
Firman Allah S.W.T:
كُونُواْ رَبَّـٰنِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ ٱلْكِتَٰبَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ
Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna),kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya.
~Al-Imran:79
Bagi AlFaqir,Ayat ini begitu istimewa buat mereka yang berdamping dengan AlQuran.Istimewa kerana....Allah meminta KITA,Orang yg berdamping dengan AlQuran, utk menjadi 'RABBANI'...hanya kerana di dalam hati kita ini ada AlQURAN.
Bagaimana untuk mengusahakan untuk bertadabbur Ayat2 SuciNYA?
Sebagai seorang yg menghafaz AlQuran,kita sudah terbiasa dengan bacaan yang cepat hingga ke terlupa bahagian yg lebih penting iaitu tadabbur dan sebenarnya itulah tujuan ia diturunkan kepada manusia.Sememangnya sebagai manusia,kita terlalu banyak kecuaian kita terhadap haq2 AlQuran terlebih utama lagi yg menghafaznya...mana kurang tadabburnya,kurang amalnya dan kurang mengulangnya,tapi bukankah sebaik-baik orang itu,mereka yang sedaya upaya untuk memperbaiki segala kekurangan yg telah dilakukan?
Antara tips2nya...
1)Pilih waktu yang sesuai iaitu waktu dimana hati kita tidak disibukkan dengan hal2 dunia dan lebih khusyuk.
2)Baca lebih perlahan.Sambil baca sambil meneliti kalimah2nya.
3)Pastikan diri kita dalam rutin pembacaan AlQuran kita setiap hari,kita dapat 1 ayat untuk dijadikan 1 i'tibar,kata semangat atau sebagainya.
4)Siap 1 papan tulis untuk letakkan 'Ayat to ponder'.
Sepatutnya Penghafaz AlQuran itu CUKUP baginya Kalamullah dan Kalam Rasulullah Sollahu 'alahi wasallam sebagai kata2 semangat atau pengubah kehidupannya BUKAN kalam2 orang barat.
Izinkan AlFaqir petik kata2 Murabbi:
'Tidak sepatutnya buat seorang pendaie itu melalui sehari semalamnya tanpa ada bahagian yang banyak dalam mentadabbur kitab Suci Allah'.
Kata Sayidina Usman bin Affan:
Kalau hati kita ini bersih,kita tidakkan puas dengan AlQuran.
Ya Allah,
Bersihkan hati2 kami agar kami merasakan kelazatan dalam bermunajat bersamaMU...
0 comments:
Post a Comment