakkan eksterimism dalam agama perlu diadakan pembelajaran Al-Quran dalam Singapura supaya pelajar-pelajar tidak dipengaruhi anasir-anasir luar yang tidak diingini
· Ilmu yang dipelajari dapat disesuaikan dengan masyarakat majmuk Singapura
· Memastikan program yang berstruktur dan ada keterikatan antara program-program tersebut
· Melahirkan golongan pelapis
· Melahirkan dan membentuk calon-calon imam dan bilal yang berkaliber dalam bacaan Al-Quran
· Melahirkan lebih ramai huffaz yang kelak akan menjadi imam di Masjid seluruh Singapura

Penyuluh..




al-Quran penyuluh jalan hidup kami..



Mari kita jadi penyumbang dan pemankin generasi al-Quran......
ALLAHU AKBAR..

Haamilatul_quran

Wahai mubaligh Islam!

Tanganmu telah ikut menulis sejarah..
Sejarah perjuangan umat..sejarah menegakkan cita dan agama.
Benang yang kau sumbangkan menjadi sulaman yang menarik di Zaman ini.
Engkau kini telah menemui bentukmu..sesuai dengan bakat dan kudratmu.
Engkau bukan anak zaman dulu, tapi zaman kini ...

Sebagai juru bicara Umat Islam,
engkau telah mempunyai ukuran dan alat penilai, sampai ke mana kita?
dan hendak kemana lagi?
Pengalaman yang engkau perolehi dari perjalanan yang jauh,
akan berguna dan bermakna dalam mencari kemungkinan bagi berlangsungnya perjuangan di masa depan.
Keyakinan yang engkau miliki, jalan panjang yang engkau tempuh, getir yang engkau derita, dapat engkau gunakan untuk merumuskan bagaimana lagi perjuangan Umat Islam pada masa depan..setelah ini..

Paparkan semua ini, pada generasi muda yang akan menggantikan engkau..
Ambillah kesimpulan dari kekeliruan dan kegagalan masa lampau.
Belajar dari masa lalu, terutama belajar dari kekeliruan dan kegagalanmu dan kegagalan teman seiringmu.

al-Imam hassan al-Banna
Terima kasih..
semoga perjuanganmu menjadi ikutan!!


sampaikan olehmu walau satu ayat!!
bangun lah dari tidur wahai pembela Islam

haamilatul_quran

Bacalah-Renungilah-Beramallah

Tuesday, August 16, 2005
1-Bangunlah mengerjakan solat,apabila mendengar azan. Tuhan memanggil..
Rasa tidak sabar untuk berjumpe Tuhan yang memberikan nikmat2 kehidupan..Walaupun hamba2nya ini kufur.. nikmatmu tak terbalas dengan ibadah kami...
Ya Allah terimalah ibadah kami yang serba kekurangan ini.....

2-Bacalah Quran, atau tatapilah buku-buku,atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkan zikrullah..Jangan sekali-kalimembiarkan masa kita berlalu begitu sahaja..."sesungguhnya manusia dalam kerugian" ...ia KERUGIAN...kawan2! kite rugi...kecuali jika kita beriman dan beramal soleh, dan berpesan2 kepada kebenaran dan berpesan2 pada kesabaran
sahutlah perintah Allah ini kawan2!!

3-Jangan banyak ketawa dan bergurau...umat yang sedang berjuang tidak mengerti melakukan demikian kerana senantiasa bersungguh-sungguh dalam setiap perkara..
hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan tenteram.

4-Jauhilah mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan...Senang cakap : Tak yah lah kepo pasal orang lain..keje kite ni banyak lagi!!
"min husni islamil mar'i tarkuhu maa laa ya'nihi"

5-Berkenal-kenallah dengan setiap saudara Muslim kerana asas gerakan dakwah ialah berkasih sayang dan berkenal-kenal. Islam adalah agama kasih sayang!!
Marilah kita buktikan pada mereka diluar sane..."Eh,Islam bukan agama keganasan tau!!" Jangan biarkan agama yang kita anuti ini dikutuk2...
ni agama Allah tau..agama yang dibawa oleh insan agung..
Siap dorang! kite kene beri kefahaman pada orang kafir ni..
bukan pe, kesian kan? dorang bukannya tahu..abey kite pon tak nak buktikan..
dia orang pon confuse!!

6-Kewajipan kita lebih banyak daripada masa, oleh itu tolonglah kawan kite bagaimana hendak mengisikan masa dengan perkara-perkara yang berfaedah. Ringkaskan pelaksanaan kerje... cepat!!! jangan lengah2... Kerja untuk Islam!! Orang kafir dah jauh kedepan...haiyya...
kite ni tunggu nasrullah je ke? xpe...kesabaran tu perlu...
strategi pon perlu...



akhawat ni 6 points antara pesanan :al-Imam Hassan al-Banna
yg dikupas untuk peringatan kita bersama..
"berilah peringatan! Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang mukmin"

Hidup dan kerja untuk Islam
Tempat rehat kite diakhirat..
akhawat!!..jom...

Kewajipan lebih banyak dari masa...tak cukup tidur didunia ..
rehat sepuasnya diakhirat!!

Uktukunna fil Islam
Haamilatul_quran

نصائح وإرشادات لمن حفظ كتاب الله

Sunday, August 14, 2005
السؤال:

سأتم حفظ القرآن إن شاء الله قريبا وأريد منكم نصائح وإرشادات لمن حفظ كتاب الله

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه، أما بعـد:


فإنا نهنئك على ما أنعم الله به عليك من الاشتغال بالقرآن، ونسأل الله لنا ولك الإخلاص والقبول.

وننصحك بالاهتمام بتثبيت القرآن وتدبره، والاهتمام بتفسيره وقيام الليل به وتعليمه، واحرص على الاستزادة من العلم، فادرس ما أمكنك من علوم الحديث والعقيدة والفقه والعلوم المساعدة، واحرص على العمل بكل ما تعلمته لتجني ثمرة بذلك وجهدك،
والله أعلم.

المفتـــي:مركز الفتوى بإشراف د.عبدالله الفقيه

Iftar jamaie

Friday, August 12, 2005
04-09-05= Hari khamis..
Pertama kalinya kite dapat buat iftar jama'ie..
Best tau..
kelentang-kelentung memekak cuci dulang..
yang penting ukhwah..
kite ni sebenarnya lebih dari kawan..
macam sedara..
kan datok kite Adam..hehe
nenek kita hawa...
semoga ukhwah islamiyyah ini terus terjalin...
Seperti kaum muhajirin dan ansar..cehwah..
insyaAllah..

kepada akhawat yang lain...
jemputlah hadir..
jgn malu2..
rebut keberkatan makan jama'ie..dan berkat makbul doa..(sebelum buka puasa..
bagi siapa yg tak mampu berpuasa sunnat ni..
xpelah datang je...
imarahkan rumah Allah ni...
lepas tu sape nak tasmik..tafaddhalna...
boleh maklumkan kedatangan antunna pada ana..
sape ana? Kak mariamlahh...eh....

mungkin kite buat 2 minggu sekali..
so next date..18/08/05
dalam kol 7 gitu da bley berkumpul utk sedikit tazkirah..
sebelum santapan jasmani..kite bagi rohani kite makan dulu..
x rugi datang..
setiap lagkahku untukMu Tuhan...
kite rebut RedhaNya...

Salam ukhwah minni..
haamilatul_quran

Membina keluarga Islam?

Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh..
Akhawaati Fillah yang dikasihi kerana Allah s.w.t...
Alhamdulillah, perjumpaan yang kita adakan pejam celik dah 4 kali diadakan.
Walaupun pada mulanya ramai yang mencadangkan hanya 2 kali sebulan.
Tapi dengan izin Allah, pemilik masa dan tenaga kita.. seperti tidak sedar setiap minggu kita adakan perjumpaan ini..
Harapan ana, agar Allah swt meredhai setiap amal ibadat yang kita lakukan..

Akhawaati..
Marilah sama-sama menghadiri majlis ilmu ini..
atau lebih santai jika katakan 'usrah'/keluarga..
pengisian yang terdapat dalam majlis ini antaranya-:
1)murajaah al-quran..4 maqra'/ setengah juz setiap sesi.
2)Perkongsian ilmu kitab tibyan (Adab Fii Adab Hamlatil Quran)
3)Memahami pengertian usrah
4)Berkongsi pengalaman/ kesukaran yang dihadapi dalam menghafal Quran...
5)Sesi tazkirah..(mengikut giliran)..

Bagi siapa yang pernah menyertai usrah ini,
mungkin sudah dapat merasakan kemanisannya..
bagi ahlul quran diluar sana yang pernah terdengar mengenai usrah ini..
jangan malu..jomlah..
Kehadiran antunna di alu-alukan...(terbuka kepada banat)
Setiap individu daripada antunna adalah sangat penting..sebagai penyumbang besar kepada Islam.. Agama kita...
Sebarkan agama ini!!
Amalkan sunnah agung ini..sampaikan pada semua,
Allah tuhan..
Rasulullah qudwah,
Islam agama yang benar...
SAMPAIKAN!!!
Tidak kira, walaupun hanya melalui watak /peribadi atau akhlak je...
bukan kekerasan..
Islam is the way of life...
Percayalah....
Ganjarannya bukan disini tapi disana..

Haamilatul Quran

Kita dan Perjuangan

Monday, August 8, 2005
Kita dan Perjuangan

Pada penghujung pertemuan ini
kita singkap kembali lembaran hari-hari semalam
Detik pertemuan kita adalah saat
Bermulanya
Khittah perjuangan ini
Betapa sucinya perjuangan hingga menemukan kita
Betapa kudusnya pertemuan hingga
membuahkan kasih sayang
Antara kita saling memberi dan menerima
Bersama mengejar maghfirah dan
Redha illahi
Menggapai CINTA KASIH rabbul izzati

Perjuangan ini
sesungguhnya perit untuk diredah
Pahit untuk ditelan
seringkali menduga iman menuntut kesabaran
Namun akhawat,ikhlaslah..redhalah
Walau diri selalu menderita
walau diri selalu terkorban
kerana kita yakin dengan janji-janji Allah
bahawa manisnya perjuangan ini
Akan kita kecapi
Di dunia abadi nanti

Andainya pertemuan kita berakhir disini
Ingatlah akhawat bahawa
ukhuwwah fillah takkan mati
Dan perjuangan ini kan terus dilestari
Walau siapa pun kita, dimana
Sahaja kita berada
Deenul Islam akan tetap dibela
dan kita pastiakn suatu hari nanti
Dunia ini adalah milik kita
Milik perjuangan suci ini
Milik islam yang abadi...selamanya
Berburung berzikir disangkar raudhah
menyanbut azan di tabir senja
Insan berkasih kerana Allah
Bertemu berpisah kerana cinta-Nya
...Kita di dalam islam,islam di dalam diri kita, Selamanya
bersama.....

InsyaAllah..Allahumma Ameen..!
dipetik dari bulletin DQ :)

-alMuhtaj ilaAllah-

jika kita ditakdirkan begini...

Sedarkah kita yang kita selalu melalaikan perintah Nya tapi mengambil akan pemberian Nya, merayu mengharap pada Nya bila kesusahan dan meninggalkan Nya bila kita senang Kenapa begitu wahai insan yang bergelar ISLAM...kita meminta dengan penuh tamak dan haloba tapi tak pernah mensyukuri apa yang di beri Nya.




Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaaah...kecantikan alam ciptaan Allah swt memang tiada tolok bandingannya. Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang disajikan. aku duduk dan terasa akan kewujudan Nya. Lalu terjadilah perbualan yang menginsafkanku

apabila Dia bertanya padaku "Adakah kamu mencintai aku? "
lalu aku jawab " sudah tentu..!Engkaulah penciptaku masakan aku tidak mencintaimu."

Apabila Dia bertanya " jika kamu ditakdirkan cacat anggota,adakah kamu akan mencintai Ku? "
lalu aku lihat tangan, kaki dan seluruh anggotaku yang selama ini tidakku sedari kepentingannya . lalu aku jawab , " tentulah amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap mencintai Mu."

Apabila Dia bertanya ' jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaan Ku?" bagaimana mungkin aku mencintai sesuatu yang tidak mampu aku lihat, tapi aku terfikir ramai orang ditakdir buta di dunia ini masih mencintai Allah dan segala ciptaan Nya lalu aku menjawab "amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang sedemikian rupa, namun aku tetap mencintai mu Ya Allah!"

apabila Dia bertanya " jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kata-kata Ku?" bagaimana mungkin akau mendengar jika aku pekak. kemudian aku sedar mendengar tidak semestinya menggunakan telinga , tetapi menggunakan hati. lalu aku menjawab "walaupun takdir itu amat berat bagiku namun aku tetap mencintai Mu."

apabila Dia bertanya "jika kamu ditakdirkan bisu,adakah kamu akan terus memuji Ku ?" bagaimana aku boleh memuji tanpa suara ? akau terfikir bahawa Allah mahu kita memujinya dari dalam hati dan jiwa, tidak penting bagaimana bunyinya. lalu aku jawab " sungguhpun aku tidak mampu untuk membunyikan pujian bagi Mu, namun aku tetap akan memuji Mu."

Apabila Dia terus bertanya " adakah kamu benar-benar menyintai Ku?" dengan nada yang tegas dan penuh keberanian aku aku jawab " Ya, benar Tuhanku aku tetap mencintai Mu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar !"

aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk semua pertanyaan Nya tadi.

Tetapi Dia bertanya lagi "kalau begitu mengapa kamu masih melakukan dosa?" aku jawab " kerana aku cuma insan biasa yang selalu lalai, aku tidak sempurna dan aku bukannya maksum"

Dia terus bertanya " kalau begitu mengapa ketika kamu senang dan kamu gembira kamu lupa akan Aku, kamu lari jauh dari Ku tetapi ketika kamu susah kamu mahukan bantuan Ku, kamu terus ingat dan merayu pada Ku? mengapa kamu kadangkala sujud menyembah Ku dan kemudian kamu membelakangi Ku, tidak pedulikan Ku? mengapa kamu datang mencari Ku hanya ketika kamu mengingati Ku? mengapa kamu meminta dengan penuh tamak dan pentingkan diri sendiri? mengapa kamu meminta pada Ku sedang kamu tidak setia pada Ku? mengapa kamu sentiasa beralasan ketika Aku memberimu peluang untuk berkhidmat kejalan Ku?"

kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti....aku tidak mampu berkata apa-apa lagi...


**petikan dari email




man ana? - nlnm