





-------------------------------------------------------------------------------------------------------
* memberi peringatan, dengan harapan ketika susi lupa..ada yang kembali mengingatkan :)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
- awak, kenapa ye saya rasa macam ada yang tak kena?
- hmm...sekarang ni, hubungan awak dengan Quran macam mana?
- oh, ada kaitan ke?
- mestilah...awak kan hafizah...
******************************************************************
SAYA SEORANG HAFIZAH - identiti diri yang terpatri
awak, pernah tak awak bermimpi bakal suatu hari dikurniakan nikmat seagung menghafaz kalamNya? beruntungnya diri, andai ini memang menjadi cita yang diimpi. namun, bagi susi, suatu ketika dulu....
jahiliyyah yang menyelubungi diri membuatkan susi malah tak sedar wujudnya di dunia ini insan2 yang Allah pilih sebagai 'ahliNya' (rujuk Sunan Ibnu Majah). dan ketika diri ini 'berhijrah', tanpa diduga, malah tanpa dipinta, datang sebuah undangan dari-Nya...untuk cuba mematrikan al-Quran di hati, menyambung sunnah Rasulullah s.a.w yang diagungkan sebagai al-Quran yang berjalan di atas muka bumi.
dalam ketidakpastian, undangan itu susi sambut, lantaran tak tergamaknya diri untuk berpaling dari pintu yang Dia buka...dan bermulalah kembara yang bakal mempertemukan diri ini dengan erti cinta, erti usaha, malah erti kehidupan seluruhnya. setahun merasai kemanisannya, sudah cukup untuk menimbulkan sebuah perasaan : tanpa menyempurnakan hafazan 30juzu'...akan menjadikan hidup ini berakhir tanpa sebarang erti.
17 julai 2003...yang dicita akhirnya tercapai jua!
dalam sekelip mata, 17 julai menjadi tarikh yang cukup bermakna buat susi. susi masih ingat lagi, suara hati berbisik masa tu : i will never forget this moment. seakan termain di bayangan mata, segala kenangan suka-duka yang susi lalui sejak bermulanya sebuah usaha.
bermula dengan..
~sebuah keputusan yang telah memeranjatkan ramai orang - terutamanya diri susi sendiri
~sebuah keseronokan mengisi malam2 dengan hafalan al-Quran..berulang alik ke Pusat Tahfiz Singapura Masjid Kampung Siglap dengan kawan2 yang sama2 menjadi peserta perintis program hafazan
~sebuah kecemasan tatkala mula mengenal, payahnya menjaga kesetiaan pada kalamNya..payahnya memastikan hafalan al-Quran tetap terjaga..
~sebuah kejutan bila menyedari, keputusan yang mulanya diambil dalam keadaan tak pasti, akhirnya menjadi kendala diri..
~sebuah ketenangan ketika menghadirkan diri ke Darul Quran, bahawa jalan yang telah susi pilih tak akan disesali
~sebuah keyakinan tatkala memulakan pengajian, bahawa di persinggahan inilah bakal susi temui apa yang selama ini susi cari
~sebuah kepayahan yang cuba dihadapi, bila menemukan bahawa hidup di rantauan tak semudah yang diimpi
~sebuah kegembiraan yang sukar digambarkan, ketika mula jatuh cinta pada ilmu Qiraat yang baru dikenali
~sebuah kegelisahan yang berpanjangan, tatkala diminta mempertimbangkan sebuah undangan
~sebuah kelegaan yang datang menyapa, bila susi nekad memberikan jawapan
~sebuah ketakjuban yang menggirangkan, ketika mula mengenali erti mengabdikan hidup untuk Tuhan
~sebuah pengalaman yang mengasyikkan, bersama2 membangun diri bersama teman2
~sebuah keuntungan yang tak henti2 disyukuri, mendapat sentuhan bimbingan dari murabbi
~sebuah ujian yang ganas menyerang, tatkala garis tamat mula terlihat dengan terang
~sebuah kekecewaan yang hampir melumpuhkan, bila mendapati nikmt mudah menghafal al-Quran seakan2 ditarik balik oleh Tuhan
~sebuah keinsafan yang menenangkan, ketika tersedar niat menghafal al-Quran perlu kembali dijernihkan
dan..perasaan yang bercampur baur, tatkala impian berjaya susi realisasikan.
ya..susi tak akan pernah lupa saat itu, tarikh itu.
tapi..
rupanya susi terlupa hal yang seribu kali lebih penting dari tarikh susi khatam : susi terlupa susi siapa!
susi terlupa hati ini pernah dipenuhi cinta pada kalam-Nya
susi terlupa malam2 yang selalu diisi dengan keralitan mengulang hafazan
susi terlupa waktu pagi yang selalu dipenuhi dengan usaha mendalami ilmu2 al-Quran
susi terlupa usaha bersama susi dan kawan2, untuk saling menguatkan dalam meneruskan perjuangan
susi terlupa mata yang dulu setiap hari menjamah al-Quran
susi terlupa mata yang pernah menangis, & hati yang pernah tersentuh kerana al-Quran
susi terlupa jasad yang selama 3 tahun hidup sebumbung dengan orang2 yang sama2 bermujahadah untuk al-Quran
susi terlupa banyak perkara..hanya kerana perubahan suasana!
seakan2...tatkala telinga tak lagi menangkap dengunan gabungan suara2 yang membaca al-Quran, susi berhenti menjadi seorang hafizah
seakan2...bila masa yang ada mula disibukkan dengan pelbagai perkara dan tidak lagi dikhususkan untuk hafazan al-Quran, susi berhenti menjadi seorang hafizah
seakan2...bila mata tak lagi melihat kelibat orang2 yang ralit dengan al-Quran di kiri kanan depan dan belakang susi, susi berhenti menjadi seorang hafizah
sedangkan hakikatnya..itulah identiti diri yang terpatri. terlontar sejauh mana pun dari Darul Quran...tercampak sejauh mana pun dari Pusat Tahfiz...terpisah sejauh mana pun dari golongan orang2 yang hafal al-Quran, susi tak akan mungkin mampu mengingkari identiti sendiri.
buktinya?
buktinya : hati.
hati yang berkecamuk resah, bila terpisah dengan Kalamullah
hati yang salah tingkah, bila apa yang susi laksana tak sama dengan arahan Dia
hati yang bergetar rindu, bila ada yang mengumandangkan al-Quran, lebih2 lagi kalau dibaca beramai2, persis 'dengungan2' dulu..
ternyata, hubungan susi dengan Dia, jadi boleh diukur dengan hubungan susi dengan KalamNya. futur dan turun naiknya iman susi, seakan terkait langsung dengan rajin malasnya susi mendampingi al-Quran. semakin jauh susi dari kalamNya..semakin jauh juga susi dari Dia. semakin jauh susi dari Dia..semakin terasing susi dengan keindahan susunan kalamNya..lingkaran yang cukup melemaskan, mengheret diri semakin jauh dalam kesengsaraan.
ternyata, itulah jawapan kenapa hilangnya sebuah ketenangan : jasad yang terlalai dari kewajipan, benar2 tak sebati dengan hati yang berusaha mempertahankan identiti yang dilalaikan.
seorang hafizah - al-Quran menjadi wasilah taqarrubnya kepada Allah
seorang hafizah - lemahnya bila hubungannya dengan al-Quran dibiarkan lemah
seorang hafizah - tenangnya hanya dengan Kalamullah
seorang hafizah - mudah lembut hatinya pada mereka yang sama2 bergelar Ahlullah
seorang hafizah - tak akan mungkin menjauhkan diri dari Allah! lantaran faham, risikonya ialah terpisah dari Kalamullah
*************************************************************
- tapi awak, saya dah jauh sangat..saya rasa dah tak mampu menghilangkan jarak..saya dah terlalu sibuk dengan benda2 lain..
- tapi mulut awak masih terkomat kamit kan?
- terkomat kamit macam mana?
- bila awak dengar orang baca ayat2 yang awak pernah hafal..mulut awak masih terkomat kamit menuntun hafalannya..
- maknanya?
- mungkin itu tandanya tak kira berapa 'jauh' awak rasa, sebenarnya identiti awak sebagai hafizah dah mendarah daging, tertanam jauh di lubuk hati, cuma kadang tak disedari..sepertimana seorang artist tak boleh dipisahkan dari seni, lebih lagilah seorang hafizah tak mungkin dipisahkan dari al-Quran.
- sebab?
- sebab awak mungkin lupa, tapi masa pernah mencatatkan, awak berusaha menghafal kalamNya. di sisi-Nya, awak tetap seorang hafizah..sama ada awak akui dan terus berusaha..atau awak lupa dan menjarakkan diri dari kalamNya. sama ada..awak benar2 berusaha menjadi seorang hafizah dari sudut usaha, kata2 dan tingkahlaku, atau hafizah yang usaha, kata2 dan tingkahlakunya bakal menjadi hujah terjerumusnya dia ke dalam neraka.
- awak...
- ya?
- tolong ingatkan saya kalau saya lupa!
----------------------------------------------------------------------------------------------------
untuk semua yang pernah merasai manisnya usaha menghafal kalam-Nya..
memang, kadang kita lupa..
tapi tak bermakna, kita kehilangan kesempatan untuk kembali bangun meneruskan usaha..
"it doesn't matter how many times you fall - as long as you don't stop getting up!"
mendoakan, dan minta didoakan :)


Copyright © 2008 اللهم اجعلنا من أهل القران اللذين هم أهلك وخاصتك | Design by Arcsin Web Templates - Blogger template by Blog and Web