Ancaman dan amaran Allah AWT terhadap golongan Huffaz yang melupakan hafalannya akibat kelengahan dan kecuaian di dalam mentakrirnya.

Sunday, July 3, 2005
Setiap perkara di samping mempunyai keuntungan yang positif lagi baik tidak dinafikan lagi bahawa ia juga memiliki efek kerugian yang biasanya lebih cenderung kepada hal-hal negatif yang membawa kepada kebinasaan.Demikian halnya seorang hafiz.Ia menduduki darjat yang tinggi di sisi Allah dan mulia di hadapan manusia.Sungguhpun demikian tidak sedikit cabaran yang mesti ia hadapi dan risiko yang tinggi manakala tidak dapat mempertahankan martabat dan darjat itu.Seorang hafiz yang tinggal sebutannya sahaja akan menjadi orang yang hina di sisi Allah serta mendapatkan dosa yang tidak ringan.
Dengan demikian,golongan huffaz hendaklah elakkan dari lupa akan hafalan yang telah diperolehinya sekalipun tidak sempurna sampai 30 juz.Dan perlu diketahui bahawa menghafaz Al Quran tidak semestinya habis 30 juz melainkan sekuat kemampuan asalkan tetap jaga dan terpelihara.

0 comments: