Ayat pembatal sihir

Wednesday, November 30, 2005
Bismillah

Bertemu kembali Pelajar-pelajar banat tahfiz yang ustzh kasihi dan juga kpd mrk2 yang sering menjenguk ke blog ini.

Kelmarin ustzh ada berkongsi dgn semua ttg ayat-ayat syifa' . Dan pada hari ini, ustzh ingin berkongsi pula tentang, ayat-ayat yang mampu membatal kan sihir yang dikenakan atau dihantar kepada sesiapa yang menderita sakit sihir.

Berikut adalah ayat-ayatnya:

1)Al-A'raf : 117-121
2)Yunus : 80-82
3)Toha : 69


Semoga bermanfaat :)
wslm

Ustzh Sakinah

Pengalaman menarik!

Sunday, November 27, 2005
Ustaz Farhan ini adalah bekas pelajar darul quran,JAKIM sewaktu ustazah belajar di sana, kira senior ustazahlah...
ikutilah kisah beliau..

Perjalanan Farhan Menuju Islam

Assalamualaikum.......
kisah benarKisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragamaKristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluargaKristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatukawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalamberbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/==. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka danBantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dsn. Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat! RM3,000/== setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih di alam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran AgamaIslam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran inisetanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 sayabelajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam. Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah cikgu..."Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas namaIslam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian ,agama saya". Saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;- - Mengapa orang Islam sembah kaabah -Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit. -Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad. -Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan. Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya. Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat. - Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya' datang ke rumah. Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Di samping mengulang kaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. Saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubahHitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Di samping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta ,saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata," mengapa Johanis....awak mengigau...." Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu. Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya.

Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluargasaya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar diSabah. Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan sayaNazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun say adi PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijilAl-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya s edih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar diPERKIM saya selalu telefon ayah ,emak dan adik beradik saya. Saya katakanajangan bencikan saya. Saya sayang ayah. Saya sayang emak. Saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat. Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama Islam. Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama........YaAllah betapa agungnya kekuasaanMu....Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian. Kita ambil contah Pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,"You apa tahu...Islam pun baru setahun jagung....." Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam. Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentangIslam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang.

Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam. Apa tauliah awak, mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura nak belajarIslam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...ada yang pura-pura masukIslam....dan dimurtadkan. Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling Bimbang di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.

tolong fowardkan ... demi islam... demi agama yang tercinta

khas buat ustazah Mariam =)

Sunday, November 20, 2005
...Selamat berjaya...



Dikesempatan ini,Kami,AhlulQuranPTS ingin merakamkan jutaan terima kasih atas jasa dan bakti ustazah Mariam kerana sentiasa menyokong aktiviti2 kami dan bersama-sama dgn kami menjayakannya. Semoga hubungan ini akan dipelihara Allah. Hanya Allah saja yg mampu membalasnya.Kami doakan yg terbaik untuk ustazah dan semoga ustazah berjaya dalam apa jua bidang yg diceburi nanti.dan berjaya mencapai apa yg dihajati.


Yang bakal merinduimu,
BanatPTS

Buat Sahabat..

Assalamualaikum,
Ni ana baru first time tulis di blog ini.tergerak hati ana hendak tulis,memandangkan sekarang ana tengah ada free time lebih baik ana tulis,

"Bertemu dan berpisah adalah kerana-NYA"memang ana tak nafikan,baru sahaja kak Halimah meninggalkan kita,sekarang kak Mariam..apa-apa pun ana ucapakan semoga antuma berjaya dalam mencapai cita-cita antuma...Walaupun pertemuan ini sekejap aje tapi ana dapat rasakan ukhwahnya,yang ana tak dapat di sekolah...Antuma juga pernah menjadi pendidik ana....:)

Terima kasih kepada kak mariam atas segala nasihatnya tentang al-quran..:)Bertemu dan perpisah adalah kerana-NYA,jika di dunia kita tak dapat bertemu,insyaallah di akhirat ameen :)

khas buat kak MARIAM,
dari S_A_Z

di mana para huffaz kita???

Friday, November 18, 2005
Assalamu alaikum semua..nlnm's here!

mlm nie ana nk tulis pasal satu persoalan yg ana dah lama jugak terpikir. the topic's obviously obvious, so i'll just go straight to the point.

biler ana gunekan perkataan 'huffaz' nie..ana maksudkan ialah org2 yg hafal quran.. DAN mantap hafalannye..istiqamah orangnye. bukan pelajar2 tahap 'hingusan' (maaf, bahase agak kasar..maksud ana 'freshie' atau 'biase').

point kedua: kt singapore nie dah byk jugak kelas2 tahfiz dibukak. betul tk?? bagus lah mcm gitu..kesedaran n tanggungjawab untuk mula hafal quran tu dah ade dlm masyarakat Islam kita.

TAPI..ana terpikir2 klw singapura sudah 'melahirkan' para huffaz?? tk usahlah ckp pasal ustaz2 n ustazah2 yg mapan..yg ana nk focus-kan kt sini ialah huffaz of the third generation. hmm...blm ade lagi ke??? masih dlm proses???

you know, what im thinking right now is that..kite hafal quran tp tk reflect diri kite nie hafal quran. yeah, that's exactly what im thinking. do you people agree with this statement?

let me take an example. me. myself n I.

ana seorg pelajar tahfiz..dlm proses untuk mengkhatamkn quran..lagi beberape juz nk selesai..maknenye, dah byk lah ayat2 yg ana dah hafal..tp ana SUNGGUH tk berbangga dgn pencapaian ana. sbb ape???? ana tanye diri sendiri,"eh! awak tu amalkan ke ape yg awak pelajari dr ayat2 quran yg awak hafal? awak dah bentuk diri awak berlandaskan ape yg awak hafal dlm quran?? ayat2 mengenai akhlak, mu'amalah..etc..awak dah ambil pengajaran drpdnye dan apply kt dlm kehidupan sehari-hari?!"

"hah! jawapannye mesti tak kn! eh, saye tahu lah awak nie orgnye mcmane! hari2 berazam nk jd hafizah yg baik..n bentuk diri dgn quran..tp tkde beza pon! awak maseh dgn peribadi awak yg..yg..ntahlah..dan maseh dgn kelakuan awak yg tk baik! maseh sakitkn hati org! maseh mengumpat org! maseh tk jujur! jd apekah bukti yg alquran telah memberi kesan yg baik terhadap diri awak?! alquran should've been reflected in you by now."

itulah antara dialog hati ana yg kdg2 bermain dlm diri nie.

hmmm...what im trying to say is that some of us are memorizing the quran merely as "another thing we have to memorize". of course, sometimes we do feel that our well being is more...umm..protected, by the quran. since we memorize the quran, we come/begin to learn about its content n wisdom. n yet, some of us see but do not perceive, look but do not observe, read but do not understand deeply, know but do not learn..

n im not ashamed to say that i am 'one of them'.

ana kdg2 kurang ajar dgn ibubapa n guru, sedangkan alquran kate jgn. ana berkasar dgn org, insensitive..sedangkn alquran suruh berlembut..bersabar.. ana kdg2 tk ghaddul basar, n tk kawal nafsu (mkn n ammarah bissu')..sedangkn alquran suruh tahan..hindarkan..

sungguh ironic, ana selalu ckp pada diri sendiri, hafal quran tp perbuatan mcm org tk hafal quran, tk tau ilmu quran, tk tau isi quran. perangai same je mcm kawan2 yg tk hafal quran! sedangkan bila seseorg tu dah hafal quran, dia dah jd org lain. org yg lebih berakhlak, berilmu, beriman dan seterusnye, bertakwa. tp biler ana tgk diri sendiri..hai! mcm tk de perubahan pon..?!

ini maknenye, ana tk hayati ape yg ana hafal! setakat hafal..masuk dlm otak..tasmi'..dah habis cerite! jahat betulkn ana nie? tau nk cepat hafal..cepat khatam je!

ana tk salahkn sape2..in fact, mmg ana sendiri yg salah..sepatutnye ana lawan bisikan dan pekikan syaitan yg ade kt sebelah ana nie, n terus berusaha SUNGGUH2 untuk ubah diri supaye menjadi seorg hafizah sepertimana yg ana definisikan tadi.

dan ana tau, dah ramai jugak pelajar yg hafal quran. so, im pointing the question to you: are you really a hafiz/hafizah??? or are you facing the same problem as me???

sadly though, as the number of students enrolling into (or 'in'???) tahfiz centres rises, the number of students staying in those centres to continue the quest is decreasing. well, correct me if im wrong, but that's what i notice. i dont need to pull out evidence to support my statement..im merely speaking my mind.

so where's the huffaz?? beneath whatever facade..i hope there are diamonds somewhere. meski tertimbun dalam tanah, namun teras timbul juga. (cewah~gunekan peribahasa nmpk! tp ana rase ianya sungguh tk kena dan tk relevan dgn topik nie! uMmMmMMMmm..)


**bila ana baca balik ape yg ana dah tulis nie...ana sendiri tk pasti klw ana dpt sampaikan idea ana dgn baik atau tidak. im not even sure if this entry's content is relevant to it's topic..mcm terkeluar tajuk je. hmm..tu mmg kelemahan ana..tp tk kisah lah ye? asalkn ade isi yg korg dpt fahami n ambil faedah drpdnye, ana puas hati :)

Ustazah pun nak berkongsi.....

Thursday, November 17, 2005
Kalau ku ikut hati yang baran
Segalanya akan musnah
Kalau ku turut hati yang sakit
Segalanya akan punah
Adakah hatiku yang cuba kusulami kalimah Allah diuji?!
Rasa baran datang tanpa alasan
Rasa tertekan menyelubungi tanpa arahan
Rasa benci, khuatir, takut
Datang silih bergantian.
Kenapa?
Tidak kuatkah hatiku ini?
Lemahkah aku?
Sukar untuk kulafaz dengan kata-kata
Sukar utk kulukis menjadi potret penuh makna
Apa yang pasti segala yang berlaku begitu abstrak
Mampu dilihat tapi sukar untuk ditafsirkan
Apa yang tersirat disebalik yang tersurat?!!

7.7.2000


A’kum pelajar-pelajar yang dikasihi.Kalau antunna nak tahu,itulah luahan perasaan ustzh ketika mula-mula masuk maahad tahfiz Melaka.Tak silap ana berdasarkan tarikh yang ditulis pada luahan tersebut, mungkin 3 minggu ataupun sebulan selepas mendaftarkan diri. Ustzh tahu ramai juga yang dah maklum ttg sejarah bermulanya ana didalam bidang tahfiz. Tapi seperti kata Ustazah Mariam, bagi meraikan ‘projek blog’, ana dgn senang hati ingin berkongsi pengalaman tersebut.

Untuk makluman semua, ustzh memasuki bidang tahfiz bukan kerana minat. Malah tak terlintas langsung didalam pemikiran untuk menghafal al-Quran apatah lagi mempunyai keinginan. Ana tidak mempunyai galakan daripada mana-mana pihak walaupun dari mak dan abah. Memasuki bidang tahfiz sekadar ingin mencuba satu bidang yang baru. Bosan melihat orang lain asyik masuk bidang syariah, usuluddin, dan bahasa arab, maka dgn penuh beraninya ana ingin mencuba bidang tahfiz.

Bila pertama kali menjejakkan kaki di bumi maahad, dan melalui minggu orientasi, ustzh menjadi bingung dan agak terkejut. Bila diperingatkan ttg beratnya menjadi hamlatul quran, besarnya tanggungjawab pada al-Quran dan mengi’adahnya, ana bertanya pada diri sendiri, benarkah ini pilihan hati ana. Sanggupkah ana melalui hidup sebagai seorang hafizah yang bakal menyandang tanggungjawab yang begitu berat? Ana juga bertanya2 dalam diri, mungkinkah ana tersalah pilih course? Betul ke ana nak teruskan dalam bidang ini?. Ana berasa cukup tertekan dan nak menangis semahunya. Apatah lagi ditambah dgn satu budaya hidup yang baru iaitu jauh dari mak dan abah, dimana rindu itu sering menyelubungi jiwa dan setiap perkara harian perlu dilakukan sendiri seperti membasuh pakaian dan memasak.

Ustzh rasa begitu lemah sekali saat itu, untuk teruskan atau tidak. Akhirnya, ana teruskan juga kerana bimbang akan menyusahkan mak dan abah. Perlahan-lahan ana menghafaz dari juz 1. menghafaz dan terus menghafaz….

Alhamdulillah, semakin hari ustzh semakin memahami ‘dunia hifzul Quran’. Ustzh Semakin sayang dgn hafazan al-Quran. Walaupun byk perkara yang berlaku di sekeliling ana adalah diluar jangkaan, ana ttp bersyukur dan sering berkata pada diri sendiri, bahawa ana perlu tabah menghadapi setiap sesuatu yang berada diluar jangkaan ana. Yang penting ana dan jiwa ana akan sentiasa ingin terus bersama al-Quran, dalam masa yang sama mentarbiyah diri kearah yang lebih baik.

Banyak perkara yang ustzh pelajari, dalam fatrah menghafaz al-Quran. Paling byk yang ana pelajari ialah bagaimana mendidik diri agar menjadi seorang muslimah yang benar-benar motivated dan SABAR. Kerana, tidak byk pengalaman yang indah selama 3 tahun di maahad tahfiz. Dugaan demi dugaan terlalu kerap menjenguk dalam usaha ana menghafaz al-Quran. Walau perit dan sakit bagaimana sekalipun, ana teruskan. Alhamdulillah dgn izin Allah s.w.t, ana mendahului rakan-rakan lain apabila Allah takdirkan ana mengkhatamkan al-Quran dalam masa 2 tahun setengah. Subhanallah, yang mentadirkan dan mengaturkan perjalanan hidup insan dgn begitu indah.

Pelajar-pelajar yang ustzh kasihi, bila ana bandingkan pengalaman ana menghafaz al-Quran dgn antunna, ana rasa antunna sudah cukup beruntung.Walaupun sekadar menghafaz al-Quran sebagai pelajar separuh masa, tetapi kebanyakkan antunna bermula kerana minat yang mendalam utk menghafaz, disertai pula dgn galakkan dari ibubapa. Ditambah dgn kemudahan yang sedia ada didepan mata, begitu juga dgn ukhwah fillah antunna yang terikat kukuh dgn indahnya.

Tv , radio dan segala maksiat yang berlaku disekeliling antunna bagi ustzh bukanlah satu masalah. Kerana kalau jadi pelajar tahfiz sepenuh masa pun belum tentu tv, radio dan maksiat, dapat dijauhkan dari hidup kita. Semuanya bergantung pada diri sendiri, sejauhmana kita berusaha dalam menjaga diri, hati, dan syariat Allah s.w.t. Seperti biasa nasihat ustzh, andai kita dah letak TAQWA dalam hati, dimana sahaja kita berpijak, InsyaAllah kita akan menjadi insan yang tahu menjaga diri dan selalu berada didalam syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Pelajar yang ustzh kasihi, ketahuilah hanya mereka yang terpilih diberi peluang menghafaz al-Quran. Justeru itu, antunna adalah yang terpilih, jangan sia-siakan peluang yang ada, apabila kamu sudah menjadi yang terpilih, maka jadikanlah diri kamu yang terbaik. Yang terbaik dalam menjadikan diri kamu seorang muslimah mukminah yang bertaqwa dan insya Allah, seorang hafizah yang sebenar-benarnya.


"Ya Allah ...jagalah hati-hati kami agar sentiasa tenang,dibawah lembayung kalimah agung Mu... Al-Quran"

sifat org yg berilmu

Wednesday, November 16, 2005



Surah Isra' [107]
Katakanlah: Sama ada kamu beriman kepadanya atau tidak; sesungguhnya orang yang diberi ilmu sebelum itu apabila dibacakan Al-Qur'an kepada mereka, mereka segera menumuskan muka dengan sujud.

Ayat-ayat syifa'

Assalamualaikum pelajar-pelajar yang dikasihi,
Disini,Ustazah ingin berkongsi ayat-ayat al-Quran yang dikenali sebagai ayat-ayat syifa’(ayat-ayat penyembuh). Ayat-ayat ini boleh digunakan untuk dibaca ke dalam air atau kepada diri dan orang yang sakit. Semuga bermanfaat.


Ayat-Ayat Shifa

1)At-Taubah: 14 - 15

2)Yunos: 57

3)An-Nahl: 67 - 69

4)Al-Isra: 82

5)As-Syu’ara: 75 - 80

6)Al-Fussilat: 44

ustazahSakinah

sEJaRAh-Masok pekse ni

pasti dan pasti, ramai yang da tahu cerite pasal ana. Tp untuk meraikan project blog kita, dan untuk 'disemadikan' kisah ini di blog ni agar dapat dikongsi bersama pengalaman yg ada, dan kalo tak pon jadi kenangan antunna jelah. Semoga Allah memelihara kita agar tetap berada diatas jalanNYa.

Ana tak kuat dalam hafalan. Plajarn skolah kbiasaannya, ustzh ana mmg faham sgt, pelajaran yg perlukan hafalan jarang ana score. Fav subject ana cuma yg perlukan kefahaman seperti, Nahu, Saraf, maths. (jgn ikut tau) Bg ana(hihi) kesilapan besar pd system pembelajaran kita kerana yg dapat no. 1 hanya kerana kuat mhafal dan jawapan yg lain drpd buku tidak diterima. (ke agaknya ana ni pemalas)

Sejak darjah 3, ana ada menyertai kelas tarannum(Ustazah Zaleha)..masa tuu, kra suke2 je. Tp tk sangka, walopon takdelaa pandai pon tarannum, tp minat kepada al-quran tuu amat mendalam. Kat umah plak, setiap lepas isyak kene baca juzu' 30 ramai2. 1 juzu' tau. walopon masa tuu merungut& tk ikhlas tp, hafalan ana sejak drjah 4 utk juzu' 30 mmg lancar. tebuklah ayat mana pun atau surah mana pun. Sejak drjah 4- men. berapa( tak pasti) setiap tahun ana menyertai musabaqah tahfiz di masjid al-ansar. (Hafizah Watib ingat lg tak?) Ana kenal hiya kat situlaa sebenarnya.
Utk pekse kat sekolah madah al-quran insyaAllah full-mark..ceh atau kurang 1-2-3 markah..

masa sec 3, (Pts br mula) bila dengar macam bminat. tp ada masalah kewangan. Masa sec 4, adek ana nak masuk, ana pula rasa macam berat, pasal ada STE & O'level. Jd ana tk isi borang. masa adek ana dipanggil intrview, ana yg aangkat tepon & ustazh Hudatanya kenapa ana tk masuk sekali? Kuasa Allah, malu kerana jawapan pekse yg menghalang ana pegi kelas quran ana pun bagi nama dan dtg interview.

Masa intrview masa tuu, ramai2. Al-hamdulillah, sume berjalan lancar. Akhirnya ana dapat ikuti kelas tahfiz prog C, 2 kali seminggu, sebelah malam 7.30-9.30.

teng..teng..teng..satu kejadian aneh berlaku.. buat julung2 kalinya, ana dapat top 3 dalam kelas-peperiksaan terakhir kat sekolah. Sesuatu yg mustahil bg ana. Walaupun esoknya ada peperiksaan, ana tk tergamak nak ponteng kelas tahfz, ana rasa bagi ana masa tuu, kebahgiaan hanya apbila bsama dgn Quran. Nikmatnya bangun bagi, khas utk Quran. Hafalan dan kefahaman ana meningkat.. Nikmatnya apabila mengulangkaji atau menghafal pelajaran hanya selepas membaca Quran. Ketenangan yg tak dapat dibayangkan dgn perkataan! Ana tk teringat pasal peperiksaan. Ana rasa tenang bila menjawab peperiksaan. Terasa Allah bantu je setiap perkara yg ana lalui. NIKMATNYA!! ana rindu saat tuu, dalam bas baca quran, sebelum tidur dgn quran..

......dan akhirnya, ana pasti kejayaan utk kehidupan kita, hanya apabila kita kembali kepada panduan yg diberikan Allah kepada kita, tanda kasih sayang Allah pada kita..ajaibnya mukjizat Rasulullah. tp kenapa kita melarikan diri darinya??

Mengkhatamkan Al-Quran dalam setiap bulan

Tuesday, November 15, 2005
Dari Abdullah Bin Amr, ia berkata: Rasulullah S.A.W bersabda, kepadaku: “Bacalah (khatamkanlah) al-Quran setiap bulan.” Abdullah bin Amr menjawab: “Aku mampu lebih dari itu.” kemudian Rasulullah S.A.W bersabda: “Bacalah (khatamkanlah) al-Quran setiap tiga kali sehari.” (1)

Metod mengkhatamkan al-Quran dalam setiap bulan:

Meluangakan waktu sejenak sekitar 10 minit yang membolehkan kita untuk membaca dua muka surat sebelum solat atau sesudahnya.

Maka dalam sehari kita membaca 10 muka surat atau 20 halaman, ini bermakna kita telah dapat membaca satu juzuk.

Dengan metod ini, Insya Allah akan mudah untuk kita mengkhatamkan al-Quran dalam setiap bulan. (2)

Selamat mempraktikkan sunnah mengkhatamkan al-Quran dalam setiap bulan. Bittaufiq wan najah.

Ustazah Sakinah

(1)Hadith riwayat Abu Daud (no.1391). Lihat Shahih Sunan Abi Daud (no.1258).
(2)Dipetik dari buku: Aksar min alfi sunnatin fil Yaum wal lail, Khalid Al-Husnain. Penerbit: Dar Balansiyah li An-nasyr Wa At-Tauzi’, Riyadh-Saudi Arabia.Cetakan keempat, 1424H. Terjemahan: Lebih dari 1000 amalan sunnah dalam sehari semalam, Zaki Rumawan, pustaka Imam Asy-Syafi’I,cetakan pertama, Bogor, Jun 2004.Hlm:167-168.

SaHaBat




Selama ini, ku mencari2, teman yg sejati, buat menemani, perjuangan suci.. bersyukur kini padamu ilahi, teman yg dicari selama ini telah ku temui!!

Dengannya disisi, perjuangan ini, senang diharungi bertambah murni kasih ilahi..
kepadamu teman, teruskan perjuangan, pengorbanan dan kesetiaan, telah ku ungkapkan segala2nya..

itulah tanda kejujuran kita..

salam perjuangan dr kami,
ahlulquran pts, buat sahabat kami yg tercinta HALIMAH

Kelebihan menundukkan Pandangan

Wednesday, November 9, 2005


Terjemahan:

-Dgn mengikut perintah Allah s.w.t,Seorang hamba itu mendapat kebahgiaan di dunia dan di akhirat

-Ia merupakan penghalang dari sampainya kesan panah yg yg beracun ke dalam hati kita,yang dimana jika sampainya ke hati kita,membuatkan hati kita lupa pada Allah.(tambahan:Seperti yg kita tahu,pandangan pd yg bukan mahram dgn sengaja adalah salah satu panah syaitan yg beracun)

-Hatinya memperolehi nur(cahaya) kerana pandangan ini membuatkan hati kita gelap.

-Dikurniakan hamba itu firasat yg benar(yg dtg dari Allah s.w.t)yg dapat membezakan antara yg haq dan yg batil.

-Ia menghalang syaitan dari masuk ke hati krn pintu2/ruang2 besar utk mereka masuk adalah melalui pandangan mata.

-Ia mengkosongkan hatinya utk berfikiran yg baik2 dan sibuk dgnnya.(Maksud:sentiasa berfikiran yg baik2,tiada khayal2)

~jika baik pandangan seorang hamba itu,baiklah hatinya.Jika rosaknya pandangan,maka rosak lah hatinya.

Sepertimana yg ALLah telah berfirman yg bermaksud:

Dialah yg maha mengetahui mata2 yg mengkhianat dan apa yg tersembunyi didalam hati.

Sebagai seorang yg menghafal KalamNya,diantara yg terpenting yg perlu kita jaga adalah mata kita ini.kerana ia memberi kesan yang teramat kepada hafalan kita.Jadi,sama-samalah kita menjaga mata kita dari pandangan2 yg dimurkai Allah s.w.t agar mata kita ini dikurniakan cahaya NYA.

Besar sungguh kepentingan Alquran!!

Saturday, November 5, 2005




-----------------------------------مقــدمــة----------------------------------------
Kini giliran ana untuk menceritakan sedikit sebanyak pengalaman ana sebelum dan selepas memasuki suasana hafalan Alquran (seperti mana yg dikehendaki oleh moderator bagi setiap ahlulquran pts lakukan iaitu "projek Blog")
-segala kesilapan dari segi tutur bahasa mahupun apa saja boleh ditegur.
-ingin juga dimaklumkan bahawa ana tidak menggunakan 100% bahasa melayu baku..
-knapa?sebab nk cepat type dan agr dpt feel sket bile menaip..syu'ur mesti ade..:p
************************************Selamat membaca**********************************

Proses menghafal alquran sebenarnya dah lama ana mulakan sejak dari sekolah makan atau lebih ma'ruf dgn gelaran kindergarten di PPIS.Kat sana ana dah start hafal surah2 pendek seperti Alfatihah,Annas,AlFalaq dan mcm2 lagi.
waktu tuh,seingat ana sedikit pon ana tak phm maksud kalam Allah tuh,dan tak tau pon apelah tujuan hafal2 surah2 ni..semata2 krn ingatkan yg nilah namanye sekolah..
tulis2,hafal2 dan sebagainya...

Kemudian beralih pula ke sekolah betol(bkn sekolah mkn2 lagi)...kat madrasah ustazah ana dah mula terangkan sket2 tujuan hafal,makna2 ayat dan mcm2 lagi.tapi dah namanya bdk..manelah nk amek serius bab2 ni smua..ustazah suruh hafal,hafal jelahh..
takot nanti ustazah marah..kat madrasah juga ana dah mula masok musabaqoh hafalan alquran peringkat kelas2..mase tuh dah semangat sket nk hafal btol2..sbb tgk org lain hafal kite pon terikut nk hafal kan...yg bes nye lagi time kecik2 tuh hafal btol supaya dpt hadiah..hah pernahlah sekali ana time tu pri 1 ntah ana menang ape ntah(dah lupe!)ustazah ana bagi ana alquran juz 30 kemudian dia sisipkan nota bertype yg bertulis "Ustazah doakan agr kamu membesar menjadi manusia yg mentadbir hidupmu berasaskan Alquran & Assunnah"
Ana masih simpan nota tuh dan ana tampal pade alquran ana (last page) sebagai pembakar smangat ana dlm menghafal alquran...Allahu Akbar!
(Bagi sesape nk tgk,silalah jumpe ana yer..;p)

Masa berlalu..sewaktu di peringkat menengah di madrasah yg sama..(anak jati;p)
ana agk berminat utk join tahfiz,tak salah mase tu thn 2002..tp tak tau katne ade kelas tahfiz nih..dan kebetulan pule waktu tuh,kat suratkhabar ade promote pusat tahfiz iaitu masjid Kampung Siglap..mak ana pon menyuarakan hasrat dia nk registerkan ana kat situ memandangkan ana minat nk join tahfiz.Tapi,bile tgk add masjid tuh..fuh Marine Parade???ana tgl woodlands..jauh jgk kan..pulak tuh baru sec2.
jadi mak ana kata takpayah lah,carik yg dekat siket..
mlmnye plak(tak salah ana) bpk ana bwk khabar gembira yg kat masjid Omar kg melaka pon ada bukak kelas tahfiz kat sana..
pada thn 2002 tuh,permohonan ana ditolak krn ana belom khatam bacaan.
pada thn 2003 setelah ana khatam,ana cuba lagi skali dan Alhamdulilah...
ana diterima..dan disitulah bermulanya perjuangn menghafal alquran.

2 tahun ana di Masjid Omar,sempat menghafal 10 juzu'.itupon tak istiqomah kehadiran ana sbb penatlah,ngantoklah dan mcm2 lagi...:(
pada tahun lepas (2004),ana betukar ke Pusat Tahfiz Spura di Masjid kg siglap
krn agk tertarik dgn jadual kehadiran iaitu sebanyak 2 kali seminggu berbanding seminggu sekali(pd hari ahad) di masjid Omar kg melaka.
Dan sehingga kini ana masih di PTS insyaAllah sehingga khtama nanti.
Kat Pts ni lebih byk pelajar2 banatnya tp kurang dari madrasah ana,jadi kene saling berkenal-kenalan lah..hehe..Ramai!btol!lagi2 dr madrasah Almaarif..dan skrg pelajar dari mdrasah wak tanjong pon makin bertambah!!..wah..meriah!
Dari segi perjalanan hidup ana nih,ana dpt rasakan advantage menghafal alquran,
krn dgn menghafalnya akan membuka hati kita menjadi terang dan mudah memahami sesuatu pelajaran ,ianya juga membuatkan kita petah berkata2..maksudnya tidak gagap krn bile kite membaca Alquran tanpa melihatnya(iaitu menghafal)bermakna kite seperti bertutur dlm bahasa arab.bahasa arab adalah bahasa yg sukar utk sesorang menguasainya kecuali dgn selalu membaca&menghafal Alquran(itu kata ustaz ana di madrasah)Inilah rahsia bagi setiap hafizatul quran.

jadi ana hrp kpd smua pembaca tak kira dr pelajar2 tahfiz atau tidak..sayangilah alquran krn dgnya hidup kita lebih terurus dan sentiasa dlm penjagaanya krn disebut dlm surah yusuf "والله خير حافظا"yg bermaksud:Allah lah sebaik2 penjaga.
Pesan ustaz di tahfiz,sekali kita buang alquran dr hidup kita ianya tdk akan dtg kembali pd kite kecuali dgn izinNya..jdkan alquran sebagai teman yg paling akrab dlm hidup kita walau dimana saja kita berada..
ini adalah kata2 nabi yg menjadi pegangan ana utk sentiasa mendampingi Alquran ,
Sabda rasullulah sallaho'alaihi wasalam :"Sesungguhnya Allah mengangkat martabat sebahagian org dan merendahkannya dgn sbb AlQuran.."

Dan,pesanan terakhir ana..kalau kite menghafal alquran tak kiralah dah khatam ke blom,tahfiz ke tak..yg penting stiap org islam yg dah Akil dan Baligh ade tanggungjwb terhadap alquran jadi elakkan BGR..ianya akn menimbulkan maksiat hati,mata dan mcm2 lagi..sucikan hati dgn bacaan Alquran.itulah perbezaan kita (org yg menghafal alquran)dgn mrk yg tidak.Ingat!tanggungjwb kita berat!..

-------------------------------------تـــمــت---------------------------------------
Wallahu'alam.
الفقيرة إلى عفو ربها...

Selamat menyambut lebaran




نفســي تـتــوق إلـى اللـقـاء :: فإنه يزداد عند لقائكم إيماني ..
ما أطيب العيش الرغيد بإخوة :: سكنوا الفؤاد وبددوا أحزاني ..
سأكـون حافظــا ومحـبـا لهـم :: حبا ينجينا من الخسرانِ ..
أرجــو الإلـه بفضـلـه وعطائـه :: جمعا وإياهم بخير جنانِ ...




تمر الأوقات ..
وتبعدنا المسافات ..
وتبقى القلوب خافقة بأصدق المشاعر ..
فترسل لمن تحب خالص الدعوات ..
اللهم كما قرّبتَ بين أرواحنا قرّبنا للعمل الصالح الذي يرضيك ..
واجعلنا إليك أشد افتقارا وفي فردوسك الأعلى إخوانا ..


عسى عيدك مبارك وأيامك تتبارك والجنة تكون دارك والنبي يكون جاري وجارك


كثيرون هم الذين نلتقي بهم فيذهبون ..
وقليلون هم الذين يحتكرون الجلوس على ناصية القلب "احتراما" و "حبا" ..
ثقن أنكن من القليلين ..
أحبكن في الله

Halimah87