assalamu 'alaikum semua!
baiklah, kini ana nk berkongsi bersama antunna semua ttg pengalaman ana sebagai seorang pelajar tahfiz.....
ana dapat tahu ttg kelas tahfiz @ mks ni daripada suratkhabar...pada tahun 2000 dulu.. klw tk silap ana, itu pon bapak ana yang tunjukkan advertisementnye. ana tk pasti reaksi ana pada masa itu bagaimana, tp bapak ana beritahu yang ana tk protes (alhamdulillah~). so, yang pastinya, ana setuju untuk masuk kelas tahfiz ni.
masa register pulak, ana register dgn us. jasmani, klw tk silap.. dah tu, pada hari yang ditetapkan, ana jalani ujian kemasukan. haaa! ana tk sangka plak hari tu ramai juga budak2 macam ana yg akan jalani ujian tu.
ana dapat satu mukasurat ayat2 quran...bermula dari "sanasimuhuu 'alal khurtuum".. tau tk surah ape?? =p kita diberi 1 jam untuk hafal as many ayat as we could. tapi, ana rasa tk sampai sejam, nama ana sudah dipanggil.. ana tk ingat berapa ayat yg ana dah dapat hafal..tapi kurang dari setengah page kot!
jeng! jeng! rupa2nye, ana kena uji oleh ustaz firdaus...nasib baik for his friendly gesture, klw tidak, ana yang dah nervous menjadi semakin nervous! hmmm... ana ingat lagi, ana hafal tk lancar sgt.. 3-5 ayat je kot yg ana dapat.. dari situ, ana tk letakkan harapan sgt yg ana akan diterima masuk.....tp...
ana diterima masuk! *alhamdulillah~~~*
jd, bermulalah perjalanan ana sebagai seorang pelajar tahfiz..
ana masuk program A1, kelas ustaz Hasbi. setiap hari ahad. pukul 8.45pg. ana tgl kt kawasan utara, jadi pukul 7pg ana dah kena keluar..haiz~~ jauh betul perjalanan ye? sampai sekarang ni pon, kadangkala ana rasa malas nk balik ke rumah ana di utara dari mks di timur (betul tk?)...macam nk tido kt mjd! padahal, perjalanan pergi ana ok je..
anyway, ana suka kelas dgn ustaz Hasbi..tk pasti plak kenapa...mungkin sebab kawan2 thfz ana, dan guru itu sendiri =) alhamdulillah~ ana dapat hafal 3 juz dgn ustaz Hasbi; juz 30, 29 dan 28. oh! dan surah al-zhariat serta sedikit dari surah at-thur.
ana bukan seorg je pelajar alsagoff yg masuk thfz..ana pon ada geng =), iaitu dua org classmates ana..best jugak ar..boleh jugak ckp2 pasal thfz kt sekolah, hafal sama2.. sampai sekarang, dua kawan ana ni masih lagi pelajar tahfiz @ mks..alhamdulillah~~
dlm pertengahan thn masa ana menengah 1 pulak, ana masuk program C.. kelas dgn ustaz Azmi. kelas malam. walaupun masa 1-2 kelas yg pertama ada rasa takut (yelah~ kan balik malaaaammm..), lama-kelamaan dah tk heran dah... bila balik, tk lah sunyi. sebaliknya ada ramai kakak2 dan kawan2 yang balik sama..jadi kadang2 kecoh lah kt bustop tu! =p
hmmm...berapa juz ana hafal dgn ustaz azmi eh???...hmmm...klw tk silap, around 8-10 juz gitu...nk kata, cepat jugaklah ana hafal..dlm 1 tahun lebih, ana dah hafal approximately 1/3 of Quran..
selepas kelas ustaz azmi, ana ditukarkan ke kelas ustazah sakinah pulak.. masa tu, ustazah sakinah guru baru =) tahun bila eh? pertengahan 2003 ke awal 2004???
anyway, dgn ustazah sakinah, ana dapat hafal around 13 juz..alhamdulillah~ dlm jangka masa 1 tahun lebih jugak..
nak kata, kelas ust sakinah paling gerek ar....yelah.. semua pelajar perempuan, guru pon perempuan, jadi nak borak2, ketawa2, bincang2, tkde barrier.. lagipon, all of us get along very well =) kadang2 tu, kita ada jugak heart-to-heart conversation...
sebenarnya, ana nk khatamkan hafalan pada lewat tahun lepas, tapi tangguh punye tangguh, akhirnya, pada 14 februari 2006, ana selesai jugak menghafal 30 juz..
ok, ada jugak rakan2 yg tanya ana,"macamane anti hafal?" haaa...ana akan share jawapannya, dan juga ttg perkara2 lain, dlm bahagian ke-2 'perjalanan masih jauh' ini.
ilal liqo'!
wassalam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
"nak kata, kelas ust sakinah paling gerek ar....yelah.. semua pelajar perempuan, guru pon perempuan, jadi nak borak2, ketawa2, bincang2, tkde barrier.. lagipon, all of us get along very well =) kadang2 tu, kita ada jugak heart-to-heart conversation..."
mmm...terima kasih,Yana.Ustzh rasa terharu bila Yana tulis ttg hal tersebut. Sekurang-kurangnya, ianya dpt mematahkan tanggapan 'orang' yang sering 'mengkritik' cara ustzh mengajar dlm kelas.Moga-moga murid2 ustzh yg lain juga,mempunyai pandangan yang sama dgn Yana.
Ustzh selalu meletakkan matlamat,apabila ustzh bertemu dgn antunna,ustzh takkan tinggalkan antunna melainkan ustzh berikan 'sesuatu' yang antunna akan bawa pulang dan ingat sampai bila2.Mungkin matalamat tersebut tidak tercapai sepenuhnya,tp ustzh bersyukur..sekurang-kurangnya ustzh dapat melalsanakan matlamat tersebut walau sedikit.
wslm
Post a Comment