Ustazah pun nak berkongsi.....

Thursday, November 17, 2005
Kalau ku ikut hati yang baran
Segalanya akan musnah
Kalau ku turut hati yang sakit
Segalanya akan punah
Adakah hatiku yang cuba kusulami kalimah Allah diuji?!
Rasa baran datang tanpa alasan
Rasa tertekan menyelubungi tanpa arahan
Rasa benci, khuatir, takut
Datang silih bergantian.
Kenapa?
Tidak kuatkah hatiku ini?
Lemahkah aku?
Sukar untuk kulafaz dengan kata-kata
Sukar utk kulukis menjadi potret penuh makna
Apa yang pasti segala yang berlaku begitu abstrak
Mampu dilihat tapi sukar untuk ditafsirkan
Apa yang tersirat disebalik yang tersurat?!!

7.7.2000


A’kum pelajar-pelajar yang dikasihi.Kalau antunna nak tahu,itulah luahan perasaan ustzh ketika mula-mula masuk maahad tahfiz Melaka.Tak silap ana berdasarkan tarikh yang ditulis pada luahan tersebut, mungkin 3 minggu ataupun sebulan selepas mendaftarkan diri. Ustzh tahu ramai juga yang dah maklum ttg sejarah bermulanya ana didalam bidang tahfiz. Tapi seperti kata Ustazah Mariam, bagi meraikan ‘projek blog’, ana dgn senang hati ingin berkongsi pengalaman tersebut.

Untuk makluman semua, ustzh memasuki bidang tahfiz bukan kerana minat. Malah tak terlintas langsung didalam pemikiran untuk menghafal al-Quran apatah lagi mempunyai keinginan. Ana tidak mempunyai galakan daripada mana-mana pihak walaupun dari mak dan abah. Memasuki bidang tahfiz sekadar ingin mencuba satu bidang yang baru. Bosan melihat orang lain asyik masuk bidang syariah, usuluddin, dan bahasa arab, maka dgn penuh beraninya ana ingin mencuba bidang tahfiz.

Bila pertama kali menjejakkan kaki di bumi maahad, dan melalui minggu orientasi, ustzh menjadi bingung dan agak terkejut. Bila diperingatkan ttg beratnya menjadi hamlatul quran, besarnya tanggungjawab pada al-Quran dan mengi’adahnya, ana bertanya pada diri sendiri, benarkah ini pilihan hati ana. Sanggupkah ana melalui hidup sebagai seorang hafizah yang bakal menyandang tanggungjawab yang begitu berat? Ana juga bertanya2 dalam diri, mungkinkah ana tersalah pilih course? Betul ke ana nak teruskan dalam bidang ini?. Ana berasa cukup tertekan dan nak menangis semahunya. Apatah lagi ditambah dgn satu budaya hidup yang baru iaitu jauh dari mak dan abah, dimana rindu itu sering menyelubungi jiwa dan setiap perkara harian perlu dilakukan sendiri seperti membasuh pakaian dan memasak.

Ustzh rasa begitu lemah sekali saat itu, untuk teruskan atau tidak. Akhirnya, ana teruskan juga kerana bimbang akan menyusahkan mak dan abah. Perlahan-lahan ana menghafaz dari juz 1. menghafaz dan terus menghafaz….

Alhamdulillah, semakin hari ustzh semakin memahami ‘dunia hifzul Quran’. Ustzh Semakin sayang dgn hafazan al-Quran. Walaupun byk perkara yang berlaku di sekeliling ana adalah diluar jangkaan, ana ttp bersyukur dan sering berkata pada diri sendiri, bahawa ana perlu tabah menghadapi setiap sesuatu yang berada diluar jangkaan ana. Yang penting ana dan jiwa ana akan sentiasa ingin terus bersama al-Quran, dalam masa yang sama mentarbiyah diri kearah yang lebih baik.

Banyak perkara yang ustzh pelajari, dalam fatrah menghafaz al-Quran. Paling byk yang ana pelajari ialah bagaimana mendidik diri agar menjadi seorang muslimah yang benar-benar motivated dan SABAR. Kerana, tidak byk pengalaman yang indah selama 3 tahun di maahad tahfiz. Dugaan demi dugaan terlalu kerap menjenguk dalam usaha ana menghafaz al-Quran. Walau perit dan sakit bagaimana sekalipun, ana teruskan. Alhamdulillah dgn izin Allah s.w.t, ana mendahului rakan-rakan lain apabila Allah takdirkan ana mengkhatamkan al-Quran dalam masa 2 tahun setengah. Subhanallah, yang mentadirkan dan mengaturkan perjalanan hidup insan dgn begitu indah.

Pelajar-pelajar yang ustzh kasihi, bila ana bandingkan pengalaman ana menghafaz al-Quran dgn antunna, ana rasa antunna sudah cukup beruntung.Walaupun sekadar menghafaz al-Quran sebagai pelajar separuh masa, tetapi kebanyakkan antunna bermula kerana minat yang mendalam utk menghafaz, disertai pula dgn galakkan dari ibubapa. Ditambah dgn kemudahan yang sedia ada didepan mata, begitu juga dgn ukhwah fillah antunna yang terikat kukuh dgn indahnya.

Tv , radio dan segala maksiat yang berlaku disekeliling antunna bagi ustzh bukanlah satu masalah. Kerana kalau jadi pelajar tahfiz sepenuh masa pun belum tentu tv, radio dan maksiat, dapat dijauhkan dari hidup kita. Semuanya bergantung pada diri sendiri, sejauhmana kita berusaha dalam menjaga diri, hati, dan syariat Allah s.w.t. Seperti biasa nasihat ustzh, andai kita dah letak TAQWA dalam hati, dimana sahaja kita berpijak, InsyaAllah kita akan menjadi insan yang tahu menjaga diri dan selalu berada didalam syariat yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Pelajar yang ustzh kasihi, ketahuilah hanya mereka yang terpilih diberi peluang menghafaz al-Quran. Justeru itu, antunna adalah yang terpilih, jangan sia-siakan peluang yang ada, apabila kamu sudah menjadi yang terpilih, maka jadikanlah diri kamu yang terbaik. Yang terbaik dalam menjadikan diri kamu seorang muslimah mukminah yang bertaqwa dan insya Allah, seorang hafizah yang sebenar-benarnya.


"Ya Allah ...jagalah hati-hati kami agar sentiasa tenang,dibawah lembayung kalimah agung Mu... Al-Quran"

0 comments: