Sunday, October 22, 2006
PROJEK TAHFIZ 20’06

DARIPADA: ( Al-fakir, Ad-dhaif ilallah) NURULHUDA SULAIMAN

Bismillah pembuka bicara….

Pada hari ini…ana, akan berkongsi tentang cerita favourite ana dalam Al-Quran….

Cerita yang ana maksudkan ialah cerita tentang Nabi Musa a.s bersama Nabi Khidir a.s.

Kita boleh dapat cerita ini, di surah Al-Kahfi (Gua) dari ayat
65 – 78.

Ana mcm dah fall in love dgn cerita ni sejak pertama kali ana mendgrnya di TV, masa tu, Dr Masyitah yg ceritakan. So kira, ni….Cinta Pandang ( well in this case Dengar ) pertama…..aiywahhh~

Cerita ini berkisahkan tentang Nabi Musa a.s yg ingin belajar ilmu2 yg telah diajarkan pada Nabi Khidir a.s. maka, Nabi Musa pun mengikut Nabi Khidir berjalan. Sebelum memulakan perjalanan Nabi Khidir berkata kepada Nabi Musa. “ sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akn sanggup sabar bersamaku.” Nabi musa pun membalas. “ InsyaAllah kamu akn mendapati aku sebagai seorang yang sabar dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun.”

Maka mereka pun mulakan perjalanan. Ketika mereka berdua sedang menaiki perahu, Nabi khidir pun melubangi perahu tersebut. Maka Nabi Musa berkata. “ mengapa kamu melubangi perahu itu yang akibatnya kamu akan menenggelamkan penumpangnya? Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan”. Maka jawab Nabi Khidir,
“ bukankah aku telah berkata : “ sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku”. Maka Nabi Musa membalas. “ janganlah kamu menghukum aku kerana kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku sesuatu kesulitan dalam urusanku .

Lalu mereka pun sambung perjalanan mereka dan kali ini Nabi Khidir membunuh seorang anak milik dua orang suami isteri yang ‘alim. Maka Nabi Musa bertanya dgn soalan yg sama, dan Nabi Khidir menjawab dgn jawapan yg sama.

Kemudian mereka berjalan lagi hingga sampai ke suatu negeri. Nabi Khidir nampak dinding dalam sebuah rumah itu hampir roboh, dan segera membetulkannya.

Setelah itu, tibalah waktu perpisahan. Sebelum itu Nabi Khidir menjelaskan tentang perbuatan yang telah dilakukannya tadi bersaksikan Nabi Musa.

“ adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan merosakkan bahtera itu, karena dihadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera.”

“ dan adapun anak itu maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mu’min, dan kami khuatir bahwa dia kan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran.” Dan sebenarnya Nabi Khidir berharap agar Allah menggantikan anak yg baru, yg lebih soleh dan kasih sayangnya terhadap ibu bapanya.

Mengenai perkara yang ketiga yang di buat oleh Nabi Khidir, ia sebenarnya bertujuan menjaga harta yang ada dibwh dinding tersebut, supaya anak2 yatim dirumah itu tidak menggunakannya untuk tujuan yang salah.


Tayyib, ana dah habis cerita dah….penat antum baca?? Hehe

So the moral of the story is, kita kena ada sebab mengapa kita buat sesuatu. Kedua kita harus ada sifat bersabar. Ketiga sentiasa berfikiran jauh atau fikirkan akibat atas perbuatan kita atau tingkahlaku kita, kerana bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya……

Wallauh’alam….

Yang baik dtgnya dr Allah, dan yg buruk dtgnya dari di ana sendiri.

iNgaT-inGat di RamAdHan... ^_^

Sunday, October 8, 2006
Saturday, October 7, 2006
Salam'alaikum

ana rasa mcm segan nak post entry, sbb ana ni jarang sekali post maklumat untuk santapan mata antum semua...

baru2 ni, ana ada lihat rancangan Renungan Ramadhan di channel SCTV (channel Indon), ada beberapa maklumat yg menarik hati ana untuk berkongsi dgn antum kullukum~

*** Burung

- cinta pada Allah telah diibaratkan seperti burung.

Persoalannya...Mengapa? dah takde benda lain ker?

Sebabnya, mari kita lihat rupa seekor burung itu...

kita bahagikan ia kpd 3 bhg.
1) kepala
2) sayap kiri
3) sayap kanan

satu = kepala

-kepala di anggap sbg tunggak ataupun sesuatu yg muhim (penting). ia diibaratkan sbg mahabbah dan rahmat Allah pada hambanya.

dua = sayap kiri

-perkataan 'kiri' itu pada kebanyakkan masa dikaitkan dgn perkara mungkar atau yg kurang baik. jadi sayap kiri disini telah diibaratkan sebagai perasaan kauf (takut) hamba pada Allah.

ketiga = sayap kanan

-perkataan 'kanan' pula sentiasa dikaitkan dgn perkara2 baik. jadi, istilah sayap kanan ini digunakan untuk diibaratkan seperti amalan2 soleh yg dibuat oleh hamba pada sang penciptanya.

Jadi, dgn gabungan kedua2 element ini, iaitu kedua2 belah sayap barulah kita berupaya sampai ke tunggaknya. andainya kepak kanan itu patah atau cacat, bagaimana kita hendak terbang dgn sempurna. daripada itu juga, bagaimana kita hendak dapat kasih sayang Allah? dan jika sayap kiri pula yg mengalami kecelakaan, adakah kita dapat capai mahabbah Allah? semestinya susah dan sukar utk kita mendapatkannya....

*** Pesawat Hidayah

perhatikan senario ini.

- bayangkan anda adalah 'tukang pemerhati' dilandasan kapal terbang. anda akan dapati, jika landasan kapal terbang itu kecil maka hanya kapal terbang yg kecil2 sahaja yg boleh mendarat diatasnya. tetapi jika landasan itu besar, luas dan panjang, ia dibina khas untuk pesawat2 yg dikenali sbg pesawat jumbo, boieng..bla..bla..bla..pokoknya yg besar2.

nah, disini kita dapat lihat. Pesawat Hidayah yg ana maksudkan ialah, pesawat hidayah Allah pada hambanya. pesawat yg mengandungi bukan penumpang tetapi rahmat, rezki dan nikmat2 Allah untuk hamba2nya.

hati kita ini luas, tetapi telah disempitkan dgn maksiat, perbuatan2 dosa lagi keji dan lain2 perkara mungkar, oleh itu nikmat yg Allah trnkan menjadi sedikit. dan ini bersangkut paut dgn landasan yg kecil tadi.

jika hati kita bersih, luas dan lapang serta terhindar dr noda2 hitam yg merosakkan, sudah pasti nikmat2 Allah turun bagaikan pesawat jumbo.......kencang tak~?

ana tak tau antum semua faham tak apa yg ana tulis ni..harap2 antum faham la yer...

ana akhiri penulisan ana ni dgn serangkap pantun.

bulan Ramadan bulan yg mulia
yg dtgnya hanya setahun sekali
yg baik datangnya dari Allah
yg buruk datangnya dr diri ana sendiri