Sedikit Renungan Buatmu Wahai Huffaz Al-Quran

Monday, July 25, 2005

Ibnu Mas'ud berkata:

"Maka sepatutnya bagi hamilul Quran itu menjaga malam-malamnya

ketika manusia lain sedang tidur nyenyak

dan menjaga siangnya

ketika manusia lain sedang asyik dalam berlebih-lebihan.

Demikian jugalah sepatutnya hamilul Quran itu bersama dengan kesusahan (kerana takutkan Allah)

ketika manusia lain asyik bersuka-suka (lupa diri),

dengan tangisnya

ketika manusia lain terlibat masuk dalam percakapan kosong,

dengan khusyuk & rendah dirinya

ketika manusia lain sedang sombong dan bongkak.

Sepatutnyalah juga bagi penghafal al-Quran itu berkeadaan lemah lembut,

tidak patut bersikap tegang, pemarah, memekik-mekik,

menimbulkan kekecohan dan bersikap keras seperti besi."

0 comments: