Bismillah
Menenemui pelajar-pelajar ustazah yang dikasihi. Moga dalam Keredhaan Allah s.w.t hendaknya.
Hari ini 26 Jun 2005, hari terakhir ustazah berkhidmat di MKS. Kadang bagai tidak percaya,akhirnya ustazah akan tinggalkan tempat ini.Tapi, realiti tetap realiti.Realiti mana mungkin bertukar menjadi fantasi.
MKS, Darul quran, Pusat Tahfiz...pastinya tidak akan ustazah lupakan. Kerana disinilah bermula segalanya. Disinilah tempat mulanya ustazah mencari rezki, kembali memuhasabah diri, menambah pengalaman diri, bertemu dgn pelajar-pelajar yang dikasihi dan yang paling unik sekali disinilah tempat ustazah bertemu dgn 'kekasih hati' ;)
Sebelum ustazah meninggalkan meja MKS ini, ingin ustazah berpesan beberapa perkara:
1- ان مع العسر يسرا
Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan. Yakinlah dengan kalam Allah itu. Seandainya hari ini kita susah dalam menempuh kehidupan, Insya Allah satu hari nanti kesenangan akan bersama kita. Yang penting, kehidupan perlu dilalui dengan penuh ketabahan dan keimanan.
2- Hiasi diri dengan akhlak
Perhiasan yang paling indah dalam diri seseorang insan adalah akhlak. Kita akan disayangi dengan adanya akhlak. Dengan itu jagalah akhlak kita walau dengan siapa pun kita bergaul.
3- Sayangi Al-Quran
Kata orang sayang isteri ditinggal-tinggalkan..tapi sayang al-Quran diulang-ulangkan. Itu adalah nasihat untuk diri ustazah juga. Jangan lupakan al-Quran, jika kita tidak berkesempatan itu menghafal, maka bacalah ia. Peruntukkan masa sejam dalam sehari untuk al-Quran juga sudah memadai. Tetapi yang lbh indah sekali,jika kita peruntukkan masa seumur hidup kita untuk al-Quran. Bacalah, hafallah, dan i'adalah al-quran itu hingga ke nafas kita yang terakhir.
4- Sayangi mak dan abah
Mak dan abah adalah dua insan yang paling penting didalam kehidupan kita.Siapalah kita untuk menafikan keistimewaan mereka dalam hidup kita. Justeru itu,lakukanlah yang terbaik 'khas' untuk mereka. Jadilah anak soleha kebanggaan mak dan abah di dunia dan akhirat.
Ustazah rasa cukup hingga disini dahulu.Moga setiap apa yang tertera ini, mampu dijadikan manfaat untuk hari ini, esok dan selamanya. Jadilah manusia yang mana taqwanya melebihi segalanya. Doa'kan ustazah agar sentiasa kuat dalam menempuh hidup ini.
Akhir sekali, merindui kalian semua adalah satu kemestian.
wslm
Ustazah Sakinah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment