Peace Upon U ~
i masuk tahfiz pada umur belasan tahun. i masuk sebab seronok tengok kawan i sorang ni hafal quran. kawan i ni seorang yang pandai dan di gelar 'kamus bergerak' di sekolah (boleh teka tak?) kawan i selalu cerita pasal kawan-kawannya di tempat tahfiz n juge pasal ustaznya. kawan i citer keberkatan al-Quran dan macam-macam lagi. dari situlah i minat. i bilang lah mummy i yg i nak masuk. kerana ghairah sangat nak masuk, minggu tu juga i register. i ingat hari tu hari sabtu. seram jugak time tu, kalau² tk dapat. tapi nasib i baik. i dapat surah yang i pernah hafal. surah maryam. Alhamdulillah diterime.
ni part yg amat menyedihkan i. sepanjang dalam tahfiz ni, macam-macam ujian Allah datangkan. kadang-kadang berjaya menghadapi ujian tu semua, kadang-kalah juga :'( i hepi tengok kawan-kawan i ditahfiz makin baik akhlaknya dengan berkat al-Quran or i should say akhlak mereka lebih terpelihara dan menjauhi segala yang mungkar. :'( mungkin i tak mendalami betul-betul al-quran, i masih seperti dahulu, yg masih melakukan kemungkaran. tapi mcm mana? ade yg menghalang dan tidak faham perjuangan (hafal al-Quran) i selama ni :'( semangat untuk berubah hanya sekejap. tidak pernah tetap. i tahu, i yang memilih jalan ini dan i harus melakukan sesuatu supaya hubungan i dengan Allah dan Al-Quran tidak terhijab. kawan-kawan, tolong i ye.doakan supaya hati i tetap melakukan segala perintah Allah.
itu saje yg dapat i kongsi.minta maaf kalau tidak menggunakan ayat yg betul. i malu dengan ustazah-ustazah dan kawan-kawan tahfiz i yang mulia akhlaknya seperti halimah dan mardhiyah (sori kalau salah eja).minta maaf juga, kalau ada bahasa yang terlampau-lampau.
janganlah tanya-tanya siapa i.biarlah Allah je yang tahu.
Peace Upon U~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment