Kem Tahfiz Bez!!!!

Monday, December 25, 2006


Bismillahirrahmaanirrahiim.

Assalaamu'alaikum....

Pada tarikh 18 & 19 December 2006, Darul Quran S'pore telah menganjurkan Kem Tahfiz.
Hari pertama bagi mereka yg berusia 9-12 tahun, manakala hari kedua bagi yg dah tua sikit dari tu...

Namanya kem,tetapi peserta hanya menghadirinya dari 9 pagi hinggalah jam 6 petang.
Walaubagaimanapun,terlalu banyak yg dapat dipelajari darinya.

*Pada kedua-dua hari tersebut,hujan turun non-stop...cuaca mendung aje....
tetapi,ini tidak menghalang peserta untuk sampai ke MKS pagi2 lagi....ade yg terlalu excited hingga sampai pada jam lapan pagi!!Masya Allah!

Ustaz Amirullah(ustaz baru di Pusat Tahfiz), membentangkan kertas kerja dengan tajuk:'KENALI ALQURAN'.
Isinya sangat menarik. Contohnya,ia menerangkan takrif Al-Quran,mengapa Al-Quran itu mukjizat Nabi (S.a.w) dan juga cara2 Al-Quran itu diturunkan.

Ceramah Ustaz Firdaus pula tentang cara-cara menghafal Al-Quran mengikut kelebihan masing2(auditory,visual and tactile), serta cara-cara pengukuhan hafalan.
Powerpoint yang disediakan berbentuk interaktif.Ini membolehkan Ustaz mengekalkan minat peserta kepada ceramahnya walaupun ia mengambil masa hampir 2 jam!

Pembentangan kumpulan juga berkisar tentang hal2 yg berkaitan dgn diri seorang pelajar tahfiz.Misalnya,topik 'Mengapa saya hafal AlQuran?' dan 'Cabaran2 ktika Menghafal' diberikan kepada kanak2 manakala topik 'Peranan seorang yang menghafal AlQuran' diberikan kepada remaja.

Untuk kanak2, ada aktiviti tambahan,iaitu 'Amazing Race' keliling Masjid kampung Siglap.
Malangnya,ia tak dapat jalan dengan lancar disebabkan hujan lebat dan juga kesuntukan masa..Habis semua peseta basah!
Untuk remaja pula ada sharing session bersama Ustaz Azmi dan Ustaz Amirullah.Alhamdulillah,banyak yg kami dapat dari 'luahan perasaan' serta cerita2 pengalaman ustaz!Syukran Ustaz!

Overall,kem ni dapat mencapai matlamatnya yang utama,iaitu(pada pendapat saya) untuk menaikkan semangat pelajar Tahfiz untuk terus berjuang menghafal Kalamullaah dan untuk menjaganya hingga akhir hayat.Ameen ya rabbal 'aalamiin.

I hope kem2 sebegini akan dapat dibuat lagi pada tiap2 tahun. Ilaa liqaa'anaa!!

wassalaam.

-thaalibatu mardhaatillaah.

0 comments: