Murajaah Hafalan

Thursday, September 1, 2005

Tadi semasa kat dlm kelas,ustaz ana ada berckp tentang fenomena murojoah dikalangan pelajar2 al-Quran nie.Jadi ana ingat nak kongsi sedikit serba sedikit..

Sebenarnya ramai dikalangan kita (pelajar2 tahfiz khususan) mmg boleh menghafal sampai khatam al-Quran,tapi berapa ramaikah yg mengamalkan murojoah dlm kehidupan seharian ? krn bab2 hafal al-quran ni bknlah perkara yg remeh,Allah memberi pintu kemudahan utk org2 yg ingin mengahfal al-quran oleh itu kita harus memlihara hafalan al-quran krn itu adalah amanah yg Allah berikan..Ada juga kes yg mana seorang pelajar yg gagal dlm imtihan tahfiz dan ust ana menyuruh beliau retake,tapi krn "stress"nye beliau utk murojoah,beliau mengambil keputusan utk berhenti tahfiz semata2 tak ingin dan TIDAK berminat utk mengulang hafalannya.

Jadi,ini bknlah sesuatu perkara yg boleh dibuat main2.
Lagi satu,ustaz ana pesan supaya menjadikan rutin bagi mrk yg serius yg hafal
al-quran ni untuk selalu ulang hafalan setiap kali sebelum tidur,
katanya mudah resap hafalannya.(kot2 dibawa mimpi:D).

Ketika waktu imtihan pula(tk kira tahriri atau shafawi)jgn terlalu takot
mcm cemas sgt2 takot hafalan hilang atau apa2,rilexkan diri dgn bezikir sket2 dan doa supaya tdk dihijabkan hati dari kalamullah itu..krn apa2 boleh terjd dengan izinnya "iza qodoo amran fa innama yaqulu lahu kun fayakun.."Tawakal lah sepenuhnya dan minta pertolongan dari Allah atas usaha yg kita dah tunjukkan.

Kesimpulannya disini perjuangan dalam menghafaz al-Quran ni sebenarnya mudah asalkan kita persiapkan diri rohani dan jasmani..istiqomah adalah yg paling utama dan
itu adalah kunci untuk mencapai tahap kemanisan menghafaz al-quran.Bkn untuk org,diri sendiri mahupun utk merebut mahkota di akhirat tetapi untuk menjaga isi
kandungan ayatullah agar tidak dipesongkan oleh musuh2 islam dan kerana
cintakita kpd Allah dan agamanya..
yang mana disebut dalam surah Ali-Imran ayat 31 bermaksud:"Katakanlah jika kamu
benar-benar mencintai Allah,ikutilah Aku,niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu"
Diantara ayat2 al-Quran yg menjadi semangat utk ana teruskan perjuangan..

Dipetik dari blog:Juwita

0 comments: