Bismillahi rahmanirrahim..
Okay, beginilah cerita ana masuk tahfiz. Sebenarnya memang dah lama simpan niat nak join tahfiz, tapi last year baru masuk. At first, memang rasa berat nak kena hafal, tahfiz lain, sekolah lain, tuition lain. tapi, beberapa bulan kemudian, barulah terasa betapa nikmatnya menghafal Quraan. Subhanallah. Betul tak bedek. Allah berikan banyak kemudahan dan kesenangan bagi org yg menghafal Quraan.
Pernah satu kali tu, terpasang niat nak quit tahfiz, tapi memang tak sampai hati pun. Pelajaran makin susah, makin banyak, penat, dan macam2 lagi. At last, tak jadi, tak ingat pulak kenapa. Apa apa pun, sekarang bila reflect balik, terasa syukurlah bebanyak sebab tak quit. Pelajaran pun, dengan kuasa Allah, menjadi lebih mudah nak ingat dan macam2 lagilah. Dari segi akhlak pun memang banyak dah berubah, dah sedar kesilapan lalu, dan di dalam proses untuk tidak mengulangi kesilapan lalu.
Sebenarnya, keberkatan Al-Quran ni memang kita tak boleh nampak, tapi kita boleh rasa. Tak taulah nak cakap apa lagi. Jadi ana rasa setakat sini sajelah cerita ini yg tak seberapa ni. Semoga bermanfaatlah kepada semua ye! Salam~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment