Saat bilakah al-Quran diperlukan….

Tuesday, March 14, 2006
Dua hari yang lepas terjadi satu peristiwa yang tak pernah ustazah sangka kat kolej ni. Dalam pukul 1 lbh (pagi) gitu…waktu tu,ustazah baru nak lelap mata. Tiba-tiba HP ustzh berbunyi…tertera kat HP tu nama ‘DIZA’, dalam hati ustzh kata ‘ish budak nie..mlm2 main miss call..tak de kerja ke?” ustzh tak jawab panggilan tu..sbb ingatkan Diza nie..saja miss call. Bunyi kali kedua..orang yang sama..sbb tak sampai hati ustzh pun jawab jelah…
“Akak…tolong kak…datang bilik saya! F….. (dia sebut nama budak tu) hysteria !”
Ustzh terkejut sekejap..ustzh pun apa lagi…lompat daripada katil, pakai tudung, capai quran, amik kunci bilik…terus lari..ke bilik Diza. Ustzh masuk bilik tu..lihat adik yang hysteria tu…dah terkapai2 mcm kelemasan, dia menangis tanpa henti. Ramai jugak kawan2 dia ada kat bilik diza.

Ustzh Tanya dia, “Adik kenapa?”
Dia jawab, “kak..tolong saya kak. Saya takut!!!”
Ustzh Tanya lagi, “Adik takut apa? beritahu akak…adik tak cakap mcm mana akak nak tolong?”
Dia jawab, “ ‘Benda’ tu kat sebelah saya kak,dia ikut saya!”
Ustzh Tanya lagi, “mana dia? Tunjuk akak.” Tapi dia tak tunjuk pun..dia menangis dan berkata “ saya tak suka tajuk mistik..saya tak suka tajuk tu, kak”.

Ustazah terkedu mendengar kata-kata nya. Sebenarnya, kami berada didalam satu kumpulan dalam menyiapkan sebuah assignment yang bertajuk “MISTIK DI DALAM MASYARAKAT MELAYU”. Dan kami sebenarnya malam tu baru pulang dari perbincangan tentang kertas kerja tersebut. Satu kumpulan ada sepuluh orang. Dan ustzh mengetahui kumpulan kertas kerja tersebut. Memang kami, menyelidik tentang, mistik yang berlaku didalam masyarakat melayu, termasuklah berkenaan hantu2 kepercayaan orang melayu. Tapi ustzh tak pasti..benarkah kerana tajuk tersebut…gangguan terjadi.

Ada faktor lain yang kemungkinan boleh dijadikan sebab. Kata kawan2nya, beliau ada mengambil gambar semasa perbincangan tersebut, dan didapati ada ‘orang’ lain dalam gambar itu.

Dipendekkan cerita, ustzh tak tidur malam tu, sebba nak tolong dia. Kami semua kat dalam bilik tu tak dapat tidur. Dia sekejap ketawa..sekejap menangis. Mcm2 ustzh baca kat dia, sekejap ok..kemudian datang balik. Terus dia reda…tapi tak tidur..dia tengok kami semua satu2 macam nak telan, kemudian dia ketawa. Masa ustzh tertidur sekejap, mereka kata dia tengok ustzh, diza Tanya: “kenapa mu tengok kak sakinah mcm tu?” Dia jawab: “takut”. Hai takut kat ustzh lak!!!.

Kita semua dah penat habis mlm tu..lbh2 lagi ustzh…akhirnya kami lepak jugak. Nadia buka bacaan al-Quran. Tiba-tiba sdg kami hampir nak lena, dia menghentakkan kakinya sekuat-kuatnya. Kami kelam kabut di buatnya. Dia menjerit “kak..kaki saya kak..sakit kak!”

Ustzh baca kat kakinya…ustzh paksa diri ustzh kuatkan suara walaupun sebenarnya dah kehabisan tenaga. Terus dia senyap..
Ustazah Tanya: “sakit lagi tak?”
Dia kata “tak”…..terus ustzh lepaskan nafas lega dan baring mcm nak pengsan. Budak-budak ni Tanya ”kak..akak ok tak?akak nak air tak?”

Waktu tu..lah ustzh bersyarah panjang: ustzh nasihat kan diri ustzh dan adik2 kat dalam bilik tu. Ustzh kata, jgn biarkan jiwa kita kosong dengan kalamullah. Sekurang-kurangnya kalau apa2 jadi pada kita, at least kita ada jugak pengisian kat dalam jiwa. Jgn biasakan jiwa kita penuh dgn muzik. MENGAJI..MENGAJI DAN MENGAJI. Bila dah jadi mcm nie, baru nak cari quran..baru nak pasang ayat al-Quran. Kalau tak…muzik jugaklah jadi kwn kita. Dan mcm-mcm lagi lah yang ustzh cakap.

Pengajarannya: Saat bila al-Quran diperluka?bila takut pada hantu?bila ada orang kena sampuk??tanya-tanyalah pada diri kita...
apa yang berlaku merupakan inzar pada diri kita. Bila kita sudah terlalu jauh dgn dunia yang melalaikan, pasti akan berlaku sesuatu yang akan mengembalikan kita pada Nya. Itulah dia tanda..Allah sayang pada kita. Koreksi diri, hitung-hitung amalan diri…adakah selama ini kita sudah cukup berusaha untuk mempertingkat kan ibadah dan mendekatkan diri kepada Nya. Tepuk dada…TANYA IMAN…

Wslm
Ustzh sakinah

0 comments: