fav ayat: kepada Engkaulah, ya Allah.....!

Monday, March 6, 2006
assalamu 'alaikum semua!

ok, memandangkan ana belum ada mood nk ceritakan pengalaman ana sbg pelajar thfz, ana nk share ttg favourite ayat ana. =) lagipun, pljr2 banat yg lain tkde satu pun yg start, so ana mula dulu...

actually, ada banyak ayat yg menarik perhatian ana.. ayat2 itu semua semacam kata2 motivasi/nasihat/hikmah bagi ana... tapi pada kali ni, ana pilih satu ayat je, iaitu:


"اياك نعبد و اياك نستعين"
"Hanya Engkaulah yang kami sembah dan
hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan."
surah al-Fatihah, ayat 5


selama ni, bila ana baca surah al-Fatihah, ayat ni tk begitu 'menonjol' sangat. tapi, entahlah... bermula dr satu point tu..(ana tk ingat bila)... bila ana baca ayat ni, ana terfikir, "hmmm.. ayat ni mendalam maknanya...hmmMmMmmm"

bila ana baca "اياك نعبد", ana cuba tetapkan dalam hati..betul2 concentrate bahawa "Allah itu tuhanKu...kepadaNya Aku sembah..tiada Tuhan lain selainNya... kuatkanlah imanku ya Allah.. agar imanku tidak tergugat.. agar aku tidak berpaling dari agama Islam, agar aku tidak berpaling dari Allah...Allahu rabbi..Allahu rabbi.."

"و اياك نستعين" pula amat bermakna sekali bagi ana... "kepada Allah lah aku meminta pertolongan... Allah sepatutnya menjadi tempat aku mengadu, meminta pertolongan..bukan kepada sesiapa... dan walaupun pada satu ketika, aku akan keseorangan...berdiri sendiri, tanpa bantuan org lain, tanpa sokongan org lain...aku yakin..pertolongan daripadaMu sudah cukup bagiku...pertolonganMu sahajalah yang aku harapkan..."

ana selalu cuba untuk tetapkan dalam hati yang ana ada Allah bila dalam kesusahan... bila dalam kekeliruan.. bila dalam kerisauan... kebuntuan... kesedihan... hmmMmMMmmm...

ok, ana rasa ini je yang ana mampu tulis.... sebenarnya, susah ana nk explain dgn kata2.. cuma ana harap, antum faham apa yang ana cuba sampaikan, luahkan, melalui text yg pendek ni...

=)

0 comments: