Sekadar Berkongsi

Friday, May 11, 2007
Ana ada satu cerita, pasal persahabatan. mungkin tak menarik bagi pembaca, tapi..ia cukup menyentuh hati ana yang kecil nih...

Nama2 yang akan ana gunakan semua nama samaran, kecuali nama ana. heh

Huda dan Ida berkawan baik sejak darjah empat. Masa ktorg darjah 6, ktorg ada buat drama dlm b.Inggeris. Secara tidak sengajanya, ana ter-skip satu scene acting.opps Oleh sebab itu, bnyk props tidak digunakan dan terpaksa dibuang,ALAMAK!! dan dengan secara tidak langsung telah mensia-siakan penat lelah kawan2 ana yang buat benda2 itu semua selama seminggu lebih.iskh iskh Ana tak sengaja pun....ana betul2 terlupa nak buat!! so, maafkan ana...

Ana tak sangka, kecuaian ana membawa pada keretakan dlm persahabatan ktorg. Ana sedih sekali,tsk..tsk.. masa itu, Ida lah segalanya...waahhh~jiwanglah pulak! Ktorg recess sama2, ketawa dan bergurau sama2, tapi..tetiba kena berhenti buat itu semua...kwn2 ana pulaukan ana, mogok tknk ckp dgn ana...tunjuk muka masam dpn ana...
adil ke ana dihukum gitu krn sifat terlupa ana?? adil ke ya Allah?? *muka sedih*

Tahun demi tahun, pejam kelip pejam kelip dah 4 tahun berlalu.bayangkanlah...4 tahun. klw ade adek, dah sekolah dah adek nih! Perhubungan ana dgn Ida masih suam2 kuku, klw jumpe stakat tersenyum hambar. klw ckp pun, spatah ditanya, spatah dijawab. Yg mafhumnya, ktorg dah tak rapat mcm dulu....semua dah berubah~haiz~hidup ana memang susah masa tu, ana bersyukur kerana ramai kwn tampil memberi sokongan dan menemani ana sepanjang hidup ana dalam keadaan kecewa...

Sampai satu hari ini, masa itu bulan puasa...MKS ada buat kem remaja selama 24jam.tgh puasa nih..ada kem.dugaan~ Jadi mereka perlukan Facilitator muslimah utk membantu. Mula2 memang ana taknk sbb selepas kem itu, ana akn menduduki peperiksaan O-levels. Tapi, oleh kerana ini Fursoh Zhahabiyyah (makne nye peluang keemasan) ana untuk qiyam di mjd, berbuka puasa di sana, bertadarus dan berterawih dgn saudara seIslam ana , ana cekalkan hati.cheh Buat kerana Allah.

Tapi tkkan ana nk jadi faci sorang2? a'ah..ye tak ye jgk...

Ana contact semua kwn2 ana yg ana rasa tak busy sgt kat hp ana utk tolong ana....bila ana scroll nama2 dkt hp tu....ada nama Ida..oh ooo

Nak msg tak? nak? tknk? nak? tknk? pening3
Ida nk ke ckp dgn ana?

Lillah, ana pun kuatkan hati. Msg jelah...bln puasa mana boleh marah2 kan...heh.

okeh, ni part exciting...sambungkan bacaan anda.




Lepas bberapa minit, msg ana dibalas. Hamdanlillah, kwn rapat ana, Ika sudi memberi pertolongan.Ida juga.
IDA?? gemuruh darah ana ketika itu..!! betul ke die nak tolong? ke saje je nk main prank? hish..bln puase nih.... cuba bersangka baik cik huda oi~!! ok2, jadi ana pun bgtau pihak mjd yg ana dah dpt 3 faci muslimah utk membantu...

Masa perkhemahan tu, ana cubalah rapatkan diri setelah sekian lama dgn Ida nih...rasa janggal sgt2. tapi takper....nasib baik Ika ada...taklah rasa kekok sgt...betul jugak...nasib badan~

Dalam perkhemahan tu, cuma ade satu je peserta banat yg sebaya dgn ktorg bertiga. Namanya Syarah. Bukan pelajar madrasah, tapi manis bertudung menutup aurat. Oleh krn peserta lain semua dianngap junior, ktorg berempat ni kira,konon2 dah kakak2 lah..kamcing sgtlah... solat ssame, duduk ssame, mendgr ceramah ssame...semua aktiviti dibuat bersama....ada semacam kuasa yang mengikat ktorg sehinggakan apa2 yang dilakukan, menyenangi hati masing2. Antara kami pula, bnyk persamaan...jadi mcm ada good chemistry lah..!

Cakap2, ketawa2, qiyam dan tadarus....perhubungan ana dgn Ida pun pulih. ktorg jadi rapat mcm, 4 thn yg lalu. percaya atau tidak, itu terpulang pada pembaca.
Ana ingat lagi, masa hendak berbuka puasa, ktorg sama2 menghidangkan mknn berbuka, masa ana tgh syiok tuang bubur di mangkuk, aleh2 bubur yang panas tu tertuang kat tangan ana. Subhanallah!! adOIII! peritnya bukan main lagi. Ida jadi panic dan terus suruh ana cuci tangan dgn air sejuk, sejak insiden tu, Ida asek jg ana je...die make sure ana ok semua...tersentuh hati ana!

Tamat kem tu, ana gembira sekali.yey!! ana tak sangke, langkah ana mengajak Ida menjdi faci utk kem tersebut, merupakan satu detik yg bersejarah dlm hidup ana.ahh...msk buku sejarah nii...jgn main2! bukan sahaja ana dapat kwn baru, tapi ana dpt kwn lama kembali.

Its miracle.

Mungkinkah ini ketakjuban bulan Ramadhan? *angguk2*
Atau kerana kehadiran Syarah yg menjadi pengikat tali kami yg telah terputus? *angguk2*


Sekarang, ana dgn Ida, sama2 satu kelas. Rapat dan gila2nya masih sama jugak. heh. Kami sama2 masih berhubung dgn Syarah, malahan sekarang ana mengajar adiknya, jadi dlm seminggu tu, 2 kali ana akn jumpa dia dan berkongsi cerita. Ika pula, sambung belaja di madrasah lain, wlwpun tak belaja sebumbung tapi hampir setiap hari ana akn jumpa die sewaktu pergi ke sekolah. maklumlah, skolah ana dgn sekolah nya hanya jarak 5 minit sahaja...hehe.. kadang2 setelah penat belajar, kami akan megadakan outing bersama2... nk tenangkan fikiran~

Jadi, ikhtibar yang antunna boleh ambil dlm cerita ini ialah

1. sentiasa berdoa. sebab itu yg ana selama bertahun2 sampai skrg
2. jangan salahkan diri sendiri. klw kter dah buat silap, minta maaf, klw tak dimaafkan, bersabar..bersabar dan bersabar.
3. Klw takde kwn, Allah lah kwn kter. InsyaAllah ktre tdk akn dikecewakan.
4. Berfikiran terbuka
5. Bersabar. Ana tau ini tidak mudah tapi...klw dah berjaya, natijahnya, cukup manis.

Ana akhiri dgn sekerat lagu dr kump UNIC

"...menitis airmataku keharuan. kepada sebuah pertemuan, tulus keikhlasan menjadi ikatan, dengan restu kasihMu oh Tuhan~.."

Ila huna faqod.
Ma'assalamah.

Alfaqir Nurulhuda...

0 comments: