Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma Solli 'alam Muhammad wa 'ala ali Muhammad
Satu adab yg perlu orang yg menghafaz AlQuran itu menjaga hatinya dari segala sifat mazmumah.Apabila kita sudah terpilih menghafaz kalamNya ini,jangan sesekali kita rasa diri kita lebih hebat dari orang lain kerana takut2 nikmat yg kita perolehi itu akan ditarik balik oleh Allah S.W.T.
Siapalah kita untuk menghafaz ALQuran sebenarnya??Diri kita ini setiap hari dengan kemaksiatan tapi dengan rahmat dan Kasih sayang,Dia berikan kita kesempatan malah memudahkan lagi penghafazan kita.Tapi kita dengan mudah menyangka yang hati kita bersih kerana itu kita mudah menghafal.
Berhati-hati dari memandang orang lain dengan pandangan 'istihqor'(hina).Berkemungkinan Orang itu lebih mulia kedudukannya disisi Allah dari kita yg menghafal AlQuran,Walaupun orang itu secara zahirnya melakukan kemaksiatan secara terang-terangan kerana kita tidak tahu lagi akhirnya,mungkin bila beliau taubat,taubatnya itu lebih baik dari taubat kita yg hari2 kita lakukan.Dan kita sendiri tidak tahu akhir kita bagaimana.Ada satu kisah,seorang yg 'alim dan 'abid.beliau beribadah kepada Allah selama 40 tahun tapi akhirnya 'abid tersebut sujud pada syaitan.
Apa yg boleh kita pelajari dari kisah tersebut ialah kita kene sentiasa ade perasaan khauf,takut jika amalan kita ditolak dan perasaan raja',sentiasa mengharap agar Allah terima amalannya.jangan terpedaya dgn bisikan syaitan...'buat apa melakukan ketaatan dan jadi orang 'alim kalau itu pun tidak menjamin akhirmu'.kita kene ingat!kita perlu jadi orang 'alim kerana hanya orang 'alim sajalah yg takut kepada Allah(dlm surah fathir ade disebutkan).Selain itu,Kita perlu sentiasa merasa diri kita ini hina disisiNYa dan merasa rendah diri dgn orang mukmin(azillatin 'alal mukminin). Janganlah kita rasa aman dengan 'makr'nya Allah.Jangan kita rase oh..kita dah menghafal Quran,jd kita ade kedudukan disisi Allah.belom tentu lagi.Mungkin Allah nak uji hati kita.
Firman Allah yg bermaksud:adakah kamu merasa aman dgn 'makr 'Allah,maka tidaklah merasa aman dari 'makr' kecuali orang2 yg rugi.(surah Al-Araf:99).
Ade pepatah arab yg bermaksud:Mungkin kita mendapat hidayah untuk melakukan ketaatan tapi belom tentu kita mendapat taufiq dan penerimaan dari Allah S.W.T.
Selain itu,untuk menunjukkan kesyukuran kita terhadap nikmat AlQuran ini,kita banyakkan selawat atas Rasulullah sollahu'alaihi wa sallam.Kerana kalau tidak melalui kekasih Allah ini,kita tidak dapat merasai nikmat tersebut.
Wallahu waliyyut taufiq,
astarfirullah min qaulin bila 'amal,
ma astahiq an aqululakum illa limthali amri HabiburRahman sollahualaihi wasallam biqulihi 'ballighu 'anni walau ayah'.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment