Adik,
Sememangnya untuk meresapkan ketabahan dalam diri,
tidaklah semudah kita mengungkapkannya di hujung bibir…
Untuk mengabadikan sebuah keteguhan jua,
tidaklah semudah kita melafazkannya dengan suara merintih
Mampukah kita menjadi juara diatas setiap mehnah yang Tuhan hadiahkan pada kita?
Mampukah kita menjadi manusia yang masih terus kuat untuk berdiri walau ribut taufan datang dengan tiba-tiba?
Mampu atau tidak…
Semuanya itu… Terpulang pada diri kita!!
Adik,
Kadangkala kita lupa bahawa semakin hari kita semakin dewasa,
Kita lupa bahawa kita perlu mempersiapkan diri untuk menempuh gerbang dewasa
Agar setiap apa yang mendatang kita bersedia untuk menghadapinya
Kerana..
semakin kita dewasa, kita akan dihimpit dengan dugaan dan cubaan
semakin kita dewasa, kita akan didatangi kemanisan dan kepahitan
yang mana semuanya itu cukup luar biasa
cukup menduga kekuatan kita
cukup untuk membuatkan kita berserah diri pada keadaan
maka kita perlu punya hati yang utuh
jiwa yang kukuh
Agar kita tidak cepat melatah ketika di cubit bisa penderitaan
Jiwa tidak mudah rentung bila dibakar api kekecewaan
diri tidak jatuh terduduk bila di hempas ombak kegelisahan
Namun hakikatnya jiwa kita masih rapuh..
Kerana jiwa kita masih muda.
Kita mahu yang indah-indah
Kita suka yang mudah-mudah
Kita rasa hidup bila gelak dan tawa
Kita tidak mahu yang pahit-pahit
Kita tidak suka yang leceh-leceh
Kita tidak gemar pada yang sakit-sakit
Jelas….
Kita perlukan terapi untuk mengukuhkannya
Agar bila ia berbicara ia menyusun kata dengan iman
Agar bila ia terguris ia mudah diubati jua dengan iman
ketahuilah
Terapi hati kita adalah semangat para anbiya’
Terapi jiwa kita adalah al-Quran dan al-Sunnah
Umairah-sh
K8U 202 Ungku Omar,UKM
21 Mac 2007

Firman Allah yang bermaksud:
Kemudian aku(iblis) datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur.[7:17]
Faedah dari ayat tersebut:
Dalam ayat tersebut menyatakan bahawa iblis/syaitan datang kepada kita dari empat 4 penjuru;depan,belakang,kanan dan kiri.Kerana itulah apabila berdoa,kita digalakkan memperbanyakkan doa di dalam sujud kita(iaitu di bawah) dan mengangkat tangan serta pandangan kita ke atas(iaitu di atas) kerana syaitan tidak mendatangi pada kedua2 penjuru tersebut iaitu atas dan bawah.
~Dipetik dari kalam dari beberapa syeikh dan rujukan beberapa kitab tafsir dan lain lagi.
RENUNGILAH SAHABAT...
AKU SEBAGAI SI 'ALIM, TUNDUK KAKU MENELITI DIRI, MALU AKU AKAN HAKIKAT DIRI, DIPANDANG INSAN SEBAGAI BERISI, TAPI DIRI BAGAI RUMAH KOSONG PENUH SEPI...
AKU SEBAGAI SI 'ALIM, PUNYA SIJIL, BAKAL MEMPEROLEHI DIPLOMA DAN IJAZAH TINGGI, ULUMUL ISLAM, ULUMUL QURAN, ITULAH YANG DICEBURI. BERHABIS WAKTU DAN WANG DEMI IMPIAN SUCI. TAPI SAYANG MASIH BUTA DALAM MEMPRAKTIKKAN SYARI'AH ISLAM ITU SENDIRI...
AKU SEBAGAI SI 'ALIM, WALAU MENGERTI, TAPI KADANGKALA PURA-PURA TAK MENGERTI, MASIH SAMAR-SAMAR DALAM MENENTUKAN AURAT DIRI SENDIRI, MASIH BUTA DALAM BATAS PERGAULAN DENGAN INSAN AJNABIY, MASIH MEMANDANG SEBELAH MATA AKAN HAKIKAT DOSA DAN PAHALA...
YA ALLAH!!! AKU SEBAGAI SI 'ALIM(ORANG YANG MENGETAHUI) MEMOHON AGAR HIDAYAHMU SENTIASA BERSAMA DALAM MENUNAIKAN HARTA-HARTA YANG TERPATRI DALAM SOLAT LIMA WAKTUKU...
*KALAM INI NUKILAN BUAT SAHABAT-SAHABAT ..AGAR KITA MUHASABAH KEMBALI DIRI KITA TERUTAMANYA SEBAGAI HAMLATUL QURAN...
WALLAHUA'LAM
ARTIKEL UTK DIKONGSI BERSAMA..M0GE KITE DAPAT MANFAATNYE! JAGE DIRI, JAGE IMAN SEMUA~

Subscribe to:
Comments (Atom)