Nabi Ayyub a.s dan kesabaranyya.

Sunday, November 26, 2006
Bismillah..



Assalamualaikum..

Ana ingin berkongsi kisah mengenai Nabi Ayyub a.s dan kesabarannya..

Dan ingatlah akan hamba Kami Ayyub ketika ia menyeru Tuhannya:”Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan siksaan”

Nabi Ayyub a.s menderita penyakit kulit bebrapa waktu lamanya dan dia memohon pertolongan daripada Allah s.w.t.Allah kemudian memperkenankan do’anya dan memerintahkan agar dia menghentakkan kakinya ke bumi.

Allah berfirman:”Hentakkanlah kakimu;inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum.

Ayyub mentaati perintah itu maka keluarlah air dari bekas kakinya atas petunjuk Allah dan pun mandi dan minum dari air itu sehingga sembuhlah dia dari penyakitnya dan dia dapat berkumpul kembali bersama keluargannya.Maka mereka kemudian berkembang biak sampai sampai jumlah mereka dua kali lipat dari jumlah sebelumnya.

“Dan kami anugerahi dia (dengan mengumpulkan kembali)keluarganya dan (kami tambahkan)kepada mereka sebanyak mereka pula sebagai rahmat dari Kami dan pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran.”

“Dan ambillah dengan tanganmu seikat (rumput)maka pukullah dengan itu(isterimu)dan janganlah kamu melanggar sumpah.Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayyub)seorang yang sabar.Dialah sebaik-baik hamba.Sesungguhnya sia amat ta’at(kepada Tuhannya).”

Pada suatu ketika,Ayyub teringat akan sumpahnya,bahawa dia akan memukul isterinya bilamana sakitnya sembuh disebabkan isterinya pernah lalai mengurusinya sehingga dia tidak dapat memnuhi sumpahnya.Oleh sebab itu turunlah perintah Allah seperti yang tercantum salam ayat 44 di atas,agar dia dapat melaksanakan sumpahnya sengan tidak menyakiti isterinya yaitu memukulnya dengan seikat rumput.

Contohilah akan kesabarannya=)
Wallahua’alam..

-Sumayyahnadrah-

see u.....ilal liqaa'!!!

Thursday, November 16, 2006



Ahlul Quran PTS
menganjurkan
Perjumpaan Hari Raya!

Untuk para pelajar banat Tahfiz MKS yang berumur 13 tahun ke atas.
Tarikh: Sabtu, 18hb November 2006
Pendaftaran: 12:30pm 1:30pm
Programme: 1:30pm – 3:30pm
Tempat: Kontena MKS

Sila hubungi 90293770 atau 90682587 untuk mengikut serta majlis ini,selewat-lewatnya Khamis,16 November.

Get to noe other friends who are also
striving to memorise the holy Quran!!
There will be games, food & more!

See you there!!!

Nabi Ibrahim dan Bapanya

Friday, November 10, 2006
Bismillah...

Azar, begitulah nama bapa Nabi Ibrahim. Juga seorang yang dengan asyik menyembah berhala, bahkan orang yang membuat patung itu dan menjualnya untuk disembah manusia yang membelinya. Nabi Ibrahim tahu, bahawa bapanyalah manusia yang paling dekat kepadanya. Sebab itu bapanya sendiri itulah yang harus pertama kali ditunjuki dan dihindarkannya dari kesesatan, diberi nasihat sepanjang apa yang diajarkan Allah kepadanya. Terhadap bapanya itu, Nabi Ibrahim sangat berhati-hati, Baginda sekali kali tidak menghina atau merendahkan akan apa-apa yang disembah oleh bapanya itu. Nabi Ibrahim mengatur kata kata dengan susunan yang paling baik dan menarik hati, berlemah lembut, bersopan santun, dengan cara yang penuh hormat sekali kepada orang tuanya sendiri.

Mula mula sekali disebutkannya bahawa dia sendiri adalah anak dari bapanya itu sendiri. Kemudian mulai Ibrahim bertanya pertimbangan dan alasan alasan apakah yang menyebabkan bapanya menyembah berhala itu. Akhirnya dengan cara yang halus, dinyatakannya kepada bapanya, bahawa dia mendapat ilmu dan wahyu dari Allah, mendapatkan keterangan keterangan yang tidak didapat oleh bapanya sendiri. Dengan hormat, nabi Ibrahim mengajak bapanya sendiri untuk percaya kepadanya, untuk sama sama mengenal Allah bersama dia, kemudian menyembah Allah dan meninggalkan berhala yang tak mendatangkan sesuatu
apapun itu.

Tetapi bagaimana juga dicuba oleh Ibrahim untuk menarik hati bapanya, sia-sia belaka. Bapanya bukan bertambah insaf dan dekat dengan pendiriannya, malah bertambah sesat dan jauh dari yang dicita citakan Ibrahim sendiri. Akhirnya bapanya berkata: Apakah engkau benci kepada tuhanku, hai Ibrahim? Kalau engkau tidak kembali dari tindakan engkau itu engkau akan saya lontar dengan batu, akan saya hancurkan badanmu itu. Engkau akan tahu sendiri bagaimana jadinya kalau saya sudah marah. Sebelum saya marah, lebih baik engkau pergi saja, tidak ada tempat lagi buatmu di rumahku ini, dan tidak ada pula tempat bagimu dalam hatiku.


Semua bantahan bapanya itu, disambut oleh Ibrahim dengan dada yang lapang, ketenangan hati, ketetapan jiwa. Kepada Ibrahim tidak dibolehkan oleh Allah bertindak lebih jauh selain menjawab semua itu dengan apa yang diwahyukan Tuhannya: Salamku dan selamat tinggal kepada bapa, saya mohon ampunan Tuhan bagi bapa, kerana bapaku harus kuhormat, dan aku mohonkan ampun bagimu hai kaumku atas apa yang kamu sembah selain Allah, dan aku berdoa kepada Tuhanku, mudah mudahan Tuhan tidak menjadikan doaku ini pangkal kesengsaraan. Nabi Ibrahim berangkat dan pergi dengan sedih memukul hatinya, kerana anjurannya tidak dapat disambut dengan telinga terbuka oleh bapanya sendiri. Dia mengasingkan diri dari bapanya, agar jangan ikut serta menyaksikan kesesatan dan kesyirikan itu.

-ummuhanani-




kisah sapi betina

Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum semua yang membaca! Hari ini ana nak kongsi sikit tentang favourite story ana kat dalam Quran..
Cerita ini mmg famous sangat, cerita tenang Nabi Musa, Bani Israil dan sapi betina. Sebenarnye cerita tentang bani Israil memang panjang, jadi untuk memendekkan cerita:


Ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyembelih seekor sapi betina. Bani Israil berkata lagi kepada Nabi Musa: Apakah kamu hendak menjadikan kami buah ejekan? Jadi Nabi Musa pun berkata: Sesungguhnya aku berlindung kepada Allah sekiranya menjadi salah seorang dari orang2 jahil.
Maka mereka menjawab: mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, agar Dia menerangkan kepada kami sapi betina apakah itu? Musa menjawab: Sesungguhnya Allah berfirman bahawa sapi betina itu adalah sapi betina yang tidak tua dan tidak muda, maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu.
Mereka berkata lagi: mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami agar Dia menerangkan kepada kami apa warnanya” Musa menjawab. Sesungguhnya Allah berfirman bahawa sapi betina itu adalah sapi betina yang kuning tua warnanya, lagi menyenangkan orang2 yang memandangnya
Mereka berkata: mohonkanlah kepada tuhanmu untuk kami, agar Dia menerangkan kepada kami bagaimana hakikat sebenar sapi betina itu, kerana sesungguhnya sapi itu masih samar bagi kami dan sesungguhnya kami insya Allah akan mendapat petunjuk.
Musa menjawab: Sesungguhnya Allah berfirman bahawa sapi betina itu adalah sapi betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak bercacat, tidak ada belangnya.
Mereka berkata: sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir sahaja mereka tidak melaksanakannya perintah itu.


Jadi, dari cerita ni kita boleh dapat banyak pengajaran, antara yang paling nyata sekali ialah jgn bertanya terlalu banyak soalan lantas menyusahkan perkara yang mudah. Sifat inquisitive adalah sifat yang bagus, tetapi harus kena dengan tempatnye. Misalnya dlm pembalajaran, mmg penting untuk kita sentiasa clarify kite punya doubts. Sesuai dgn firman Allah: maka bertanyalah kepada mereka yang tahu apabila kamu tidak tahu. Ada juga pepatah cina: be a fool for a minute and ask a question, be a fool for the rest or your life when you do not ask it.

Jadi ana harap kita semua dapat mengambil pengajaran dari cerita ini. Wallahua’lam.



~siti rafidah~
Wednesday, November 1, 2006
Bismlillahirrahmanirrahim
Dengan namaMu Ya Allah aku memulakan bicara mengungkap segala yang terbuku di dalam dada

Assalamualaikum akhawat semua! Hee… Alhamdulillah, syukur dipanjatkan pada Yang Maha Esa kerana memberi peluang untuk hamba yang dhaif lagi hina ini, mengongsi cerita bersama antunna semua! Hamdan Lillah!

Hmm…Bila sebut pasal cerita menarik dalam Al-Quran…sememangnya setiap ayat pasti mempunyai ceritanya yang tersendiri kan? Tapi bagi analah kan…ana suka sangat cerita pasa nabi Yusuf alaihissalam, malah ana suka sangat surah Yusuf…. 

Cerita pasal surah Yusuf ni…ana suka part yang awal-awal surah itu…mengenai ceritacerita awal sejarah kehidupan Nabi Yusuf. Telah diceritakan di dalam Al-Quran, di dalam ayat 7 hingga 21 bahawa Nabi Yusuf merupakan seorang pemuda yang teramat cantik paras rupanya. Dan Allah telah membuktikan kekuasaanNya dalam kisah Nabi Yusuf dan saudara-saudaranya.

Bilamana saudara-saudara Nabi Yusuf berkata, “Sesungghnya Yusuf dan adik kandungnya lebih dicintai oleh ayah kami daripada kami, padahal kamilah sebagai tulang punggungnya,sesungguhnya ayah dalam kekeliruan yang nyata”. Jelas di sini bahawa saudara-saudara Nabi Yusuf, di dalam hati mereka ada terselit sifat cemburu dan iri hati terhadap saudara mereka sendiri.

Sifat inilah yang yang mendorong mereka melakar rancangan untuk menghapuskan Nabi Yusuf. Bermula dengan rancangan untuk membunuh, hingga akhirnya mencapai kata sepakat untuk membuang Nabi yusuf di dalam sumur (perigi) supaya dipungut oleh orang-orang musafir. Dilakukan segalanya, demi mengalihkan perhatian ayah mereka, denagn harapan segala perhatian akan tertumpah pada mereka.

Makanya setelah mendapat keizinan dari ayah mereka, mereka pun membawa Nabi Yusuf keluar bermain, lalu ditinggalkan Yusuf di dalam perigi dan mereka pulang membawa satu cerita pembohongan yang nyata, iaitu Nabi Yusuf telah dimakan serigala, dan pembohongan ini dikuatkan dengan baju Yusuf yang berlumuran dengan darah palsu. Berita ini sesungguhnya telah menyedihkan hati ayah mereka,dengan kesedihan yang teramat.

Pun begitu,ayah mereka tetap redha akan segala apa yang berlaku, dan ternyata rancangan saudara-saudara Nabi Yusuf untuk menghapuskannya menghadapi kegagalan, kerana penemuan sekelompok musafir akan Nabi Yusuf di dalam perigi itu, merupakan satu titik tolak, bermulanya babak baru di dalm kehidupan Nabi Allah itu.

Dan begitulah seterusnya…pengajaran dari cerita pendek ni yang ana dapat kongsi bersama ialah yang pertama : Jangan tanamkan sifat cemburu dan iri hati terhadap orang lain dalam hati kita, kerna sifat-sifat mazmumah seperti ini akan mendorong kita melakukan susuatu yang ditegah agama. Yang kedua : Jangan sekalai-kali bercakap bohong, kerna sesungguhnya azabnya teramatlah pedih, dan sesungguhnya ia menghapus kerpercayaan orang terhadap kita. Kita, sebagai manusia hendaklah berlaku jujur sentiasa, jangan samapi ada dusta di antara sesame manusia. Dan yang ketiga, bila menerima sesuatu yang menyedihkan, redalah, kerna sesungguhnya Allah maha mengetahui hikmah yang ada di sebalik setiap kejadian…

Sampai di sini saja dulu cerita yang ana mampu konsi bersama akhawat semua, hingga bertemu lagi..Assalamualaikum!

~DHIYAULHAQ~
Mengharap maghfirah Illahi,mendamba kebahagiaan abadi