Spiritual revival tazkirah

Saturday, May 30, 2009
Ladies Event : Spiritual revival tazkirah

Dearest All,

PLEASE DISSEMINATE THE FOLLOWING INFO TO OUR SISTERS. ALLAH YUBARIK FIK~

A team of alumnis from Al-Azhar, Daruzzahra and wisdom enthusiasts will present a series of spiritual revival tazkirah session on June 5 -June 7. ALL-LADIES EVENT.
The guest speaker will be Ustazah Halimah Al-Aydrus who has captured our hearts with her talks 2 months ago.

The next tazkirah will be on 3 main topics and 2 sub-topics:

* Finding Peace in the heart with the Remembrance of Allah
* Beautifying oneself with the best of manners
* Great Women in Islamic History (Mothers of Faithful)
* The power of LOVE
* Fiqhul mar'ah (Fiqh on Women issues)


The dates and venues are as follows:

Friday 5 June 2009
3.00pm @ Alwehdah
7.00pm @ Bilal Lane (the address has yet to be confirmed)

Saturday 6 June 2009
1.30pm @ Almukminin Mosque in Jurong
8.00pm @ 74 Pasir Ris Heights off Elias Road

Sunday 7 June 2009
1.30pm @ Alfalah Mosque in Orchard

P/s:Jangan tak datang eh!Rugi...heart to heart nya Talk...

Ya Allah,bersihkan hati kami agar apa yang disampaikan terkesan dalam jiwa dan akhlak kami...

*Dipetik dari blog: almaarif87

DisKusi Kasih!!!

Tuesday, May 26, 2009


Salam akhawaatii fillah.....


~Wanita adalah individu penting yang akan mencorak keluarga dan generasi akan datang

~Kehidupan antunna sangat bermakna, oleh itu letakkanlah diri antunna di tempat yang bermakna bersama dengan sahabat2 yang bermakna dan bermatlamat.



sesungguhnya wanita yang solehah itu susah utuk di temui bagaikan berlian dalam kaca yang bertaburan, ramai wanita yang tahu hukum syarak tetapi masih ramai yang melanggarinya kerana mahu mengecapi nikmat dunia yang singkat, perhatian dari lawan jenis, syaitan menggunakan wanita sebagai salah satu alat…



Mulakan hari ini.. alihkan pandangan kita pada perkara yang bermakna!

Bersama asatizah, pembimbing dan akhawat yang bermakna dan berpengalaman.



Moderator forum:


U. Mariam Mohd Hashim

Ahli panel:

U.Nurliza Ikhsan

U.Rusydah Eusope

U.Sakinah Saptu



Penganjur:

Ahlul quran dan putri samrah



Aktiviti:

1-Forum membentuk jati diri muslimah untuk berdepan dengan cabaran.

2-Tadabbur alam-melihat matahari terbenam dan menyingkap perjuangan wanita dalam sejarah.

3-Perbincangan hati ke hati



Hari :

Ahad – 31 Mei 2009 @ 4 pm- 9 pm



Tempat berkumpul:

Ruang Musolla Wanita Masjid Kampung Siglap



Sasaran:

Para remaja muslimah dan sesiapa yang berminat



Pendaftaran:

U.Mariam 96265027

*Info updated by Ustazah Mariam Hashim.

Pertemuan @ bulan April!!!

Wednesday, April 22, 2009


*Hear,hear!*

Assalamu'alaikum, kakak2ku dan kawan2ku sekalian ^___^

Usrah untuk bulan ini akan diadakan pada hari Ahad, 26 april (yes! it's this sundayyy). Seperti biasa: after zohor hingga asar, di classroom 10.

Tajuknya pula ialah.... jeng jeng jeng!

'Aku Dahaga Kasih'

chedebaahhh... agaknya apa yang bakal dibincangkan eh? the topic's quite intriguing! hehe..

Semua banaat dan nisaa' dijemput hadir. :)

Jumpa di mks nanti, inshaAllah! ma'assalaamah!


*Updated by: Ukhti Liyana

Keistimewaan Rasulullah s.a.w

Saturday, March 14, 2009

Rabi'ul Awal's Special!!!

Bismillah
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad.

Sempena bulan Kelahiran Rasulullah s.a.w,ingin sama2 mengajak agar kita bertadabbur ayat2 yg menunjukkan betapa istimewa dan agungnya Rasul junjungan KITA.

Ketika Sayyidina Musa meminta Allah agar dapat melihatNYA...

قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنْظُرْ إِلَيْكَ

Maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu.


Tapi Allah Menjawab:

قَالَ لَنْ تَرَانِي وَلَكِنِ انْظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي فَلَمَّا تَجَلَّى رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ مُوسَى صَعِقًا فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ

Allah berfirman: Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau dia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu, Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah dia sedar semula, berkatalah ia: Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku).

~Surah Al-'Araf:143

Tapi Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam....

Allah Berfirman:

مَا كَذَبَ الْفُؤَادُ مَا رَأَى
Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.

~Surah Al-Najm:11

Tafsir Ayat tersebut:

Dari Abi Dzar berkata:Aku bertanya pada Rasulullah s.a.w:Adakah engkau melihat Tuhanmu?Maka Rasulullah menjawab:cahaya sesungguhnya aku melihatNYA.Dalam riwayat lain:'Aku melihat cahaya'.
(Riwayat Muslim)

Berkata kepada kami Aswad bin 'Amir,berkata kepada kami Hammad bin Salamah dari Qotadah,dari Ikrimah dari Ibn Abbas berkata:Rasusulullah s.a.w bersabda :'Aku melihat Tuhanku Azza wa Jalla.'

~Hadis Riwayat Imam Ahmad (sanad hadisnya mengikut syarat Sohih)

Rujukan: Tafsir Ibn Kathir

Moga kita dijauhkan dari golongan yang Allah sebutkan ini:

أَمْ لَمْ يَعْرِفُواْ رَسُولَهُمْ فَهُمْ لَهُ مُنكِرُونَ

Atau kerana mereka tidak kenal Rasul mereka, lalu mereka mengingkarinya?

~Surah Al-Mukminun:69

Ya Allah,kurniakan kami ma'rifat yg sempurna tentang Rasulullah sollahu 'alahi wa sallam....
Saturday, February 21, 2009
~Pengajian ONLINE Bersama Sheikh Nurudddin Al-Banjari~




LIVE FROM BOGOR!!!!





[Jadual Pengajian]

~JUMAAT~

9.00 - 11.30 AM (SIN)
Musnad Imam Ahmad

10.00 - 11.00 PM (SIN)
Jami'e Saghir Oleh Imam Jalaluddin As-Suyuthi(Himpunan Hadis Nabawi)

~SABTU~

9.00 - 11.30 AM (SIN)
Fathul MuinOleh Imam Malibari

5.30 - 6.30 PM (SIN)
Risalah Mua'wanah Oleh Imam Abdullah Al-Haddad

10.00 - 11.00 PM (SIN)
Tahzib Misykat Oleh Imam Muhammad bin Abdullah AlKhotib At-Tibrizi

~AHAD~

9.00 - 11.30 AM (SIN)
1)At-Tibyan Fi Adaab Hamalatil Quran Oleh Imam Nawawi
2)Syamail Muhammadiyah Oleh Imam At-Tirmizi

5.30 - 6.30 PM (SIN)
Risalah Mua'wanah Oleh Imam Abdullah Al-Haddad

10.00 - 11.00 PM (SIN)
Tahzib Misykat Oleh Imam Muhammad bin Abdullah AlKhotib At-Tibrizi

~ISNIN~

9.00 - 11.30 AM (SIN)
1)Tadrib Ar-Rawi Oleh Imam Jalaluddin As-Suyuthi
2)Akhlak Ulama Oleh Sheikh Nuruddin AlBanjari

5.30 - 6.30 PM (SIN)
Jami'e Bayan Ilmi Oleh Imam Ibnu Abdil Barr


10.00 - 11.00 PM(SIN)
Rahiq Makhtum oleh Dr Sofiy Ar-Rahman


~SELASA~


9.00 - 11.30 AM (SIN)
1)Haza Halal Haza Haram Oleh Sheikh Abd. Qodir Ahmad 'Ato

2) Makanatul Ilmi Oleh Sheikh Nuruddin AlBanjari

5.30 - 6.30 PM (SIN)
Sahih Bukhari

10.00 - 11.00 PM (SIN)
Tahzib Mishkat oleh Imam Muhammad bin Abdullah AlKhotib At-Tibrizi

~RABU~

9.00 - 11.30 AM (SIN)
1)Tafsir Rawa'iul Bayan Oleh Imam Muhammad 'Ali As-Sobuni
2)Ad-Durar Al-Bahiyyah fi Qawaid Fiqhiyah oleh Sheikh Nuruddin AlBanjari

5.30 - 6.30 PM (SIN)
Sahih Bukhari

10.00 - 11.00 PM (SIN)
Jami'e Saghir Oleh Imam Jalaluddin As-Suyuthi(Himpunan Hadis Nabawi)

~KHAMIS~

9.00 - 11.30 AM (SIN)
1)As-Sunnah wal Bidaah Oleh Imam Abdullah AlHaddad

2)At-Tibyan Fi Adab HamalatilQuran Oleh Imam An-Nawawi


Boleh Ikuti secara Langsung....

http://www.mymkkk.tv/live_bogor.php


Ya Allah,Engkau tidak putus2 memudahkan jalan Kami menuntut Ilmu...
Oleh itu,
Kurniakan kami TaufiqMu untuk meng'hadiri'nya...


~Diambil dari blog almaarif87

p/s:Sebar-sebarkan maklumat ini,moga2 dengan kita mempermudahkan orang menuntut Ilmu, Allah akan luaskan jalan2 KITA dalam menuntut ilmu.

~Tadabbur Ayat (5)~

Monday, February 16, 2009


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim
Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi

Ingin mengajak semua untuk merenungkan ayat2 ini...


Firman Allah S.W.T:

إِنَّآ أَنزَلْنَا ٱلتَّوْرَاةَ فِيهَا هُدًى وَنُورٌ يَحْكُمُ بِهَا ٱلنَّبِيُّونَ ٱلَّذِينَ أَسْلَمُواْ لِلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلرَّبَّانِيُّونَ


'Surely We revealed the TORAH, wherein is guidance, from error, and light, that is, an exposition of the rulings, by which the prophets, from the Children of Israel, who had submitted, [who] had been compliant before God, JUDGED FOR those of Jewry, as did the rabbis, the scholars among them, and the priests... '[5:44]

Itu ditujukan pada Para Anbiya' terdahulu...

TAPI ....

Jika Rasulullah....

Firman Allah S.W.T:

فَلاَ وَرَبِّكَ لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّىٰ يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لاَ يَجِدُواْ فِيۤ أَنْفُسِهِمْ حَرَجاً مِّمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُواْ تَسْلِيماً
[4:65]

'
But no, (fa-lā, the lā is extra) by your Lord! They will not believe until they make YOU JUDGE OVER what has broken out, has become mixed up, between them and find in themselves no inhibition, [no] constraint or doubt, regarding what YOU DECIDE, but submit, [but] comply with YOUR RULING, in full submission, without objection.
'


Kalau kita perhatikan 2 ayat yang diatas...

Kita akan dapati bahawa para anbiya' dahulu menetapkan hukum buat ummatnya dengan kitab Taurah.

Tapi Rasulullah...

DIA diberi HAQ untuk membuat keputusan dan menetapkan hukum buat Ummatnya!!!
Sollahu 'alaihi wa Sallam....

Terlalu banyak ayat2 yang menunjukkan Keistimewaan-keistimewaan khas buat Rasul Junjungan KITA,cuma hanya KITA sahaja yang perlu membuka hati KITA untuk mentadabbur ayat2NYA...

Firman Allah S.W.T:

أَفَلاَ يَتَدَبَّرُونَ ٱلْقُرْآنَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَآ

'Maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?'(47:24)

*Kalam Mutiara ini diambil dari Al-Fadhil Sheikh Yusry Rusdi Al-Hasani dalam Pengajian Sohih Bukhari di Masjid Al-Azhar As-Syarif.

Ya Allah,cukuplah Dia sebagai hadiah teragung buat KAMI ummatnya....
Luv n Miss U Rasulullah (sollahu alaihi wasallam)!

Ya Allah,bila dapat jumpa DIA???Kami merinduinya...

Acara TERKINI---> Usrah Feb '09'

Monday, February 9, 2009



BILA???

Sunday,

15 Feb 2009,

the first usrah session for this year !!!


JAM???

2pm - 4pm

DIMANA???


Bangunan DQ @ MKS classroom 10

~Info Updated by Liyana


Ya Allah...Satukan hati2 kami dengan AlQuran...

~Tadabbur Ayat (4)~

Thursday, February 5, 2009


Firman Allah S.W.T:

كُونُواْ رَبَّـٰنِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ ٱلْكِتَٰبَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ

Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna),kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya
.

~Al-Imran:79

Bagi AlFaqir,Ayat ini begitu istimewa buat mereka yang berdamping dengan AlQuran.Istimewa kerana....Allah meminta KITA,Orang yg berdamping dengan AlQuran, utk menjadi 'RABBANI'...hanya kerana di dalam hati kita ini ada AlQURAN.


Bagaimana untuk mengusahakan untuk bertadabbur Ayat2 SuciNYA?

Sebagai seorang yg menghafaz AlQuran,kita sudah terbiasa dengan bacaan yang cepat hingga ke terlupa bahagian yg lebih penting iaitu tadabbur dan sebenarnya itulah tujuan ia diturunkan kepada manusia.Sememangnya sebagai manusia,kita terlalu banyak kecuaian kita terhadap haq2 AlQuran terlebih utama lagi yg menghafaznya...mana kurang tadabburnya,kurang amalnya dan kurang mengulangnya,tapi bukankah sebaik-baik orang itu,mereka yang sedaya upaya untuk memperbaiki segala kekurangan yg telah dilakukan?

Antara tips2nya...

1)Pilih waktu yang sesuai iaitu waktu dimana hati kita tidak disibukkan dengan hal2 dunia dan lebih khusyuk.

2)Baca lebih perlahan.Sambil baca sambil meneliti kalimah2nya.

3)Pastikan diri kita dalam rutin pembacaan AlQuran kita setiap hari,kita dapat 1 ayat untuk dijadikan 1 i'tibar,kata semangat atau sebagainya.

4)Siap 1 papan tulis untuk letakkan 'Ayat to ponder'.

Sepatutnya Penghafaz AlQuran itu CUKUP baginya Kalamullah dan Kalam Rasulullah Sollahu 'alahi wasallam sebagai kata2 semangat atau pengubah kehidupannya BUKAN kalam2 orang barat.


Izinkan AlFaqir petik kata2 Murabbi:

'Tidak sepatutnya buat seorang pendaie itu melalui sehari semalamnya tanpa ada bahagian yang banyak dalam mentadabbur kitab Suci Allah'.



Kata Sayidina Usman bin Affan:

Kalau hati kita ini bersih,kita tidakkan puas dengan AlQuran.


Ya Allah,
Bersihkan hati2 kami agar kami merasakan kelazatan dalam bermunajat bersamaMU...