Bismillah
Adakah kita penegak sunnah?
Kita sering …memengunkapkan atau mengatakan bahawa kira cinta pada Rasulullah
Malah kita juga kadangkala mengakui bahawa rasul adalah role model kita….
Tapi..sejauhmanakah kita membuktikan setiap ungkapan dan akuan kita itu?
Berapa bykkah sunnah atau lebih senang kata,perkara2 yang diarahkan oleh Rasulullah menjadi ikutan kita?
Atau….
Kita lebih banyak mengada-adakan stp perkara yang rasul tak pernah suruh buat,kita laksanakan..dan kita tambah2 ..kononya sebagai tujuan utk beribadah dan 'memanis'kan ibadah kita kepada Allah.
mmmm….wajarkah kita lakukan demikian?
Cuba kita tanya2kan diri kita…wajarkah apabila perkara yang rasul suruh kita lakukan, kita abaikan..malah kita lebih mengutamakan pekara-perkara yang tidak ada sokongan langsung daripada al-Quran dan al-Sunnah?
kalau ada pun, kemungkinan ianya berdasarkan kepada hadith yang lemah sanadnya yang diragui kesahihannya. Lebih dasyat lagi kadangkala,ianya bersandarkan kepada hadis yang maudu’ataupun tiada nas langsung.
Justeru itu,wajarkah amal ibadah yang berdasarkan hadith yang lemah dan diragui kesahihannya itu menjadi pegangan kita untuk beramal ibadah?
Masih teringat lagi kata2 seorang pensyarah didalam dewan kuliah “amat kurang sopan lah seorang muslim itu, pabila zikir yang diajar oleh rasulullah tidak mahu diamalkan dan dihafal..tetapi mencipta sendiri zikir2 ataupun berusaha untuk menghafal zikir selain yang diajarkan oleh rasulullah”.
Pensyarah itu mmg seorang yang tegas dalam bab-bab sunnah.Agak keras juga dakwaan beliau..tetapi bila fikir-fikr semula…mmm..ada benarnya juga.
Akibatnya, amal ibadah yang tidak sunnah dikatakan sunnah..dan amal ibadah yang sememangnya sunnah hanya dipandang sebelah mata.Lebih menyedihkan apabila orang yang berilmu cuba menegur..tetapi ditentang habis-habisan…akhirnya digelar WAHABI!!!
Mungkin yang tidak faham akan jadi lebih kalut ttg apa yang cuba disampaikan oleh penulis…dan mereka yang faham akan mengangguk-angguk tanda bersetuju..manakala yang TIDAK MAHU faham..akan terus menggelengkan kepala, utk tidak mahu tahu dan tidak mahu faham isi kandungan tulisan ini.
Moga ahlulquran bukan sahaja bersinar dengan al-Qurannya..tetapi dalam masa yang sama…terus bergerak maju dalam memeperjuangkan sunnah dan menolak bid’ah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Akan datang selepasku satu masa, kamu akan dikuasai oleh golongan yang mematikan sunnah dan menghidupkan bid'ah" (Ibn Majah ,kitab (24) Bab 40)
Jgn kita menjadi golongan yang mematikan sunnah, akhawat!
Jadilah mereka yang tergolong dalam golongan yang mematikan bid'ah!
Wallahu A’lam
ustazahsakinah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
Post a Comment