Ada apa pada NAMA

Saturday, January 13, 2007



Waah! seorang yang dermawan...
Ada apa pada nama?

Waah! seorang yang alim....
Ada apa pada nama?

Waah! seorang yang rajin....
Ada apa pada nama??

Waah! seorang hafizah....
Ada apa pada nama?


Adakah selama ini
niatku menderma
niatku belajar
niatku bekerja dan menolong
niatku menghafaz kalam suci Tuhan

Hanya untuk nama???



Supaya dikenali

Supaya disegani

Supaya diakui

Bahawa akulah yang terhebat....



Adakah ini tujuanku?
Adakah ini niatku?
Adakah ini yang kukejar selama ini?


Jikalau inilah dia niatku
Aku sedar
Segala usahaku akan hilang ditiup angin
Kerana telah bersabda junjungan mulia(s.a.w)
bahawa tiap amalan itu diukur
bukanlah menurut zahirnya
bukan juga menurut 'quantiti'nya
tetapi amalan itu hanyalah diukur menurut niatnya...

Ya Allah
Ya Tuhanku
Terimalah usahaku menghafal kalamMu selama ini
Ya Allah
Ya Tuhanku
Andai ku tersasar dari tujuan sebenar
Bimbinglah hambaMu ini kembali kearahnya

Ya Allah
Ya Tuhaku
Andai ku lalai dari niat hakiki
Tunjukkanlah hambaMu ini
bahawa menghafal kalamMu adalah khas buatMu
tiada bagi selainMu

Ya Allah
Ya Tuhanku
Andai ku terlupa
Ingatkanlah hambaMu ini bahawa tiada apa pada nama.





Oh Allah!!
Make my intention in memorising your holy words purely for you.....


-frm my thoughts: thaalibatu mardhaatillaah...

0 comments: