dari mana info tu??

Friday, January 4, 2008
Assalamu'alaikum, akhawat semua~

ana ada sedikit permintaan:

bagi posts yang bukan 'original'*, boleh tak antunna sertakan sekali sumber informasi/cerita/artikel/sajak/dsb tersebut (reference/source)?

sebagai contoh, jika artikel yang diambil adalah daripada sesuatu laman web, sertakan URL laman web tersebut di akhir artikel. jikalau ia daripada emel, letak sahaja 'petikan dari emel', dan sebagainya.

dengan cara ini, kita dapat 'acknowledge' penulis/sumber sebenar, dan 'maintain' kredibiliti blog ini. give credit when credit is due. tambahan pula, sebarang kekeliruan mengenai isi/ilmu pengetahuan yang dikongsi dapat dielakkan, insha Allah.


*bukan 'original' - bukan tulisan sendiri; disalin daripada sumber-sumber seperti buku, majalah, laman web, blog, emel, dsb.


kerjasama antunna amat dihargai. Syukran! =)


yang benar,
moderator blog

0 comments: