
Tahu tak apa itu DQ?
DQ ialah singkatan bagi frasa Darul Quran. Boleh di terjemahkan sebagai “ Rumah Quran”. Ianya melambangkan suatu tempat atau institusi yang di sediakan khusus untuk pembelajaran ilmu-ilmu Al-Quran.
Visi -Mewujudkan program pembangunan dan peningkatan yang berkaitan dengan Al-Quran untuk membentuk kesahihan fikrah Islamiyah dan membangun kemurnian akhlak
yang akan membawa kepada penghayatan Islam yang syumul
UNTUK APA DQ
DQ bertujuan untuk membekalkan dan mempertingkatkan para pelajarnya dalam bidang / ilmu Al-Quran seperti:
· Bacaan
· Tarannum
· Terjemahan
· Tafsir
· Penghayatan
· Penulisan (Dhabtul Quran)
· Ulumul Quran
Sasaran pelajar;
· Semua peringkat umur untuk pembacaan Al-Quran
· Guru-guru Al-Quran di madrasah, masjid dan rumah-rumah
· Pelajar-pelajar madrasah
MENGAPA PERLU DQ
Darul Quran amat diperlukan oleh umat Islam di Singapura kerana belum terdapat sebuah institusi yang mengkhususukan pembelajaran Al-Quran.
· Mutu bacaan kalau ujian tilawatil Quran diambil sebagai kayu ukur masih jauh ketinggalan dibelakang negara saperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei dan Kemboja.
· Mutu bacaan di kalangan kanak-kanak dan remaja masih jauh dari memuaskan
· Kefahaman masyarakat dari intisari Al-Quran masih cetek
· Masih wujud golongan yang belum celek Al-Quran
· Untuk mengelakkan eksterimism dalam agama perlu diadakan pembelajaran Al-Quran dalam Singapura supaya pelajar-pelajar tidak dipengaruhi anasir-anasir luar yang tidak diingini
· Ilmu yang dipelajari dapat disesuaikan dengan masyarakat majmuk Singapura
· Memastikan program yang berstruktur dan ada keterikatan antara program-program tersebut
· Melahirkan golongan pelapis
· Melahirkan dan membentuk calon-calon imam dan bilal yang berkaliber dalam bacaan Al-Quran
· Melahirkan lebih ramai huffaz yang kelak akan menjadi imam di Masjid seluruh Singapura
0 comments:
Post a Comment