DIA adalah segalanya

Friday, September 16, 2005
Bismillah. Bermulanya sebuah puisi

Bergema takbir di subuh hari
Memecah suasana sepi
Tersadar akanku dari mimpi
Ku duduk seorang diri
Dikamar pilihan hati
Bermuhasabah diriku ini

Akulah seorang pembawa Al-Quran
Yang dipandang dengan penuh kemuliaan
Tapi,dianggap susah dalam kehidupan
Kenapa?
Mengapa?
Mengapa ku pilih jalan yang beban ini
Sedangkan banyak lagi kenikmatan yang boleh dikecapi
Banyak lagi kegembiraan menanti
Mengapa??
Bentak hati ini

Zaman remaja memang indah
Diisi dengan suka duka, senda gurau dan gelak tawa
Hidupku penuh dengan keceriaan
Aku gemar mengusik rakan
Banyak masaku terluang
Banyak waktuku terbuang
Tanpa dimuatkan dengan perkara yang bermanfaat
Kadangkala,
Terasa malas hendak belajar
Sibuk dengan hal dunia
Termakan hasutan iblis yang ada

Suatu ketika
Datang secebis nur keimanan
Yang menyuluh kearah Hamalatul Quran
Runtuhlah tembok keegoanku dulu
Aku kagum dengan ayatMu
Hidupku berubah seadanya
Aku lebihkan berhubung denganNya
Terisi ruang hatiku kotak mindaku dengan kalamNya
Kini, aku lebih selesa
Kerana hidupku kini terjamin sudah
Jalan di Akhirat sudah ditempah
Hanya menunggu masa tiba
Tiada gusar tiada gelisah

Walaupun jalan ini penuh duri dan cobaan
Akanku tempuh dengan ketaqwaan
Aku gembira dengan hayatku kini
Lebih tenang, tawadduk dan khusyuk
Terserlah sikapku sebagai seorang muslimah

Bersyukurku kehadrat Illahi
Diciptakan hati yang suci murni
Dikurniakan guru bermotivasi
Juga teman berqualiti

posted by: HuD

0 comments: