Pelik Tapi Benar..

Monday, September 5, 2005
Pelik Tapi Benar...

Malam itu kami diarahkan untuk turun ke gelanggang bola keranjang tepat jam 10.00 mlm. Ikut kan hati malas nak turun, tapi biasalah satu ugutan yang sama akan dikemukakan, “siapa yang tak turun akan ditolak merit untuk stay kolej” Hah! Satu ugutan yang bagiku cukup dan amat membosankan. Bagiku, ugutan itu tidak sedikit pun akan mejejaskan diri ini,biarlah..nak kata apa. Hatta kalau aku dibuang kolej sekalipun, ianya bukanlah satu masalah bagiku (ewah..sombongnya..belum kena ..belum tahu..nanti kalau dah kena buang kolej..baru menggelabah..heheh) Tp, atas desakan adik2 yang lain, aku turutkan juga. Mmm..rupanya,bukanlah perkara penting sgt, setakat siapa nak volunteer ambil adik angkat dari sekolah menengah Banting! Aku Bingit!

Dalam kesibukan mencari2 siapa yang nak volunteer itu, tiba2 Adibah (adik comel yang duduk sama paras (tingkat) dgn ku, bertanya sambil didengar oleh beberapa adik2 yang lain: “Kak, td ada kawan saya tanya saya, kenapa akak baca surah yasin kuat2 kat foyer?” Aku dgn muka pelik menjawab, “Mana ada? Kwn awk salah org tak?”
“Ya, kwn saya kata, eh..siapa budak paras awk yang sensitive masa 3M tu (Minggu Mesra Mahasiswa di UKM. 3M adalah sesi orientasi bg pelajar baru) , yg dah kawin tu lah..kenapa dia baca surah yasin kuat2 kat foyer?”
Aku ketawa dan terus menjawab “Mana ada…yang akak nak ngaji kat situ wat pe? Selalu akak ngaji kat bilik je”. Bila budak lain yang ada disitu dengar, mereka terus membuat spekulasi hebat mereka.
“Ahhhh..ada hantu menyerupai K.Sakinah lah..satu misteri yang amat menakutkan”,kata Salmi. Hani pula menyampuk “Ish!Hati-hati ,kalau nampak org mcm k.Sakinah tengok dulu. Siapa tahu bukan k.Sakinah ke..eiii takutnya!”. Aku terus ketawa, geli hati dan persoalan itu terbiar begitu sahaja. Tapi,ianya tidak terbiar di ingatan ini. Perkara itu membuat kan aku berfikir dan berkata-kata sendiri didalam diri:

“ Pelik tapi benar. Bukan aku pelik dengan situasi org yang melihat aku mengaji di foyer, dimana aku tidak melakukannya. Aku pelik, kenapa orang bertanya-tanya dan mempertikaikan bila seseorang mengaji di foyer. Tapi, memandang dengan tidak ada apa-apa bila ada orang yang menyanyi melalak-lakak tanpa ada apa-apa tujuan di foyer. Pelik, nampak sungguh kalamullah itu begitu asing dalam hidup manusia kini. Pelik, kerana kalamullah itu, hanya dibaca ketika waktu2 tertentu sahaja. Bila? Biasalah masyarakat melayu kita, baca yasin mlm Jumaat, baca quran bila ada orang meninggal, baca quran tatkala kenduri arwah. Baca Al-Quran, ketika kena hafaz kat sekolah! Malah aku lebih..lebih..lebih lagi pelik,kerana ramai anak2 Islam MALU utk membaca al-Quran, tp TIDAK MALU utk menyanyi terpekik terlolong, walaupun dalam bilik mandi!!!. Sedihnya aku melihat anak Islam pada hari ini, jauhnya mereka dengan kalamullah..seketika aku teringat pada anak2 murid ku yang dlm perjuangan mengukir kalamullah dihati mrk, seharusnya mereka berbangga kerana terpilih menjadi ahlulquran. Aku juga berbangga, kerana aku tahu masih lagi ada remaja-remaja yang hatinya kuat utk memperjuangkan pembacaan al-Quran, dan aku yakin, diantara mereka itu adalah anak2 muridku dan rakan-rakannku yg ingin bersama al-Quran hingga ke nafas mereka yang terakhir. Insya Allah. :) Pelik..tapi hakikatnya itu adalah benar.”

AkhawatKu, jika kita mampu memperuntukkan masa sejam, dua jam..atau lebih dihadapan televisyen, komputer atau mendengar radio, tp mengapa tidak, kita memperuntukkan walau sedikit waktu..utk bersama al-Quran, dimana bagiku ianya adalah satu kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh stp muslim. Fikirkanlah...
Wslm

Dariku yang jauh dimata tapi dekat sekali disudut hati:
Zaujah Yazid
UKM

0 comments: