buat renungan bersama..

Saturday, January 28, 2006
Sisters,

andai kau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat ibu bapamu,
andai kau sudah bersuami,
jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai kau seorang ibu,
didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar
memperjuangkan ad-din Allah yang satu.
dan andai kau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu
ingatlah Allah berkuasa atas sesuatu

Sahabatku,

Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman, dan kemudian tercetusnya salam
dan sekaligus disusuli dengan pertemuan
takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Sesungguhnya,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya,
Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,
keremajaannya,
serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.
Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya
dan yang penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita
yang bukan
muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk
mengodanya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa
matlamat
sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu sahabatku,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu,
peliharalah akhlakmu , kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu,
cukuplah hanya cinta Allah
memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu
yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu ,
cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga
yang membahagiakan dirimu.

Sebaiknya,

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana
kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai
Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana
kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana
kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia ini juga
yang mengoncang iman lelaki.


Sebenarnya,

Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya,
bukan pada
bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia.
Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati
manusia,
di mana cinta dapat berkembang.
Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya.
Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan
penuh
kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan.
Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu...

Kerana sesungguhnya,

Untuk membentuk bibir yang menawan,
ucapkan kata-kata kebaikan.
Untuk mendapatkan mata yang indah,
carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,
berilah makanan kepada mereka yang kelaparan.
Untuk mendapatkan rambut yang indah,
tutupilah ia dengan tudungmu itu,
Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah,
berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan,
dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

Ingatlah sahabatku,

Apabila sudah melakukan semuanya itu
Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan,
akan senantiasa ada tangan terhulur.
Dan dengan bertambahnya usia anda,
anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan,
satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong
orang
lain.



************************

diambil daripada sebuah emel.

0 comments: