<< Serba sedikit mengenai Surah Al-Hujurat >>

Wednesday, January 10, 2007
Assalamualaikum wr wb…

Ana ingin berkongsi dengan semua surah kegemaran ana dalam Al-Quran.Surah ini adalah surah yang ke-49 dan ia mempunyai 18 ayat keseluruhannya.Ana akan hanya membentangkan ayat 6 kerana bagi ana biarlah sedikit tetapi dapat diamalkan dalam kehidupan seharian kita semua,Insya-Allah.Semoga Allah memberi kita semua rahmatnya dan semoga kita digolongkan di dalam golongan orang yang bertaqwa.Ameen.

Allah berfirman dalam Surah Al-Hujurat,ayat 6 :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita,maka telitilah kebenarannya,agar kamu tidak mencelakan suatu kaum kerana kebodohan,yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu,”

-Dari ayat diatas,jelas lah bahawa dilarang sekeras-kerasnya untuk mempercayai suatu berita yang dibawa oleh orang yang fasik.Ini kerana dikhuatiri akan memecah-belahkan sesuatu kaum itu akibat perbuatan orang fasik itu.

-Sebab turun ayat ini ialah apabila Nabi s.a.w mengutuskan Al-Walid bin Uqbah untuk memungut zakat dari Bani Musthaliq.Kaum itu telah mengaku untuk patuh kepada Nabi s.a.w. dan telah memeluk Islam.Sesampainya Al-Walid di sana,dia tidak mendapat kutipan zakat yang baik.Lantas,dia pun pulang dan memberitahu baginda bahawa Bani Mustaliq telah murtad.Mendengar khabar itu,rasullah segera mengutuskan Khalid Bin Al-Walid untuk memerangi kaum tersebut kerana kemurtadan mereka itu.Namun begitu,sebelum rasullah menjalankan gerakan itu,beliau telah memerintahkan agar Khalid memastikan kebenaran berita yang dibawa oleh Al-Walid bin Uqbah itu. Khalid pun melaksanakan perintah itu dengan baik dan memasuki perkampungan Bani Musthaliq itu tanpa diketahuai oleh sesiapa pun. Dari berita yang diperolehi itu,Khalid mendapati bahawa Bani Musthaliq itu menjalankan perintah agama dengan baik. Kedengaran azan di sana dan solat berjemaah juga dilakukan pada waktu nya. Lantas itu,berita yang dibawa oleh Al-Walid itu adalah bohong belaka.

-Pengajaran yang dapat diambil ialah,janganlah kita mudah percaya kepada kata-kata orang yang fasik.Ini kerana dikhuatiri seseorang itu akan menderita ,padahal bukan kesalahannya.Kalau hal ini terjadi,tentu dua pihak yang pada mulanya baik akan bertukar hubungannya menjadi masam.

-Rasullah s.a.w bersabda , “Menyelidiki dengan tenang adalah dari Allah dan tergopoh-gopoh adalah dari syaitan,”.

Sumber : Tafsir Al-Azhar karangan Prof. Dr. Hamka
Yang benar : Ahmarul Faatih

*Yang baik itu datang dari Allah dan yang lemah itu datangnya dari diri ana sendiri.

0 comments: