TAHNIAH!!!

Tuesday, June 28, 2005
Assalamualaikum...
Syukur kepada Allah s.w.t yg telah memberi kita kesempatan menjalinkan ukhwah islamiyah melalui wadah yg canggih ini....Ana cukup kagum dengan kesungguhan antunna dalam menyebarkan mesej Islam. Mungkin dulu para sahabat berjihad: mengangkat dan menggunakan senjata, zaman seterusnya menggunakan pen, zaman sekarang keyboard pulak!! Apa2pon mudah2an kita tergolong diantara golongan yang dirahmati dan sayangiNya sebagaimana para Rasul, sahabat, siddiqin, shuda' dan solihin.. Allahumma Amiiin..
Ya Allah!!! bantulah kami mencapai nikmat iman dan Islam yang sebenar..Allahu Akbar!!!Besar harapan ana, kita dapat menggunakan kemudahan yang ada ini untuk terus menerus berhubung dengan memberi nasihat/peringatan atau memberi maklumat perkembangan pusat tahfiz/ hal ehwal Islam dan sebagainya.
kejayaan antunna mengadakan gathering adalah langkah pertama untuk antunna terus melangkah ke hadapan menyaingi arus kemodenan.. adalah setiap individu daripada antunna sangat berharga kepada keluarga dan masyarakat..jangan sia2kan....

Diriwayatkan oleh al-Bazzar dan at-tabrani, pada suatu hari, seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa (wanita yang berpidato) datang menemui Rasulullah S.A.W lalu berkata ; " Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki , jika mereka luka parah, mereka diberi pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah balasan kami untuk semua itu?"

Bersabda Rasulullah S.A.W:

"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T, tetap adalah sangat sedikit sekali daripada kamu yang dapat melakukan demikian."

Pada ketika yang lain, Rasulllah S.A.W pernah ditanya:
"wahai Rasulullah, perempuan manakah yang baik?"

Baginda menjawab:
Perempuan yang menggembirakan suaminya apabila si suami memandangnya, mentaati suami apabila diperintah dan tidak menyalahi suaminya dan..."

Pada dasarnya, kaum wanita disamakan dengan kaum lelaki dalam tanggung jawab agama samaada mengenai aqidah, ibadah dan muamalah, kecuali taggung jawab yang khusus yang sesuai dengan fitrah kaum wanita. Begitu juga dengan tanggung jawab jihad yang diwajibkan keatas lelaki dan tidak wanita, jika wanita berupaya bersama-sama ke medan pertempuran,tidaklah ditolak oleh Islam.....

Bolehlah dirangkumkan disini, antara jihad wanita pada masa kini,kepada Islam.. ialah-:
1) Memastikan rumahtangga bahagia: ahli keluarga selesa, bersama melakukan aktiviti secara berjemaah.
2) Mewujudkan suasana Islam dalam proses pendidikan dan pembesaran kanak-kanak.
3)Menyempurnakan segala urusan rumahtangga meurut syara' dengan penuh keikhlasan semoga akan beroleh keberkatan.
4) Mengajak wanita lain memahami prinsip2 Islam dan cara hidup yang Allah tetapkan.
5) Memerangi perkara2 bid'ah, khurafat serta pemikiran yang salah dan adab2 yang buruk yang menguasai wanita masa kini.
6) Menceburi bidang pendidikan..
"tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia..."
Percayalahhh... jom mula dari sekarang...
Ana berbesar hati jika sekiranya, gathering dapat diadakan secara istiqamah.. tak payah terlau kerap cukuplah sebulan/ dua bulan sekali..agar kita dapat sama2 memberikan peringatan dan memastikan /muhasabah diri adakah kita dijalan yang benar dengan amalan2 yang benar... dan mempersiapkan diri menghadapi cabaran yang mendatang.....

0 comments: