Malu...(hanya sekadar tazkirah ringkas)

Sunday, June 26, 2005
Dariku,buat antunna semua..
"Walaupon ana ni pelajar baru kat pts yg berhijrah dari mejid Omar ke MKS ni..tp ana dpt rasakan ukhwah yg cuba dijejaki oleh sebahagian pelajar tahfiz kite mcm Halimah dan Liyana.Mabruk ana ucapkan pd mrk berdua...ana pon cukup bahagia bila dipertemukan dgn insan yg bernama Ustazah Sakinah.Walau tak rapat sgt dan baru je berapa bulan kenal ngn zahdan ana pon mule mcm "terpikat" dgn peribadi ustzah,beliaupun nak berhenti..takpelah mungkin ini semua ujian drNya utk hamba2nya mengenal erti syukur diatas ukhwah yg dianugerahkanNya..alhamdulilah..apepon ana doakan yg terbaik buat ustazah!..uhibbuki fillah"
Tak ketinggalan juga ana ingin berkongsi tazkirah,moga2 ianya dpt memberi manfaat dan menceriakan hari antunna dgn tazkirah of the day ni!!..InsyaAllah...

Malu itu separuh daripada iman. Malu yang paling penting ialah malu kepada Allah. Bila kita malu kepada Allah, kita akan malu pada diri sendiri. Malu untuk melakukan maksiat dan malu meninggalkan taat. Berapa ramai la yang kalangan kita ni ada sifat macam tu. Kalau nak ikut kan manusia zaman sekarang ni, nak beribadat lebih malu daripada melakukan maksiat. Betul tak?. Berapa ramai yg sesuka hati berduaan keluar dengan insan yang bukan muhrim. kan? kan?Kalau malu separuh daripada iman.

Separuh lagi letaknya adalah taqwa. MALU+TAQWA=100% KEIMANAN. Makna taqwa tu bukan sahaja takut kepada Allah. Malah lebih daripada itu. Dengan taqwa kita "meninggalkan apa yang dilarang, melakukan apa yang disuruh". Ukurlah dimana tahap malu kita dan dimana tahap taqwa kita. Itulah darjah keimanan kita.

Semoga tazkirah yang tak seberapa ni dapat memberi peringatan dan pengajaran kepada kita.

الفقير إلى عفو ربه,
نورعيني جويتا

0 comments: