PROJEK TAHFIZ 20’06
DARIPADA: ( Al-fakir, Ad-dhaif ilallah) NURULHUDA SULAIMAN
Bismillah pembuka bicara….
Pada hari ini…ana, akan berkongsi tentang cerita favourite ana dalam Al-Quran….
Cerita yang ana maksudkan ialah cerita tentang Nabi Musa a.s bersama Nabi Khidir a.s.
Kita boleh dapat cerita ini, di surah Al-Kahfi (Gua) dari ayat
65 – 78.
Ana mcm dah fall in love dgn cerita ni sejak pertama kali ana mendgrnya di TV, masa tu, Dr Masyitah yg ceritakan. So kira, ni….Cinta Pandang ( well in this case Dengar ) pertama…..aiywahhh~
Cerita ini berkisahkan tentang Nabi Musa a.s yg ingin belajar ilmu2 yg telah diajarkan pada Nabi Khidir a.s. maka, Nabi Musa pun mengikut Nabi Khidir berjalan. Sebelum memulakan perjalanan Nabi Khidir berkata kepada Nabi Musa. “ sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akn sanggup sabar bersamaku.” Nabi musa pun membalas. “ InsyaAllah kamu akn mendapati aku sebagai seorang yang sabar dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun.”
Maka mereka pun mulakan perjalanan. Ketika mereka berdua sedang menaiki perahu, Nabi khidir pun melubangi perahu tersebut. Maka Nabi Musa berkata. “ mengapa kamu melubangi perahu itu yang akibatnya kamu akan menenggelamkan penumpangnya? Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan”. Maka jawab Nabi Khidir,
“ bukankah aku telah berkata : “ sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku”. Maka Nabi Musa membalas. “ janganlah kamu menghukum aku kerana kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku sesuatu kesulitan dalam urusanku .
Lalu mereka pun sambung perjalanan mereka dan kali ini Nabi Khidir membunuh seorang anak milik dua orang suami isteri yang ‘alim. Maka Nabi Musa bertanya dgn soalan yg sama, dan Nabi Khidir menjawab dgn jawapan yg sama.
Kemudian mereka berjalan lagi hingga sampai ke suatu negeri. Nabi Khidir nampak dinding dalam sebuah rumah itu hampir roboh, dan segera membetulkannya.
Setelah itu, tibalah waktu perpisahan. Sebelum itu Nabi Khidir menjelaskan tentang perbuatan yang telah dilakukannya tadi bersaksikan Nabi Musa.
“ adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan merosakkan bahtera itu, karena dihadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera.”
“ dan adapun anak itu maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mu’min, dan kami khuatir bahwa dia kan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran.” Dan sebenarnya Nabi Khidir berharap agar Allah menggantikan anak yg baru, yg lebih soleh dan kasih sayangnya terhadap ibu bapanya.
Mengenai perkara yang ketiga yang di buat oleh Nabi Khidir, ia sebenarnya bertujuan menjaga harta yang ada dibwh dinding tersebut, supaya anak2 yatim dirumah itu tidak menggunakannya untuk tujuan yang salah.
Tayyib, ana dah habis cerita dah….penat antum baca?? Hehe
So the moral of the story is, kita kena ada sebab mengapa kita buat sesuatu. Kedua kita harus ada sifat bersabar. Ketiga sentiasa berfikiran jauh atau fikirkan akibat atas perbuatan kita atau tingkahlaku kita, kerana bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya……
Wallauh’alam….
Yang baik dtgnya dr Allah, dan yg buruk dtgnya dari di ana sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment