“WALAA YUFLIHUS SAAHIRU HAISU ATAA”

Wednesday, June 7, 2006
Bismillah

Alhamdulillah, hari ni aku bangun dgn sejuta kesyukuran ,masih belum lagi hilang rasa gembira di hati. Senyum dan terus tersenyum.

Akhirnya aku mengaku bahawa Allah itu maha berkuasa diatas segalanya. Allah itu bersama hamba-hambaNya yang mengharap keredhaan-Nya. Aku menangis… dgn tangisan keinsafan dan penuh kehambaan.

Ketahuilah, sewaktu peperiksaan berlangsung, aku bukan sahaja berjuang di medan peperiksaan, malah aku berjuang di medan kesakitan. Setiap hari aku menahan sakit, setiap hari aku menangis,dan setiap hari juga aku dilanda rasa kekecewaan kerana bagiku aku tidak mampu melakukan yang terbaik utk peperiksaan. Dan aku serahkan segalanya kepada Allah s.w.t agar Allah berikan pada ku kekuatan dan pertolongan utk meneruskan perjuanganku.

Siapalah yang merasa sakit yang kutanggung, siapalah yang tahu derita perasaan yang aku alami. Lantaran segalanya ,adalah begitu ghaib pada mata kasar.Tidak mampu dilihat tidak boleh dirasa. Untuk itu juga utk apalah aku mengadu pada manusia,kerana semua itu bakal mengundang takut dihati mereka bahkan juga mampu menjadi bahan ketawa orang dibelakang aku.

Allah sahaja tempat aku mengadu, dan Allah sahaja tempatku mengalirkan airmata. Didalam setiap solat mlm ku dan solat dhuha (sewaktu peperiksaan), aku selalu berdo’a “Ya Allah, aku percaya dengan kalam Mu “walaa yuflihus saahiru haisu ataa” (dan tidak akan menang tukang sihir itu,dari mana ia datang)..berikan perlindungan padaku ya Allah, berikan perlindungan mutlak Mu padaku dari gangguan hamba2Mu yang dengki dikalangan Jin dan manusia. Kau kuatkan aku ya Allah…tundukkan mereka dengan kekuasaan Mu,Ya Rabb.”

Akhirnya,Allah takdirkan kemenangan itu dipihakku. Mereka kalah..walau sehebat mana pun kuasa mereka utk menjatuhkan aku…..ternyata kuasa Allah tiada tandingan!Aku sujud penuh kesyukuran!Aku dapat buktikan pada mereka Allah adalah berkuasa diatas setiap hambaNya.Mereka tidak berkuasa!

Maha suci Allah yang mentakdirkan setiap sesuatu dgn begitu indah. Allahuakbar walillhil hamd!!!

0 comments: