
http://www.al-huffaz.com.my/malay/kaedah-hafazan.htm
Kaedah Al-Huffaz direkacipta oleh Tuan Haji Mohd Shafie Haji Md Amin Al-Muqri’ (ACCA London), sebagai salah satu wasilah untuk memperbaiki kaedahpembelajaran Al-Quran dengan lebih sistematik dan berkesan.
Kehadiran kaedah ini bertepatan dengan keghairahan masyarakat yang cenderung ke arah pembelajaran pembacaan Al-Quran dengan kualiti pembelajaran al-Quran.
Kaedah ini dirangka berdasarkan beberapa faktor :
a) Fakta Logik
Menghafaz memerlukan konsentrasi yang lebih berbanding dengan memahami. Konsentrasi yang lebih memberangsangkan penggunaan yang lebih terhadap saraf-saraf otak. Secara logiknya kelebihan menghafaz ini akan mengukuhkan otak manusia.
b) Fakta Saintifik
Kebiasaannya manusia menggunakan 10% sahaja ruang otaknya dan 90% perlu dirangsang melalui aktiviti-aktiviti terutamanya aktiviti penghafazan bagi mengembangkan dan merangsangkan otak tersebut.
c) Fakta Kerohanian
Insya-Allah mereka yang menghafaz Al-Quran akan :
Mempunyai kekuatan akal dan jati diri – hadith Rasulullah S.A.W.
Tidak akan nyanyuk – Surah An-Nahl.
d) Fakta Pengalaman
“ Ibu saya selalu menghafaz ayat-ayat suci (ayat-ayat pilihan) dan mengulanginya sejak dari muda lagi, sekarang ini beliau telah terlalu tua, tidak berapa dengar dan mata telah terlalu kabur, tetapi fikirannya masih sihat dan cergas serta masih selalu mengulang ayat-ayat yang telah dihafaznya. Saya berkeyakinan bahawa mereka yang menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran ini tidak akan nyanyuk.” – Kol. Kagat.
e) Fakta Pengakuan
“ Suatu masa dahulu saya cukup susah untuk menghafal, tetapi dengan teknik baru ini ianya lebih mudah dan dapat bertahan di ingatan. Alhamdulillah, kini Al-Quran sentiasa di bibir saya.” – Juru Audit
“ Sebelum ini saya tidak menjangka saya akan dapat menghafaz Al-Quran , saya cuma berharap pembacaan saya dapat dipertingkatkan lagi terutama dari segi tajwid. Alhamdulillah, setelah mengikuti teknik dan kaedah pembacaan dan penghafazan Al-Quran oleh Ustaz Shafie disamping bimbingan dan tunjuk ajar beliau. Dalam tempoh setahun saya telah dapat menghafaz Juzuk Amma dan Surah-surah lain iaitu As-Sajadah, Al-Insan, Al- Mulk, Ar-Rahman, Luqman dan Al-Waqiah.” – Pengurus Kanan (Akauntan [ACCA]) Syarikat Takaful Malaysia Berhad.
f) Fakta Sejarah
Aktiviti hafazan telah lama dipraktikkan pada zaman Rasulullah S.A.W.
Ulama-ulama muktabar yang berupaya menulis beratus-ratus jilid buku memulakan kerjaya pendidikan mereka melalui sistem hafazan.
Ibnu Khaldun dalam muqaddimah mengatakan :“Sesunggguhnya pengajaran Al-Quran pada anak-anak (membaca dan menghafaz) itu adalah asas semua pengajaran pada segala dasar-dasar pendidikan di merata-rata negara-negara Islam, kerana ianya syiar agama yang akan membawa kepada ketetapan akidah dan kemantapan Iman.”
-pemangkin generasi huffaz singapura
0 comments:
Post a Comment